Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, April 26, 2010

TAHNIAH MAJLIS DAERAH JERANTUT




































Minggu lalu kita menulis tentang kebersihan yang kurang memuaskan di tapak Pekan Sahari Jerantut. Dan menyeru agar bihak berwajib mengambil tindakan dan melakukan sesuatu.

Tengahari tadi, kira-kira jam 1.00, saya melawat tapak berkenaan. Saya kecewa kerana tiada apa-apa perubahan dari minggu lepas. Sampah sarap masih bersepah merata-rata. Saya beranggapan bahawa keluhan kita tidak didengar dan tidak diendahkan.

Namun kira-kira jam 4.00 petang tadi saya melalui kawasan sama dan terkejut kerana ada beberapa pekerja dan sebuah lori MDJ sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Saya bersyukur kerana sudah ada sedikit perubahan.

Jika hendak kita bandingkan tahap kebersihan antara Jerantut dengan Kuala Lipis, jaraknya antara bumi dengan langit. Kuala Lipis lebih kelihatan kemas dan bersih. Bagaimanapun kesalahan ini bukan saja harus kita letakkan kepada Majlis Daerah semata-mata. Selebihnya adalah sikap kita sebagai penduduk sendiri.

Saya masih belum berpuashati tahap kebersihan di bandar Jerantut ini, namun setidak-tidaknya ini adalah permulaan kepada perubahan yang kita inginkan.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Puan Wan Norizan serta pihak-pihak yang terlibat kerana peka dan mendengar keluhan kami serta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan.



1 comment:

Anonymous said...

harap MDJ dapat terus memantau kebersihan sekitar bandar Jerantut dan diadakan secara berkala, pantau juga gerai-gerai makan yang berlambak itu, bagaimanakah tahap kebersihan penyediaan makanannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN