Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, April 24, 2010

SUARA AKAR UMBI

Gambar hiasan: Juara Rakyat atau Juara Pemimpin?













Selalu kita hanya memberikan perhatian kepada yang besar dan popuar saja Demikian juga dengan sumber berita, kita hanya utamakan berita-berita dari akhbar-akhbar ternama saja. Sama juga apabila kita membaca blog, tumpuan akan diberikan kepada yang sudah terkenal.

Saya lebih suka fokus kepada blog-blog kecil, picisan (?), yang membawa suara kecil dan hasrat kecil juga, namun ini adalah sebenarnya suara akar umbi. Kerana itu di blog SPU ini saya memberikan pautan kepada blog-blog kecil sekitar Jerantut kerana saya ingin memantau dan mendengar suara sebenarnya dari akar umbi. Suara yang tidak membohongi kita dan tidak ada kepentingan lain selain dari hanya menyatakan kebenaran

Blog N9, semalam membawa isu mengenai Maika Holding dan kepentingan kaum India. Itu isu nasional yang sudah banyak diulas oleh lain-lain blog sebelum ini, Tapi yang lebih menarik adalah apabila bloggernya mem'fokus'kan kepada isu setempat. Inilah sebenarnya apa yang kita ingin dengarkan dari rakyat.

Saya salinkan dibawah ini tanpa sebarang ubahsuai:

Kami kata:-Nampaknya kali kerajaan dengan pantas dan cekap bertindak bagi menangani masalah kaum India di kawasan dalam negeri Selangor.Setelah masalah ini lama berlanjutan, akhirnya masalah yang membuatkan kaum India tak senang duduk,tak lena tidur telah pun berakhir.Tapi kenapa baru sekarang?Kenapa semasa PRK Hulu Selangor?Ada apa-apa ke?Orang tak nampak kut?Jadi kalau macam tu masalah JALAN ke Ulu Tembeling saya rasa bukan masalah BESAR.Kenapa tak boleh selesai?Kenapa masalah rumah 410 belum reda?Dengar bunyi nak ambil alih belum berhenti!Siapa nak perjuangkan nasib ORANG MELAYU yang duduk disitu?ke nak jadi macam SELANGOR?PR dah menang baru nak settle?Mana ada kuasa lagi.Kalau menang FEDERAL ok lah.Kalau kalah?orang lain yang akan buat agaknya!!!!!!!!!!!

Isu setempat inilah antara isi terpenting penulisan beliau yang menyuarakan hasrat sebenar rakyat sekitar Jerantut, keluhan dari akar-umbi. Saya paparkan disini untuk orang-orang yang berkenaan mengambil perhatian bagi menyelesaikan permasalahan itu. Jika sebenarnya mereka ingin menjadi Juara Rakyat, jadilah juara sebenarnya dan bertindaklah dengan membela dan memperjuangkan kehendak rakyat.

Rakyat sudah jemu dengan pelbagai retorik Program Juara Rakyat tidak akan bermakna jika apa yang diperjuangkan hanyalah untuk kepentingan pemimpin saja. Program sedemikian bolehlah dinamakan sebagai Program Juara Pemimpin.

Mengambil hati rakyat adalah berjuang untuk rakyat atas keperluan yang rakyat inginkan. Siapakah pemimpin kita di Jerantut ini yang berani dan bersungguh-sungguh untuk tampil dan membela rakyat?

Kita ada seorang juara, tetapi beliau adalah Juara Perompak Rakyat. Kita menyesal memilihnya dulu.

3 comments:

Anonymous said...

SPU,

Tak silap keluar dalam blog masalah jalan orang hulu tembaling dah selesai seperti janji TOK Pemimpin Bermuka 4 segi, dah pernah buat nyataan akhbar arus perdana, peruntukan juta-juta. SPU, tak ada lagi ke, kalu gitu kena kelentong aje lah ye. Seperti bercakap HP tapi HP boleh berdering, alahai terbohong lagi.

one one no belen said...

Salam Anon.. haha hang tau jgk ke pasal bercakap dlm HP tu? Kesian kat rakyat kena kelentong hidup hidup.Mcm ni ke pemimpin yg UMNO nak calonkan utk PRU 13 nanti? aku rasalah kalau PKR letak lembu pun rasanya lembu boleh menang nanti.

Anonymous said...

SPU,

Pasai cakap dalam HP tu, kan keluar dalam blog yang SPU tulis, lupa dah ke. Tentang tuju kesiapa itu aku agak saja, tapi jalan story kalau cantum makna nya tuju ke orang itu lah. Agak rambang saja, tak betul ,aku minta ampun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN