Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, April 27, 2010

PRK 094 - KEJAYAAN BLOGGER PRO BN













Antara gambar yang polular sepanjang kempen PRK P094


Kita mengucapkan tahniah kepada blogger pro BN berikutan kejayaan usaha mereka dalam membantu kemenangan calon BN dalam PRK P094 lalu. Kita melihat usaha blogger merupakan antara sumbangan besar dalam kejayaan itu. Kenapa tidak, Zaid Ibrahim adalah tokoh besar dan ternama PKR yang ditentang oleh Kamalanathan yang bukanlah siapa-siapa dalam BN.

Saya setuju dengan pendapat bahawa pertarungan itu dahulu adalah pertarungan diantara PKR bersama Zaid Ibrahim dengan BN (Kamalanathan hanya calon yang tidak punya apa-apa kekuatan diri). Pertandingan ini adalah satu pertandingan yang tidak seimbang, namun dengan bantuan para blogger pro BN telah membuatkannya menjadi satu pertandingan yang sama rata.

Apa kah yang blogger pro BN telah lakukan? Mereka telah menyerang Zaid peribadi dan membuangkan selaga ketokohan yang ada padanya dan membuatkannya menjadi sebagai seorang yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Maka jadilah dia sama seperti Kamalanathan dan memberikan pertarungan yang adil iaitu diantara PKR dengan BN.

Kerana itulah tidak hairan sejak dari awal lagi para blogger pro BN menyerang peribadi Zaid dan melibatkanya dengan segala skandal sama ada menonjolkannya sebagai kaki botol dan kaki kuda. Ini bagaikan melucutkan segala bintang-bintang kehormatan yang Zaid miliki selama ini dan usaha blogger pro BN telah menghasilkan kejayaan yang bukan sedikit dalam membantu calon BN.

Kerana itulah kejayaan calon BN ini bolehlah dianggap sebagai kejayaan hasil kerja blogger pro BN. Apa yang lebih membanggakan adalah blogger pro BN nampaknya lebih berupaya dan mampu mengalahkan blogger pro pembangkang. Tidak seperti semasa PRU lalu dimana blogger pro pembangkang mendominasikan gelanggang media sosial, kali ini menyaksikan blogger pro BN telah mampu mengalahkan mereka. Inilah perang siber sebenarnya. BN/UMNO tidak mampu melakukan ini sendirian.

Apakah pemimpin-pemimpin kerajaan BN/UMNO menyedari, mengakui dan menghargai usaha yang para blogger pro BN telah lakukan untuk BN/negara, atau masih ada antara mereka yang masih menganggap blogger-blogger ini adalah dari sekumpulan berok-berok atau goblok?

Tahniah kepada blogger-blogger BPN, GAP, AIDC, Blogger Patriot dan individu-individu yang bergerak bersendirian namun menyokong perjuangan BN.

2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH KEPADA BLOGGER2 SEKALIAN
TEIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA KERANA TELAH MEMBANTU DALAM PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN 094 HULU SELANGOR. WALAUPUN SAYA BUKAN RAKYAT SELANGOR TETAPI APA YANG ANDA SEMUA PAPARKAN MEMBUKA MATA DAN FIKIRAN RAKYAT SELANGOR KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA. TAHNIAH SEKALI LAGI.

YANG GAMBI said...

Tahniah kepada kumpulan-kumpulan gergasi blogger-blogger pro UMNO-BN yg telah berjaya membantu kemenangan di Hulu Selangor......... kegagahan yg tidak terlawan oleh pembangkang. Tahniah sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN