Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, April 20, 2010

KECOH KUALA TAHAN LOKASI FILEM LUCAH(?)























































































Keterangan gambar:
1) Jalan yang rosak sepanjang hampir 300 meter
2) Kawasan parkir yang sentiasa kosong
3) Dari kiri; En Hassan Basri Hj. Husin, sebahagian staff Rainforest Resort dan En Razak
4) En. Asmadi Omar



Kecoh kita bila sebuah akhbar tempatan menyiarkan berita Kuala sebagai lokasi filem lucah. Saya yang tidak yakin pada kesahihan berita itu telah ke Kuala Tahan cuba untuk mendapatkan maklumat sebenar. Saya menemui pihak pengurusan Rainforest Resort dimana krew 'Biscuit Film Production' menginap. Dengan pertolongan En. Hassan Pengurus F&B saya dapat berbual dengan En. Razak. Beliau terlibat dengan syarikat perfileman berkenaan sejak lebih 6 bulan lalu sebagai Pengurus Lokasi.

Beliau enggan memberikan kenyataan bagi pihak syarikat tanpa mendapat kebenaran syarikatnya terlebih dahulu namun berjanji pada saya untuk menemukan saya dengan Pengarah filem berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar dalam waktu terdekat. Saya dimaklumkan bahawa Wartawan Sinar bersama Polis Cawangan Khas dari Balai Polis Jerantut telah dibenarkan ke lokasi untuk melihat dan melapor keadaan sebenar.

Bagaimanapun secara kasarnya dalam perbualan kami pada malam berkenaan kami merumuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan berkenaan adalah keterlaluan. Kerana ianya hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak lain yang mana kedua-duanya tidak melihat apa sebenarnya yang berlaku dilokasi.

Menurut maklumat, filem ini adalah berdasarkan kisah benar dimana sebuah keluarga dari Germany yang tinggal di Papua New Guinea. Ini adalah kisah pengalaman kehidupan seorang kanak-kanak yang dewasa di hutan Papua New Guinea. Filem ini juga berdasarkan kepada sebuah novel yang sedang laris terjual dipasaran antara bangsa.

Yang menjadi kontroversi adalah filem ini berlatarbelakangkan kaum asli Papua New Guinea yang bercawat. Apakah adat dan budaya bercawat itu dianggap lucah? Tidakkah orang asli di Malaysia juga satu ketika dulu juga bercawat? Malahan menurut pihak berkenaan, bahkan tidak adapun babak berciuman dalam filem ini.

Saya melihat masalah sebenarnya adalah dari wartawan berkenaan yang tidak pergi ke lokasi dan hanya menulis dari apa yang dilaporkan kepadanya. Lebih malang individu yang melaporkan itu juga tidak hadir ke lokasi dan berhubung dengan pengarah filem berkenaan, atau juga mungkin masalah bahasa yang membuatkan kekeliruan itu timbul apabila satu pihak bercakap dalam bahasa Inggeris dan satu pihak lagi tidak faham apa yang diperkatakan lalu membuat andaian sendiri. Krew filem ada melaporkan beberapa buah 'jet sky' berlegar-legar di sekitar kawasan lokasi tetapi mereka tidakpun menghampiri dan berbincang atau bertanya sesuatu.

Masalahnya adalah laporan berkenaan telah memberikan gambaran buruk terhadap Kuala Tahan kepada pandangan masyarakat umum. Mungkin kerana fikiran kotor membuatkan mereka juga berfikir kotor terhadap orang lain.


----------------


Apa yang penduduk tempatan dan pelancong inginkan adalah kedatangan pelancongan berterusan bagi menjana ekonomi serta keselesaan dan suasana damai ketika melancong. Kedatangan produksi filem banyak menjana ekonomi penduduk tempatan.

Sebenarnya pihak berkenaan seharusnya lebih peka dan fokus terhadap pembangunan di Kuala Tahan ini yang masih lagi dalam kedaifan. Janganlah cuba mengubah perhatian masyarakat terhadap isu lain yang langsung tidak memberikan faedah kepada umum.

Jalan sepanjang hampir 300 meter yang menghubungkan ke Woodland Resort dan Rainforest Resort masih belum berturap dan menganggu kelancaran perjalanan terutama ketika musim panas terik dan hujan.

Parkir kereta yang tidak terurus dan menyemakkan pandangan harus diatasi, mungkin pihak JKKK perlu diberikan kuasa mengawalnya dengan mensyaratkan semua kenderaan harus di parkir di tempat pakir berkenaan yang sentiasa kosong selama ini. Jalan ke tepi sungai untuk menyeberangi dengan bot ke Taman Negara juga harus dibaiki untuk membaiki imej Kuala Tahan dan Taman Negara sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di Malaysia.

Banyak pihak termasuk En. Asmadi Omar, 'Sales and Recreation Executive' Rainforest Resort yang juga penduduk tempatan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang tidak mengambil inisiatif untuk membaiki jalan sepanjang 300 meter itu. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat ramai pelancong asing yang merungut tidak puashati kepada pihak pengurusan resort.

Soalnya, mana janji dulu? (Klik dan baca sini) Pihak berkenaan harus tampil dan bertanggungjawab. Rakyat melihat dan menyimpan perasaan mereka dan akan menghukum pada PRU13 nanti jika mereka merasa mereka ditipu dan dikhianati.


3 comments:

one one no belen said...

Salam. Biasalah masa berkempen nak pilihan raya semua calon akan buat janji mcm tu. tapi bila dah menang janji tinggal janji ajelah.Yg bengapnya pengundi yg percaya pada janji tu lah. dah tau org tu pongkor buat apa percaya??

Unknown said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

Anonymous said...

Salam ...
Adalah sangat malang jika mereka yg sebetul2nya bergelar 'wartawan' yg bertauliah dan dari akhbar yg dah ternama menyampaikan berita dan maklumat yang kedengaranya begitu hangat tetapi sebenarnya hanget dan tidak begitu tepat. Ia bukan saja mengelirukan rakyat bahkan membolehkan hidup masyarakat jadi terencat. Adakah salah jika pihak mempersoalkan etika kewartawanan mereka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN