Jerantut dari udara
Kita seronok bila orang Jerantut sudah mula mengenali blog. Selama ini kita tidak peduli mengenainya dan kita tak ambil kisah langsung. Namun kebelakangan ini minat itu sudah timbul, alhamdulillah.
Malangnya masih ramai yang tidak faham mengenai blog sehingga ada yang menganggap bahawa apa yang tertulis diblog berkenaan adalah tulisan pemilik blog itu sahaja, mereka tidak faham erti 'copy and paste' dan lebih mengecewakan lagi adalah mereka tidak faham erti dan keperluan meletakkan 'link' blog lain di blog kita sehingga ada yang menanggap tulisan diblog lain, yang kita 'link' kan itu juga adalah tulisan kita.
Inilah akibatnya bila kita memejamkan mata terhadap dunia siber terlalu lama sehingga membuatkan pandangan kita jadi gelap, lagi, penerangan UMNO juga masih dalam kegelapan, heheh!
Dalam dunia internet @ blog ini, sesuatu berita bukan hanya ditulis oleh satu pihak saja, malaha ribuan pihak akan menulis dan memanjangkan isu sama, ini apa yang dipanggil 'Kesan Viral'. Cakap banyak nanti orang Jerantut akan marah sebab kita mengajar mereka, sedangkan mereka sentiasa merasakan bahawa merekalah yang terpandai dan terceredik sekali - Ceredik tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar.
Ini, satu berita yang sudah menghebohkan seluruh negara dan dunia mengenai Jerantut, isu lokasi filem lucah. Banyak lagi ketidak senonohan berlaku tetapi selama ini kita tutup dan selindungi. Ada skandal hubungan intim antara orang tu dengan orang ni, ada cerita mengenai anak ikan, dalam UMNO pun ada tetapi bukanlah urusan saya untuk menceritakan hal peribadi seseorang selagi tidak ada kena mengena dengan kepentingan umum.
Ini, saya 'copy and paste' berita mengenai Kuala Tahan lokasi filem lucah:
Taman Negara lokasi filem lucahOleh: admin | 14 April, 2010 | Posted in
mmaJERANTUT – Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah.
Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.
KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.
“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.
“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,” kata beliau semasa ditemui pemberita. -Kosmo
Berita tersebut di petik dari Blog 'Sabah Daily' yang sumber asalnya dari 'Kosmo'
Untuk maklumat dan pembelajaran orang Jerantut, dibawah ini saya sertakan lagi berita sepertinya yang turut disiarkan dari blog-blog lain.
'Link' ke blog berkenaan; (sila klik diblog berkenaan untuk membacanya)
Selamat membaca, ini saya lakukan kerana bimbang jika kita tidak benar-benar pasti maka kita akan menuduh orang lain yang lakukan apa yang dia tidak lakukan. Kekeliruan pemahaman akan membuat orang ini di tuduh melakukan itu sedangkan dia hanya menyampikan apa yang sudah tertulis oleh orang lain. Ini yang akan mengakibatkan orang yang tidak bersalah dituduh sebagai penulis blog tertentu sedangkan dia tidak lakukan apa-apa. Mesti benar-benar celik IT!
3 comments:
Sdra,
Bagus itu, kalau niat memberi tunjuk ajar.Jadi orang tempat mu? JeRanTut akan faham Blog dan tidak GOblok. Pelayar juga posting itu tulisan SPU atau SPU tempelkan. Asalkan bahan tempel itu di petik dari sumber mana.
2. Terkejut juga di Kuala Tahan, hutan berdengun macam di Eropah aja, ada juga berlaku. Jadi Kuala Tahan tu macam - macam ada.
3. Apa peranan Tok Ketua, Tok Ngulu,Bapak Daerah, Tok Iman dan Tok Wakil dalam mengatasi hal ini. Apa Tindakan telah di ambil?.
4. Dulu Tok Wakil berpendidikan Agama ,ustaz lagi, tak disukai sampai naik kain rentang dan dikata macam -macam, Tok Ketua tak berduit lah. Bila di ganti dengan Tok Wakil berpendidikan sekular lulusan luar negara,Europe, Lain pula ceritanya,macam -macam ada. Jerantut..... oh Jerantut, patut lah ketinggalan dalam pembangunan. Ni dah abad ke-21 begini lagi. bayi jadi budak. budak jadi orang tua, botak dan beruban pula tapi tetap macam tu juga.
Tq
Salam.Saya terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan mengenai tajuk akhbar tempatan beberapa hari yg lalu mengatakan Taman Negara sebagai lokasi film lucah.Sebenarnya berita ini adalah salah sama sekali.Kerana film yg dibuat disini adalah film yg mengisahkan tentang kehidupan org asli yg sememangnya kehidupan mereka bercawat, adakah bercawat itu lucah?kenyataannya penulis surat khabar yg menulis berita ini sememangnya tidak mendapat maklumat sebenar kerana mereka tidak dtg melihat keadaan sebenar.Inilah akibatnya kalau wartawan yg membuat artikal tidak tahu etika kewartawanan.
Salam Sdr/i & Sema2 WN M’sia JJ...,
Titisan darah wlaupun telah hampir 35 tahun merantau jauh dari rahim perut ibu kawan masih lagi terselet di tiang penjenang rumah usang di Kuala Tahan. Kawan mintak yang masih ada nafas dan pendatang yang keluar masuk ke kampung kawan tu jaga tatadab dan budaya Ulu yang masih kawan pelihara sehingga ke hari ini.
Kalau kawan ada, rasa2nya kampung seluas kangkang kera tu tak menjadi masalah nak menghalau penceroboh yang sengaja nak membudayakan fahaman Kristian tu. Bangsa tak bermaruah. Cuba puak auok pikirkan kalau tak ada budaya hipis melalui pembikinan filem tersebut bagaimana orang Asli ingin melakukan adengan sedemikian. Selama kawan taulah, sememangnya orang Asli adalah diantara lumrah, tapi selama ini taklah segempar itu, tup tup bila ada pembikinan filem di penempatan orang Asli begitu pula jadinya.
Kena paham biar kampung kawan tak maju pun, kalau setakat nak tunjukkan kebodohan orang Kuala Tahan, cari ajalah kampung lain di Eropah tu masih banyak orang Asli yang bercawat. Itu sebenarnya dakyah Kristian telah mula meresap dan memulakan cabang-cabangnya di Kuala Tahan.
Anak Jati Ulu Tembeling.
Post a Comment