Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, April 16, 2010

BUTA IT, BUTA HATI

Ini bukanlah blogger UMNO Jerantut, tetapi bukan juga saudara mara rapat mereka.
Apa yang penting, si 4 itu cuba juga berblog.


















Dalam dunia siber, peranan 'Media Sosial' sangat effisyen dalam menghubungkan antara satu sama lain. Maklumat dikongsikan dan disebarkan dengan pantas melalui media sosial ini; facebook, friendster,hi5, tagged, dan seumpamanya. Begitu juga dengan You Tube, Tweeter.

Selain itu penggunaan Yahoo Messenger dan Skype sangat berkesan dan murah untuk hubungan visual antarabangsa. Blog menjadi sumber sebaran maklumat, bahkan berita juga dibaca secara online sekarang ini. Terlalu banyak blog sehingga kita tidak mungkin untuk membaca kesemuanya dan kadang-kadang kita tidak membaca atau ketinggalan maklumat yang ingin kita ketahui.

Namun malangnya kerana masih ada yang keliru terhadap blog itu sendiri. Ada yang menganggap bahawa tulisan yang kita 'copy and paste' itu adalah tulisan kita sendiri kerana mereka tidak tahu bahwa kita hanya menyampaikan maklumat yang sedia ada melalui blog kita pula. Ada juga yang menganggap bahawa blog yang kita pautkan (link-kan) diblog kita itu masih lagi milik kita. Demikianlah jika kita masih 'goblok' mengenai blog, dan ini berlaku...di Jerantut ini. (Malu nak kata siapa, konon tau tapi tak tau).

Saya sangat teringin untuk 'copy and paste' posting sama dari beberapa blog mengenai seseorang yang terlibat dengan skandal kawin lari. Ini berlaku lama dulu mungkin orang sudah lupakannya dan mungkin ada juga yang tidak menyedarinya kerana mereka bukan dari golongan yang membaca sama ada akhbar (hard copy) atau secara online dan juga diblog-blog.

Tulisan yang disiarkan di akhbar (hard copy) mungkin akan segera luput dan jika kita tidak membacanya pada ketika ia disiarkan maka kemungkinan kita tidak akan membacanya langsung, ini berbeza dengan tulisan di blog yang akan kekal selamanya disitu. Kita hanya perlu menaip kata-kata tertentu untuk mendapatkan maklumat yang kita kehendaki. Alangkah mudahnya. Taiplah apa saja, contohnya ' .....bawa lari .......orang', maka akan keluarlah maklumat yang kita kehendaki itu.

Dunia mengelek 'Papan Batu' telah berubah kepada dunia mengelek 'Laptop'. Dulu tidak tau membaca dikata buta huruf, sekarang tidak tau komputer/internet adalah buta IT. Dunia dan teknologi berkembang pantas, jika kita lambat kita akan ketinggalan. Mana blog Penerangan UMNO Jerantut? Mana blog Pemuda UMNO Jerantut? Mana blog Unit Media Baru Jerantut? Hehehe! Dalam celik-celik pun terpejam juga akhirnya. Kahkahkah! UMNO, UMNO, entah bilalah dapat berubah sikap pemimpin-pemimpinnya.

Blog Norhelan, Ketua Wanita Jerantut ni pun dah nampak mengantuk dah, kejap lagi tertidurlah tu, hehe. Kita tengok berapa lama dia boleh bernafas. Jangan macam blog Ketua Puteri Pahang sudahlah, dah 8 bulan tertidur, dulu sebelum pemilihan bukan main rancaknya. Baca apa Suara Puteri UMNO Jerantut kata disini.


6 comments:

Anonymous said...

SPU,

Dalam gua,gua dalam. Air batu. batu air. Mee jawa, jawa mee. Adakah sama SPU?.

Nampak Blog awak,1,2,3 aje bagi komen. Tak Umph...Umph lagi kah? atau posting tak memikat hati lagi?.Atau orang.........

TQ.

SPU said...

Salam,

Anon 12:13, ada peningkatan sejak kebelakangan ini semalam, mmg bertambah baik. Tapi mana blog awk? Hehehe, banyak lebih baik dari sikit, sikit lebih baik dari langsung tak ada. Kah kah kah!

sri tribuana said...

Sebagai blog setempat atau local, dh ada umph la blog ni, dh ramai follower dan pembaca, sapa jer pun nk baca psl jerantut, land of pungkars, kalau x org jerantut

YANG GAMBI said...

Bro, untuk mencapai sesuatu kebenaran itu memang banyak rintangannya........teruskan usaha... InsyaAllah keikhlasan akan terserlh...

Anonymous said...

Sri tribuana,

Apa maksud nya land of pungkars?


TQ

SPU said...

Anon, kenapa tanya? awk nak buat blog namka land of pungkas ker? mesti ramai orang akan baca blog awak tu nanti sbb awklah antara orang yag terbaik yng Jerantut ada setakat ini, hehe. Saya tunggu blog awk keluar dan saya akan buat pulut kuning, hehe! Itupun kalau berani lah, kalau penakut,bergayutlah pada kerandut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN