Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, April 7, 2010

BLOG-BLOG UMNO JERANTUT?

Gambar Hiasan: Tapi kalau fikir 2 kali mungkin dalam maknanya



Selain dari Pahang DailyOnline blog resmi PKR, kini wujud pula PahangKini blog resmi Pas Pahang. Begitu meriahnya pembangkang menggunakan media sosial sebagai wadah perjuangan mereka.

Di Jerantut tidak kurang juga, saya mengesan dan memantau blog-blog politik dan mendapati ianya berkembang dengan pesat. Sengaja saya tidak mahu menyisarkan link blog-blog berkenaan atas alasan tidak mahu mempromosikannya begitu saja. Namun kehadirannya sepatutnya dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian.

Saya tertanya-tanya apakah Ketua Penerangan UMNO merasakan bahawa tidak ada langsung keperluan untuk membina laman blog bagi UMNO Bahagian Jerantut? Bagaimana pula dengan blog-blog Pemuda UMNO, Wanita dan Puteri?

Saya menyedari ada beberapa blog dari Pemuda (sini, sini, sini dan sini) namun kemudian sepi dan mati. Wanita UMNO Bahagian tidak ada blog dan blog Norhelan sendiri (sini) sebagai Ketua Wanita juga sudah lama tidak dikemaskinikan. Blog Puteri? Puteri ada 2 butir blog (sini dan sini) namun isinya adalah antara yang boleh dikatakan paling 'hampas' diantara blog-blog UMNO Jerantut yang saya ketahui.

Walau bagaimanapun, segalanya masih boleh berubah dan diperbaikibaiki. Setidak-tidaknya blog-blog ini adalah lebih baik dari Penerangan UMNO Bahagian yang masih dan kekal dalam kegelapan. Mungkin UMNO Bahagian patut mendapatkan Ketua Penerangan baru yang lebih terang hatinya dan terang fikirannya. Jika yang ini masih disini, akan sentiasa gelaplah UMNO Bahagian Jerantut, selama-lamanya.


5 comments:

Jeepers Creepers said...

kah kah kah memang hampas unit penerangan umno pahang. blog puteri tu elok dipadam kan je lah. buat semak je hahaha.

bRAVEhEART said...

Kahkahkah! YB Raz, aku pun tak tahan sakit perut tgk blog puteri ni, tapi masih ada hati nak jadi Ahli Parlimen tu? Agak-agaklah sikit kalau ya pun. Nak mimpi pun kenalah masuk akal juga. Adesss!

one one no belen said...

Keh keh keh, tak apa.aku rasa puteri UMNO tu dah hilang akal gamoknya

PUTERI UMNO JTT said...

SPU,
SPU, Jangan memperkecilkan inisiatif puteri. Kami bukan nak berlawan2. Kami hanya bersuara pada ketika apabila kami fikir penting. Jadi, tunggulah sikit masa lagi.

2. Menyegar, YB RAZ juga begitu. Walau pun kami tidak selalu menulis seperti saudara tetapi kami mampu menarik perhatian umum bila mulut kami terbuka. Jadi eluk ,menyegar yang baru setahun jagung itu tidak mengepak sangat ketawa kepada puteri.

3. Kami bersimpati dengan ADUN Tahan, selaku ketua pemuda UMNO Bahagian imejnya bukan lagi tetcalar tetapi koyak rabak kerana kerana hentaman dari sekeliling. Kami puteri juga sedang menyiasat kebenaran isu surat layang itu. Sekiranya benar kami mempunyai bukti yang jelas bahawa kami menolak juga kepimpinan seumpama itu. Itu pendirian puteri. Yang benar tetap benar. Sekira tidak kami mengutuk sekerasnya SPU.

4. Kami akan buat kunjung hormat berjumpa pegawai Daerah Jerantut untuk mendapat kepastiAN DALAM MINGGU HADAPAN. Isu ini semakin larut tak boleh didiamkan kerana menjejas kekuatan UMNO Jerantut.

sekian. Tqu

Anonymous said...

Salam uteri UMNO jerantut.Koi bukan nak gelak sgt sebornya.Tapi koi tak tahan sgt geli hati.Walau mcm mana pun koi tau Puteri UMNO jerantut masih baru dlm politik.Tak apalah yang penting Puteri UMNO jerantut membuka mata melihat kenyataan sebenor.Nanti barulah Puteri UMNO tau mengapa rakyat makin membenci UMNO.Sebab mmg banyak pemimpin UMNO yang berpolitik semata mata untuk kepentingan perut boroi mereka saja.Bukan untuk bangsa.Harap Puteri UMNO tidak nanti termasuk dlm golongan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN