Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, April 17, 2010

AHLI PARLIMEN JERANTUT BERSAMA RAKYAT









Keterangan gambar-gambar dari atas kebawah:
1. Ahli Parlimen YBM Dato' Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar diraikan oleh pemimpin MIC dan Ketua Kampong.
2. AP dan Adun Damak, Dato Lau Lee
3. Ketua Wanita MCA, MIC dan UMNO
4. Sebahagian dari hadirin pada majlis berkenaan
5. AP sampaikan sumbangan
6. Ketua Wanita MIC,MCA dan UMNO
7. Remaja India Kg. Muhibbah bermesra dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut


Jerantut 16hb. April,2010
Ahli Parlimen Jerantut, YBM Dato' Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Kampong Muhibbah, Jerantut Pahang. Program diadakan di padang kampong berkenaan kira-kira jam 4.00 petang semalam.

Kg. Muhibbah hanya terletak beberapa kilometer dari pusat bandar dan sejajar dengan jalan keretapi. Ada kira-kira 50 keluarga penduduk yang mana majoritinya adalah dari kaum India. Majlis berkenaan dihadiri hampir 300 orang termasuk penduduk kampong berkenaan, para jemputan serta pemimpin-pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum.

Dalam ucapannya, YBM Dato' Sri Tengku Azlan berjanji akan membantu beberapa penduduk yang pemilikkan tanahnya masih belum mendapat geran taraf pendudukan tetap. Beliau berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membantu penduduk yang terlibat dan berharap segalanya akan dapat diselesaikan semasa beliau masih memegang jawatannya.

Saya sangat terharu apabila mengetahui bahawa antara perkara yang dipohon oleh ketua kampong berkenaan (India) adalah memohon sebuah surau bagi penduduk Melayu dan beragama Islam. Jelas bahawa disini soal perkauman langsung tidak terasa sama sekali dan mereka hidup dengan suasana yang harmoni.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen itu sempat juga menyindir kalangan tertentu yang selalu bersikap negatif terhadap sebarang usaha yang beliau laksanakan selama ini. Malahan ada pihak yang menyebarkan rasa tidak puas hati mereka kepada umum dengan memberikan gambaran yang buruk mengenai beliau.

Begitulah buruknya politik di Jerantut ini. Walaupun sudah dipenghujung, namun saya masih berharap agar YBM Dato' Sri sedar bahawa Dato' Sri sering dikelilingi oleh orang-orang yang merosakkan karier politik Dato' Sri.

Banyak pihak berpendapaf bahawa Jerantut adalah antara daerah yang permainan politiknya antara yang terburuk di Pahang. Sesiapa saja yang naik akan sentiasa dijatuhkan dan menaikkan yang lain serta menjatuhkannya pula kemudiannya. Politik Jerantut dikuasai oleh beberapa tokoh yang boleh diistilahkan sebagai 'Godfather'. Merekalah yang mencaturkan politik Jerantut selama ini. Justru untuk membersihkan dan mendamaikan politik Jerantut, 'Godfather' ini harus disingkirkan.

Kita percaya generasi mengkehendaki kesetabilan dalam politik, kerana itu dengan apa cara sekalipun 'Godfather' ini harus disingkirkan seberapa segera dari politik setempat supaya dia jangan lagi mencengkam dan menganggu-gugat tokoh-tokoh UMNO baru yang akan dilahirkan kelak.

Banyak perkara yang masih tidak kena dalam politik UMNO Jerantut. Keberkesanan pihak Penerangan menyebarkan maklumat sentiasa dipertikaikan, keupayaan AJK masih ditahap yang terendah malahan ada antara mereka yang dipilih tidak mampu melakukan apa-apa. Pentadbiran UMNO Bahagian juga masih kurang cekap dalam menyampaikan maklumat kepada semua.

Kesimpulan saya adalah, bukan YBM Dato' Sri Tengku Azlan yang tidak mampu mengendalikanUMNO Jerantut ini, tetapi sokongan yang ada dibelakangnya yang sudah tidak bernyawa. Sudah tentu siapa pun menjadi nakhodanya tidak akan mempu mengendalikan bahtera ini jika anak-anak kapalnya terdiri dari kalangan mereka yang 'down sindrom'. Jelas beliau sungguh kecewa kerana tidak mampu berjuang seorang diri.

'Pemimpin yang bijak harus dikelilingi pembantunya yang bijak juga'

5 comments:

Anonymous said...

mengampu ada, menyalahkan ada: godfather lah. Sudah lah penjilat. Kau kenal ke godfather -berani ke kau nak nyahkan. Jangan merepek lah bangkai. Keluarkan nama nya. eh.....ha...hee....ouk ....keh...keh......... mana kuat lagi awak dah tua lagi bangka. hah.....hah....hah....

SPU said...

Salam, ada satu bangkai hantar posting yg kurang ajar jadi saya tk siarkan sbb ini blog saya, bukan blog bapak dia punya, hehe. Saya cadangkan bangkai itu buka blog sendiri dan lawan kata2 saya disini, baru gentle namanya, huhu. Bososss!

Anonymous said...

Itu dia pemimpin berjiwa rakyat. hidup UMNO.....

SPU said...

Salam, betul Anon 5:36, ini dia pemimpin berjiwa rakyat. Mungkin beliau lambat perform, namun perubah ketara telah ada dan sudah terdengar suara2 bahawa rakyat sudah mula menyukainya, cuma awasi segala pembesar yang mengelilingi dan menghurungi beliau yang akan menjarakkan antara beliau dan rakyat.

anakhalal said...

Anon 9:51 memang kurang ajar, kalau tak suka blog ini jangan baca dan buka blog sendiri, ada telor ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN