Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Saturday, August 21, 2010
POLITIK JERANTUT YANG SEMAKIN MERUNCING
Perkembangan terkini politik Jerantut sungguh mendukacitakan kerana yang kita akan terima diakhirnya nanti adalah segala yang kita semai dikala ini. Kita menyemai benih-benih yang buruk dan akan membusukkan UMNO dan semua rakyat di Jerantut.
Pertama saya sangat kecewa apabila blog seorang penyokong tegar @ penjilat ADUN Tahan menulis tentang keburukkan pemimpin bahagian dan bekas pemimpin bahagian. Blogger Dunia Sama Rata @ ADUN Tahan juga memberikan komen kepada posting saya terdahulu dengan cara yang sangat tidak berhemah disamping menunjukkan kelemahan daya pemikirannya sebagai seorang pemimpin muda yang sebenarnya masih berpeluang, cuma dia tidak dapat mengawal amarahnya.
Orang yang tak mampu mengawal amarahnya akan memusnahkan dirinya sendiri sebagaimana mereka yang tidak dapat mengawal sahwatnya juga. Politik adalah satu seni dan permainan yang perlukan ketahanan mental yang tinggi dan penuh dengan provokasi serta konspirasi. Tentulah sangat tidak sesuai bagi mereka yang tahap i.q nya rendah.
Apa pun yang sangat mengecewakan saya adalah apabila Dunia Sama Rata (DSR) menghamburkan kata-kata buruk dan penghinaan terhadap pemimpin dan bekas pemimpin yang pernah kita sanjungi dulu. Saya boleh terima hakikat jika beliau menempelak Dato' Dr. Shukri kerana beliau masih ada dalam permainan, tetapi Dato' Wan Abu Bakar sudah bukan saingan dalam politik lagi, justru kenapa harus diungkit mengenainya?
Saya bukan penyokong Dato' Wan Abu Bakar dan bukan juga Dato' Dr. Shukri. Saya adalah penulis bebas yang berpandangan bebas juga. Saya bersimpati dengan apa yang dialami oleh ADUN Tahan (jika benar ada konspirasi melenyapkan beliau dari politik Jerantut) namun tindakan yang diambilnya adalah tidak wajar dan tidak waras sama sekali. Natijah dari itu hanyalah menambah kebencian rakyat terhadap dirinya seperti mana apa yang diterima oleh WZwh.
Saya sedang melihat dan menimbangkan segala kata-kata DSR dan email yang saya terima, dan tidak mustahil saya akan menulis sesuatu yang mungkin menyebelahi beliau sekiranya saya rasakan ada kebenarannya.
Pernahkah mendengar kata-kata Leo Tolstoy,' Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu' (klik sini) pengarang novel 'Peace and War' berbangsa Russia yang akhirnya memenangi anugerah nobel hanya setelah lama dia meninggal dunia. Kebenaran akan datang dan kebathilan akan hapus bila sampai waktunya, kita harus percaya kepada ketentuan takdir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
apa ada berani itu azizan hendak keluar, saya rasa dia dah terkencing dalam seluar kerana bimbang kisah dia juga akan diungkit oleh banyak pihak -tk
Wan amizan telah pening dgn keadaan sekrg, berasa diri dah tak lepas utk cita2 ketua bahagian jtut. Maka dgn yg menjadi mangsa dato wan bakar.
Sungguh biadap wan zamzuri dan wan amizan menghentam saudara sendiri. Maka dgn ini saya nampak politik wan amizan akan hancur. Dalam keadaan sekrg ni adakah wan farouk anak dato wan abu bakar akn mempertahan ayahnya yg sangat dihormati org jtut, sebelum wan amizan berlaku buruk terhadap wan farouk lebih baik hantar surat letak jawatan bendahari pemuda.
Kepada dr shukri kenapa yb menlakukan keadaan sekrg ini, yb lah penyebab keluarga ini menjadi kacau bilau, anda boleh ketawa sekrg ni tp silaturahim wan abu bakar mcm mana. Ini kerana yb memasukan gambar perjumpaan tersebut di dlm facebook, adanya wan zuri yg bodoh tu di pusing oleh wan zuri dan wan amizan.
Ini semua menyebabkan puak wan jtut marah kpd dr shukri. Jahanam lah politik dato dr sendiri.
Tentang perilaku ahli politik umno semua telah di buka satu persatu oleh musuh sesama sendiri maka apa akan jadi kpd umno.
Dalam hal ini maka dr shukri patut bertanggung jawab atas apa yg berlaku.
Wan amizan kurangkan sifat biadap dan keji terhadap saudara sendiri, sb saya akan buka semua rahsia2 besar wan amizan jika dia menganggu wan abu bakar lagi. Percayalah saya tanpa segan silu akan membuka keaiban wan amizan. Sekian wasalam.
salam spu!saya ada baca blog dunia sama rata,gaya penyampaian memang teruk sungguh macam karangan budak darjah enam aje,dalam blognya memang ada belia mengutuk dato wan bakar..saya rasa dunia sama rata nih takut dengan bayang2nya sendiri dan takut dengan hukum karma.mengapa dunia sama rata takut sangat dengan dato wan bakar??apakah dunia samarata merasakan dato wan bakar ingin membalas dendam??bukankah dunia samarata nih seorang yang sangat hebat??takkan lah dengan dato wan bakar pun dah takut!!!itulah jangan naya orang..
Dato' azizan apa ada? jawatan dalam parti tak ada, kalau keluar pun untuk apa? lainlah kalau dia ada jawatan. yang jadi masalah sekarang ini orang yang berjawatan.
sebalik tabir,
awak tak tau perkara sebenar lebih baik diam.kalau tidak awak hanya menambah dosa aje,awak tak tahu apa yang telah dato wan lakukan sehingga wan amizan berasa terhiris sangat.awak hanya nampak luaran sahaja.ini antara berdua sahaja. kita jangan campur.
Post a Comment