Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, August 30, 2010

PERJUANGAN PAS KELIRUKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

 Ularmak Tuan Guru Lim Guan Eng



Parti Pas patut dipatut dibatalkan pendaftarannya dan mendaftar semula dengan nama baru yang tidak ada kaitan dengan agama suci Islam. Ini berikutan nama Parti Islam Semalaysia itu menggelirukan dan telah mencemarkan agama Islam itu sendiri.


Kebelakangan ini perbuatan pemimpin parti itu sangat jelas kearah mengadaikan nama Islam semata-mata demi meraih sokongan politik. Sepatutnya sejak lama dulu lagi kerajaan telah mengambil tindakan itu bukan saja terhadap parti Pas bahkan terhadap mana-mana parti yang menggunakan sentimen agama dalam perjuangan mereka.


Banyak pihak berpendapat bahawa agama Islam tidak perlu diperjuangkan di Malaysia kerana selama inipun Malaysia memang sebuah negara Islam dan rakyat bebas mengamalkan ibadah yang berkaitan dengan agama Islam. Justru, segala tindakan memperjuangkan agama Islam itu sebenarnya hanya retorik semata-mata.


Selain itu kegiatan mengadaikan maruah agama bagi mendapatkan undi harus dibendung kerana kebelakangan ini perbuatan sedemikian semakin jelas dan mengelirukan rakyat. Bahkan mendoakan pemimpin kafir dengan meninggalkan doa terhadap ulilamri juga berlaku didalam masjid.


Rakyat semakin keliru apabila Pas telah membenarkan dan bahkan mengajak kaum lain dari kafir harbi ke masjid-masjid untuk berkempen. Kita tidak pertikaikan jika mereka dibawa ke masjid untuk ditarbiahkan, tetapi malangnya mereka dijemput datang untuk mentarbiahkan orang-orang Melayu pula. 


Kerana cita-cita politik Pas, masjid sudah tidak lagi dihormati sebagai tempat ibadah dan tempat suci. Kerana itulah kebelakangan ini kita dapati masjid tidak lagi dihormati sehingga ada pihak sanggup mencampakkan kepala babi, najis serta arak ke masjid. Segalanya bermula dari sikap Pas sendiri yang kononnya terbuka demi perjuangkan agama sehingga sanggup mengeluarkan fatwa undi Pas masuk syurga.


Sikap parti Pas ini juga membuatkan ulamak sudah lagi tidak dihormati masyarakat kerana fatwa mereka yang berubah-ubah hanya kerana menghalalkan perbuatan mereka sendiri, sehinggakan Nik Aziz diberikan gelaran 'wali selipar'.


Perbuatan membenarkan dan mengajak kaum bukan Islam berceramah di masjid-masjid ini jika tidak dibendung akhirnya akan mencemarkan masjdi sebagai tempat ibadah dan suci. Pas juga diseru supaya menghentikan perbuatan mengadai agama kerana dambakan sokongan politik kaum lain @ kafir harbi.


Rujuk blog:
Minda Intelek Melayu - Nik Aziz restu kafir kencing dalam rumah Allah
Gerakan Anti PKR - Nik Aziz bapa Pengeliru Rakyat
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN