Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, August 14, 2010

UMNO HANYA LAYAK DIBAWAH TAPAK KAKI? APA PERANAN UMB PAHANG?

Blog Penarik Beca menulis begini:


Umno hanya layak diletakkan di bawah kaki?

Dalam berita bertajuk "Umno minta rakan maya bantu naikkan semula imej parti", Bernama hari ini melaporkan:
Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Persoalannya, adakah keluhan Adnan itu membuktikan kegagalan teruk gerombolan-gerombolan yang ditubuhkan oleh Umno untuk menjalarkan propagandanya di alam siber termasuk mengacau dengan menghantar komen karut-marut dalam blog-blog termasuk blog ini (khabarnya banyak duit atau gaji yang diperolehi gerombolan itu, sama ada gaji rasmi atau gaji tak rasmi).......


Walau apapun ini adalah bukti bahawa ada pemimpin UMNO yang peka terhadap peranan Media sosial terhadap masyarakat dan kesan terhadap PRU13 nanti.

Malangnya di Pahang pemimpin UMNO tidak berpendapat demikian, mungkin kerana mereka tidak tahu menggunakan  IT atau mereka ini buta IT lalu mereka beranggapan bahawa semua rakyat Pahang buta IT seperti mereka juga. Mungkin mereka tidak membaca blog dan tidak ada rangkaian difacebook sehingga mereka tidak tahu apakah perkembangan semasa dan apa yang rakyat sedang bincangkan mengenai mereka selama ini.

Banyak pihak berpendapat bahawa majoriti pengundi tidak mempunyai aksess dan tidak pernah membaca blog dan facebook tetapi apakah mereka lupa bahawa kebanyakan generasi muda sudah lama melengkapan diri dengan jalinan Media Sosial ini? Bahkan mereka juga mampu mempengaruhi keputusan pilihanraya akan datang. Apakah UMNO tidak sedar bahawa kebanyakan anak-anak muda ini lebih cenderung kepada parti pembangkang?

Saya katakan bahawa beberapa kerusi Parlimen dan DUN Negeri Pahang akan jatuh ketangan parti lawan dalam PRU13 nanti jika pun tidak seluruh negeri mampu ditawan oleh pembangkang. Ini adalah berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat yang sedang berlaku dimana-mana ruang di media sosial.

Mungkin pemimpin  UMNO Pahang memandang remah. Tidak mengapa keran demikianlah apa yang telah bertlaku kepada UMNO/BN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor serta Perak sebelum PRU12 dulu. Ini kerana masih ada pemimpin UMNO negeri-negeri yang masih sombong bongkak dan berpendapat bahawa kuasa mereka akan kekal selamanya.

Gendang Perang telah kedengaran dipalu oleh kedua-dua pihak dan peperangan akan berlaku. Lihat apa yang kerajaan BN tawarkan dan lihat pula apa yang Pakatan Rakyat janjikan untuk rakyat (baca sini)

DS Najib janjikan RM300 untuk peneroka FELDA sebagai duit raya. Bagaimana pula dengan penduduk kampong traditional? Siapa yang akan membela mereka dan apa yang akan mereka dapati nanti? Nampaknya oleh kerana tidak punya kuasa tawar menawar maka rakyat pedalaman dikampong-kampong tradisional tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan BN.

Malang sungguh nasib penduduk pedalaman termasuk yang ada di Ulu Tembeling. Bila lagi rombongan Pas dan PKR akan datang melawat dan menziarahi penduduk kampong?


11 comments:

Ayah Busu said...

Tidak mustahil DUN Tahan akan tumbang dan ditawan pembangkang dalam PRU13 nanti. Peneroka dijanjikan RM300 tetapi kami penduduk kampong tradisi tidak mendapat apa-apa.

UMNO Damak said...

Ketua UMB Pahang patut dah lama letak jawatan, dia hanya perlu gosok bontot Dato' Nan lebih licin lagi...heheeee

one one no belen said...

Salam.Memang kenyataan pemimpin pemimpin UMNO tidak bermoral.nak kata bapa lagi?itulah kenyataannya.Memang pemimpin UMNO kaki rasuah,kaki penipu dan berbagai bagai kaki lagi.Tapi pembangkang pun sama juga.semuanya bangsat

tanjung api said...

Pemimpin umno seluruhnya ingat golongan muda hari ini ia itu generasi 35 tahun kebawah baca surat khabar kertas lagi?

Huu.... lewatnya memerhati, patutlah banyak negeri kalah. Mereka pandang ringan pada alam siber huuu... patutlah kalah..

dahsat hoi....

Anonymous said...

Kenapa lagu perkauman ini yang terus dinyanyikan ?

puterabentong said...

Nak kata macamana? MB Pahang yang bodoh dan dikelilingi penasihat yang bodoh juga. Elok saja kita buang kerajaan bodoh ini.

merapohtimes said...

Buruknyo kita jarang dengar perasuoh, penjubur jd pm. kita jugo jarang dengar menteri besar pasang keluargo, anok beranok, dok sapu hok negri ho la... kecuali pahe dgn kelate.

Anonymous said...

Ada masa kalau kerajaan umum peneroka dapat duit sekolah, duit raya rakyat bukan peneroka tak berapa kisah sangat. bila ramai rakyat susah, kerja tak ada, buah durian langsat, duku tak laku (murah), kontrak tak ada,kerajaan umum peneroka terima 300 pun rakyat/ orang kampung berasa hati. betul juga, kebelakangan ini orang kampung kurang disebut lagi.

budak ulu said...

kerajaan yang tidak kuat,penakut dan pengecut hanya akan lakukan sesuatu berdasarkan tekanan yang mereka terima. Penduduk kampong tradisional tidak spt Felda dan tidak memberi tekanan kpd kerajaan maka kerajaan tidak akan pedulikan mereka ini. Warga negara kelas 3?

orang kampong said...

Kerajaan BN semakin haramjadah kepada bangsa Melayu sendiri dan petahankan bangsa Cina, pemimpin kita pun sama juga, berumah tangga di Jerantut Hell Resot

Anonymous said...

Haram jadah tiga penggal jadi ahli parlimen orang melayu jerantut asik manjat hotel cina saja nak jumpa pemimpin. pulak tu Hotel penuh dengan jual jubur, arak,tidak ada tanda halal judi pulak tu perggghhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN