Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, August 22, 2010

SHUKRI TAK LAYAK CALON PARLIMEN JERANTUT

 Dr. Shukri - Harapan jangan terlalu tinggi 
bimbang tak sampai dicapai dan tak jejak pula kaki


Saya mengumpul maklumat dari banyak pihak dan dari berbagai sumber. Sama ada dari tulisan di blog-blog, komen-komen serta email yang diterima. Seperti yang saya katakan, SPU bukan ejen sesiapa dan bukan menulis untuk sesiapa selama ini. SPU menulis berdasarkan fakta dan maklumat yang diterima.


Bagaimanapun dalam soal pertentangan diantara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar ini, SPU akan menulis dengan memberikan keadilan dan saksama tanpa memihak kepada mana-mana kerana SPU bukannya penulis upahan seperti tuduhan yang dilemparkan.


SPU berpendapat Dr. Shukri bukanlah calon yang layak bagi Ahli Parlimen Jerantut. Bukan kerana tidak cukup ukurnya. Bukan kerana berdiri tak sama tinggi dan duduk tak sama rendah, tetapi ini lebih kepada berdasarkan permasalahan dan beban yang sedang ditanggungnya - Dr. adalah liability bagi UMNO Jerantut jika beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen.


Mungkin penyokong akan marah pada kenyataan SPU ini, tetapi inilah hakikatnya. Kenapa beliau tidak lagi dilantik sebagai ecxo kerajaan negeri sedangkan jawatan yang disandangnya dulu tidak kurang juga pentingnya? Apakah jasa yang telah beliau berikan kepada Jerantut selama ini, bahkan kepada rakyat di DUN Pulau Tawar sendiri? 


Kes permohonan balak JKKK yang melibatkan kampong-kampong masih belum dapat dilupakan oleh rakyat. Siapa yang makan isi, siapa yang makan tulang dan siapa pula yang hanya dapat hirup kuahnya saja? Jadi jika ada rasa dalam hati untuk diangkat sebagai calon Ahli Parlimen, kenalah fikir banyak-banyak kali kerana dihadapan itu adalah jalan yang sukar.


Yang dikejar tak akan dapat bahkan yang dikendung juga akan berciciran nanti. Lebih elok jika beliau juga menaja rombongan Umrah dan membawa seramai mungkin anak buah dan ahli dari cawangan-cawangan untuk mencari keredhaan Allah.Jangan lupa SPU kalau ada mana-mana rombongan nanti, hehe!


Esok, tentu akan lebih panas dan berapi isu yang akan dibawakan dalam SPU.

10 comments:

ObO said...

Salam tuan SPU,
Jika membandingkan diantara dua tokoh ini, ADUN Tahan lebih disenangi rakyat kerana beliau lebih pemurah kepada rakyat. ADUN Pulau Tawar hanya pemurah kepada orang tertentu saja, mungkin juga kepada SPU...

SPU said...

Salam Obo,
Awak memihak kepada siapapun bukanlah masalah saya, tetapi menuduh saya dibayar oleh ADUN P.Tawar adalah sesuatu yang bodoh. Apakah saya dibayar untuk menghentam orang yang saya bayar? Kalau awak kata saya dibayar oleh ADUN Tahan masuk akal juga. Ini bodoh punya komen. Saya memantau blog awak juga dan mungkin awak yang sebenarnya penulis upahan..

abang bu said...

Sial betol awak ni spu, membalun dr. sukeri pulok dah.

Ular Menyusur Akar said...

Kan dah kena sial dalam bulan puasa ni.

abang bu, menyokong mana-mana pehak tidak salah. Tak patut dapat sial kecuali spu memfitnah.

Tapi, kenapa UMNO Jerantut sampai hari ni tak habis lagi pasal cerita kuasa. Negeri lain dah masuk fasa bangkit. Negeri PM patutnya kena tunjok contoh kepada negeri lain.

Amaran blog dari Breaveheart tentang isu ini patut di fikirkan.

agbr47: Alamat menang jadi arang kalah jadi abu. Selamat datang PKR, selamat datang PAS, selamat datang DAP dan selamat tinggal DS.

SPU said...

agbra47,
biarlah abang bu cakap ikut sedap mulut dia tu, mungkin dia tak berpuasa hari ni itu pasal dia boleh cakap ikut suka saja. Menang jadi abang Bu, kalah jadi akak key ke? hahaha

YEN KEE DAMAK, said...

spu.
Penganalisis2 politik dan penyokong tegar umno bahagian jerantut berpendapat W.Amizan lwn T.Lan, W. Amizan Menangg, W. amizan lwn Dr.Shukri, Tg. Lan Menang..eehaa..bravo..bravo Tengku

Anonymous said...

Salam.Memang Dr shukri tak layak jadi ahli parlimen.Dompok lagilah tak layak sebab belajo pun tingkatan 2 aje.Nak jadi pemimpin mcm mana kalau tak cerdik?.Kenalah cari calon yang layak kalau UMNO nak menang.Janganlah pakai hentam kromo aje letakkan calon. Nanti rakyat kromokan calon UMNO putih mata .

ObO said...

Anon 6:32,
Kalau Shukri tak layak, Wan Amizan tak layak habis siapa yang layak? Dari Hj Rosdi atau Hj. Nazlan atau Dolah Kicap tentu WZWH seribu kali lebih baik? Dari pemnulisan di blognya saya dapat rasakan bahawa dia ada idea yang cemerlang dan yg tentunya dia berpelajaran tinggi. Hj Rosdi dan Dolah kicap hanya dari Univ. Texies....mana layak?

bATU LANGGOk said...

Wn Amizan lwn Dr Sukri = wan amizan
Wan Amizan lwn Tengku Lan = wan Amizan. Wan Amizan lwn Ku Lan lagi empuk wan mizan nak menang. Ku Lan harap ke zali, hj rosdi, dolah kicap sajalah....kaki ampu. Haa satu lagi Dato sri Bendahari roti mana?

Anonymous said...

Betul dah spu kata itu. Dr Sukri tak boleh jadi calon Parlimen. Kaut kuat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN