Dari sebuah laman blog Jerantut yang postingnya saya angkat semalam, blog ORANG bukan ORANG, saya ingin mengangkat postingnya sekali lagi. Kali ini beliau menulis mengenai orang-orang UMNO Jerantut selalu kehilangan duit.
Saya berpendapat blog ini adalah dari kumpulan menyokong WZWH berdasarkan followernya. Namun sangat faham tentang isu yang diperkatakan itu:
......Ini kisah seorang orang yang isterinya kuat dalam Wanita UMNO Jerantut. Orang Nombor dua. Dulu-dulu masa bisness banyak untung dia pun buat banyak hal. Ala-ala SUB jugalah dengan 'Sara'nya, ada girlfren sana-sini. Oleh kerana terlajak perahu dan tak boleh diundur maka dia terpaksa berbelanja besar sikit dari biasa. Jadi dia kena berikan pada sijelita itu banyak puluh ribu ringgit jugalah. Isterinya ada kemahiran dengan kewangan jadi susahlah dia nak temberang bini dia, lalu dia ambil keputusan menghilangkan duit dengan cara keretanya dipecahkan. Selamatlah dia dari isterinya kerana duitnya dicuri apabila keretanya dipecahkan.
Maka hebohlah seluruh Jerantut kereta si anu tu dipecahkan dan dia hilang berpuluh ribu duit dan cerita sebenar duitnya diberikan pada sijelita tu tetaplah tersmbunyi jadi rahsia. Oleh kerana ceritanya berjaya menemberang isterinya, maka seorang lagi usahawan muda dari Ulu Cheka pun melakunkan cerita yang sama atas alasan yang sama juga. Dia juga berjaya menemberangkan isterinya.
...... Klik ke blog berkenaan disini
Blog patpatsikulipat menulis mengenai perbincangan diblog WZWH berkenaan tokoh dan calon PRU13 nanti. Klik sini
No comments:
Post a Comment