Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, August 27, 2010

BILA BANGSA MELAYU LAYU

Banyak blog menulis tentang gerakan BENDERA di Indonesia yang berlaku biadap, berdemonstrasi di Kedutaan Malaysia, membakar bendera Jalur Gemilang dan bahkan melontar najis ke Kedutaan Malaysia. Baca sini.


Kerajaan Indonsia seperti biasa menyatakan bahawa itu bukanlah pandangan Kerajaan Indonesia dan bukan pandanagan keseluruhan rakyat Indonesia. Bagaimanapun maruah negara kita telah berkali-kali dicemari oleh kumpulan sebegini.


Pergerakan Pemuda UMNO hanya mengemukakan bantahan dengan menghantar sehelai kertas ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Tidak ada bantahan keras seperti Pemuda UMNO di zaman dahulu, yang menjadi suara pejuang yang digeruni bukan saja oleh badan induk UMNO itu sendiri bahkan parti komponen BN juga. Pemuda UMNO kini lembik dan tidak lagi 'jantan' seperti dizaman Syed Jaafar Albar yang digeruni. Baca sini.


Kita, bangsa Melayu semakin layu dan lemah. Semakin hilang semangat. Semakin tidak faham erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Datuk Nenek kita. Kelemahan kita selalu diambil kesempatan oleh bangsa lain untuk merampas segala hak kita dan akhirnya nanti kita akan kehilangan segalanya. Baca sini.


xxx

1 comment:

123lekuk said...

salam spu.
Boleh tolong link kan blog http://123silekuk.blogspot.com didalam blog spu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN