Kearah kemakmuran negeri Pahang dan pengekalan alam sekitar, kepimpinan negeri mesti ditukarkan menjelang PRU13 nanti.
Banyak pihak yang prihati terhadap alam sekitar di Malaysia merasa semakin sesak nafas kerana kepimpinan kerajaan negeri Pahang tidak langsung peka terhadap pengekalan alam sekitar. Penerokaan hutan tanah tinggi yang tidak terkawal di Cameron Highland sudah tidak mendapat perhatian serius kerajaan negeri lagi. Karam Singh Wallia pun bagaikan sudah karam dalam hatinya kerana laporan demi laporan sudah tidak mendatangkan kesan langsung berikutan kegagalan kerajaan negeri mengambil tindakan.
Selain itu pembalakan haram juga masih berlaku dan berleluasa dan pihak kerajaan hanya membuta mata. Dalam pada banyak hutan diteroka namun rakyat masih tidak mendapat tanah dengan permohonan lebih 20 tahun pun belum diluluskan. Kerajaan nyata gagal dan kepimpinan mesti diubah sama ada oleh pucuk pimpinan atau oleh rakyat sendiri dalam PRU nanti.
Jerantut merupakan benteng terakhir hutan tropika negara, yang terluas adalah Taman Negara. Buffer Zon nya juga sudah tidak jelas kerana telah ada pihak yang beroperasi mengeluarkan balak dikawasan berdekatan. Tidak mustahil peristiwa pembalakan haram 'Tengku Wong' akan berulang kembali.
Justru pemimpin politik bagi kawasan berkenaan hendaklah dari kalangan mereka yang menyedari pentingnya perlindungan hutan dan alam sekitar. Beliau juga adalah calon yang sesuai bagi menggantikan MB Pahang dan akan bertanding di DUN Tahan. Beliau adalah Wan Zamzuri, (anak tempatan dari Ulu Tembeling katanya, tetapi beliau dilahirkan di Kuala Lipis dan tidak pernah pun tinggal di Ulu Tembeling). Seorang anak muda berkelulusan luar negara dan dari keturunan Bendahara, adalah calon yang layak untuk manjadi MB Pahang.
Kita percaya segala ideanya tentang loji nuklear, cable cark ke Gunung Tahan dan lain-lain lagi tentu akan lebih mudah dilaksanakan apabila beliau sudah menjadi MB Pahang kelak. SPU menyokong dengan sesungguhnya dan akan berusaha keras memastikan beliau akan menjawat jawatan MB. Kita percaya bahawa WZWH layak dan sanggup memegang tanggungjawab berkenaan. Sila lihat CnP - sebahagian dari yang tersiar di facebook baru-baru ini. Sila lihat blog Urag Drrulug (Klik sini).
Salam saudara Ri-Kuala Pengor,