Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, December 1, 2010

PEMIMPIN DAN JEMBATAN



1)
Blog 123 Si Lekuk menulis begini:

Ahli-ahli belia 4B Pahang mempersoalkan mesyuarat Agung Negeri Pahang itu yang diadakan awal november 2010 dikatakan tidak sah kerana dihadiri oleh perwakilan 4B Jerantut yang tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 ini.

Persatuan Belia 4B Jerantut yang terdiri dari 24 cawangan tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 menghantar wakil kemesyuarat negeri seramai 7 dari 10 orang ( 3 orang tidak hadir). Perkara ini telah dipersoalkan oleh perwakilan pada persidangan itu tetapi tidak dilayan oleh Jawatan kuasa negeri.

Sepatutnya, Jerantut tidak boleh hadhir kemesyurat negeri kerana tidak mengadakan mesyuarat agung diperingkat Daerah. Minit-minit mesyuarat Agung yang dihantar kenegeri itu hanyalah palsu dan pihak negeri hendaklah menyiasat perkara ini dengan serius.

Tindakan Pengerusi Belia4B Daerah Jerantut yang juga Naib Pengerusi 4B Negeri tidak adil kepada Gerakan Belia 4B Pahang dan Belia 4B Daerah. Memalsukan dokumen atau minit mesyuarat Agung adalah satu kesalahan dan peraturan belia 4B yang melibatkan pendaftaran persatuan Belia.

Wakil-wakil yang dihantar ke negeri hanyalah atas senarai yang hanya dibuat oleh pengerusi Daerah sahaja bukan dipilih melalui mesyuarat Agung. 

Gerakan Belia 4B Pahang hendaklah menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas salah laku ini. Disamping itu, ramai berpendapat bahawa mesyuarat negeri dalam keraguan kerana dihadiri oleh perwakilan yang tidak sah.

Jalaludin Ghazali tidak boleh menipu 24 cawangan dalam daerah ini kononnya Belia 4B Jerantut siap mengadakan mesyuarat Agung pada 30.10,2010.


2)
Sri Tri Buana menulis dari resah jiwanya mengenai darjat dalam kehidupan, darjat dalam dunia blogger. Mengenai Blogger Elitas dan Blogger Firaun Kecil. Segalanya serba mungkin dalam kehidupan ini. Bagaimanapun, menulislah dengan keikhlasan. Kerana menjadi penulis juga adalah satu anugerah Tuhan.

Semalam saya menulis keserongan yang dilakukan oleh penjawat awam, bahkan dilakukan juga oleh orang-orang politik. Memang didunia ini ada orang jahat dan ada orang baik. Kita juga berhak untuk memilih sama ada untuk menjadi orang jahat atau orang baik. Kerana itulah Syurga dan Neraka dijadikan Allah. (Baca Sini Mengenai Jembatan Ke Syurga)

Pas pun tidak mampu lakukan sesuatu sehingga ada ahlinya meminta Tokoh dan Ulamaknya meminta menasihati pemimpin Pakatan Rakyat supaya belajar menghormati ayat-ayat suci Al-Quraan (Baca Sini)

Sahabat kita , uRag dRrulug masih belum menulis nampaknya.

2 comments:

Anonymous said...

jalaludin lah tu.teruk dah 4b kawasan jerantut. minit pn dye tipu.
lebih kurang mcm wan dompok juga.
berhenti lah kalau tak tau buat keje.

dengar khabar org lama 4b pn tak di pakai oleh jalaludin ni.

dia pakai azli je,yg bukan ahli 4b pn. sy showkan zamri rahim ganti tempat jalaludin ada lah tokoh memimpin sikit.
kita tgk pemuda kan bergerak maju sekrg bawah su zamri rahim.

Anonymous said...

woit, x kan zamri rahim nk ganti tempat jalal. setiausaha pemuda tu kaki judi oooo, main judi siang mlm, mcm ayah dia juga.
makan duit gaji bini jek. dia mana ada kerje nya. berharap sepenuh dgn dompok jek. cari lah org lain. yg botak licin tu tak payah lah. kang lebih licin harta 4B nya kebas nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN