Foto Ihsan Utusan Malaysia Online
PHNOM PENH 2 Dis. – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah ujian sebenar kepada kredibiliti Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat tanda-tanda awal bahawa rakyat semakin yakin dengan parti itu selepas kerajaan dilihat komited menunaikan janji-janjinya dalam pilihan raya lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika pilihan raya itu nanti rakyat akan membuat penentuan akhir sama ada BN telah berjaya memenuhi harapan dan kehendak mereka atau sebaliknya.
Menurutnya, PRU13 juga akan menggambarkan penerimaan sebenar terhadap segala usaha BN untuk menarik semula sokongan rakyat iaitu menerusi pelbagai inisiatif dan juga transformasi dalam kerajaan serta parti. .....
Sepertimana SPU menulis semalam, populariti DS Najib peribadi masih rendah jika dibandingkan dengan DS Anwar andai populariti blog dijadikan ukuran. Justru masih banyak lagi yang PM mesti lakukan terutama membersihkan sekelilingnya dari pandangan-pandangan negatif diluar dan didalam. (Baca juga tulisan SPU semalam)
Kita percaya bahawa DS Najib bersih dan jernih, malangnya beliau masih dikelilingi oleh mereka atau dengan presepsi yang tidak begitu jernih yang juga turut menconteng peribadinya sedikit sebanyak. Saya berpendapat pengantungan terhadap imej Tun Dr, Mahathir masih perlu dan diterjemahkan dengan jelas. Tun wajar dilantik sebagai menteri mentor atau sepertinya agar masih dapat menikmati sedikit sebanyak penghargaan dan populariti beliau dari pandangan rakyat.
***********
Sembang Kedai Kopi menulis tentang satu acara sukan yang dianjurkan di Taman Negara, Rainforest Green Race, yang akan diadakan pada 21 - 23 Januari, 2011 nanti. Ini bertujuan menggalakkan lagi kedatangan pelancong terutamanya pada musim yang Taman Negara selalunya berlaku hujan. Satu inisiatif yang baik yang patut dilakukan sejak dari dulu lagi. Penglibatkan agensi-agensi kerajaan terutamanya Pelancongan Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sangat didambakan bagi mempromosikan aktiviti Taman Negara pada musim monson.
WZWH, penulis yang bijak meminkan sentimen dan selalu penuh dengan kontroversi menulis mengenai Pembangunan Bandar Jerantut dan menganggap Dr. Shukri sebagai bapa pembanganan bandar Jerantut. (Klik Sini) Pada suatu ketika WZWH seakan tidak menghormati YB berkenaan dalam tulisannya, tetapi kali ini sebaliknya beliau memuji. Bagaimanapun kepada orang tertentu, janganlah terus menelan segala pujian itu kerana saya melihat ini hanya sebagai sindirian yang pedas berikutan banyak tanah-tanah yang dibangunkan itu dipertikaikan ketelusannya - wallahuaalam!
Blog paling popular di Jerantut, uRag dRrulug semalam menulis mengenai perjuangan dan keberanian. SPU tidak ingin mengulasnya disini. Bagaimanapun banyak pihak menganggap blog berkenaan menarik dan unik serta mampu manarik pembaca dari daerah pedalaman Ulu Tembeling untuk membaca dan memberikan komen. Saya juga maklum bahawa blog berkenaan sudah melangkan ke peringkat nasional dimana sering juga dikunjingi oleh pembaca dari Sarawak dan Brunei. Mungkin atas dasar bangsa serumpun.
No comments:
Post a Comment