Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, December 21, 2010

JANGAN PERKECIL PERANAN MEDIA



Kita telah menerima isyarat bahawa PRU sudah semakin hampir. Seharusnya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk membantu kumpulan dan parti yang mereka masing-masing sokong memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun, di Jerantut nampaknya tiada langsung usaha untuk menarik bloger-bloger supaya memberikan sokongan mereka kepada parti oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mungkin mereka masih merasakan bahawa peranan blogger dan media sosial tidak menyumbangkan apa-apa kepada mereka.

Di peringkat negeri, kita sudah melihat ada perubahan dimana banyak pihak yang terlibat di media sosial cuba dihimpunkan dalam usaha menjuarai media sosial. Kita tidak tahu setakat mana usaha itu mencapai sasarannya dan kejayaannya, namun walau apapun usaha sedemikian sungguh memberi makna dan mampu menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam usaha memenangi hati rakyat.

Di Jerantut, jika ada seseorang pemimpin yang ada inisiatif sedemikian, saya pasti ianya mampu mengubah corak dan sokongan blogger serta mempengaruhi fikiran rakyat sekaligus. Jangan lagi kita berfikir bahawa blog ini hanya dibacai oleh orang-orang muda sahaja dan pengundi lama tidak akan dipengaruhi olehnya. Pendapat sedemikaian saya rasa salah. Bahkan pengundi lama akan terpengaruh dengan pengundi muda yang mendapat banyak maklumat melalui internet dan menyebarnya kepada ramai.

Dalam PRU12 lalu, kerajaan telah melakukan kesilapan dengan memandang remeh peranan media sosial ini. Jangan lagi kali ini pemimpin kita mengulangi kesalahan sama hendaknya. Kita melihat Jerantut adalah antara daerah yang terkehadapan sekali dalam penglibatkan di media sosial berbanding daerah lain walaupun Jerantut adalah satu daerah pedalaman.

Menguasai media adalah menguasai kekuatan dalam penyebaran maklumat. Kegagalan menguasai media akan  mengagalkan pemimpin dalam mempengaruhi rakyat juga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN