KLIK SINI, sedikit berita panas mengenai pemimpin Pas
Jarang saya nak mengangkat blog yang menulis topik luar dari lingkungan kita, Jerantut. Bagaimanapun kali ini terpaksa juga membuat ulasan mengenai blog WZWH dengan entry terbarunya; Rakyat Pilih Leader Jangan Pilih Pseudo Leader PRU 13 (klik)
Memang mudah untuk kita menunjukkan pilihan kepada rakyat namun apabila melibatkan ramai orang maka memilih sesuatu itu tidak lagi akan mengikut arahan atau kata kita. Itu namanya kebebasan. Orang akan memilih sesiapa saja mengikut suka hati mereka atas apa-apa alasan saja. Bahkan setidak-tidaknya mereka akan memilih orang itu hanya kerana tidak sukakan kepada orang ini. Undi protes! Itulah apa yang berlaku dalam PRU12 lalu. Rakyat memilih pembangkang kerana protesnya terhadap parti kerajaan.
Kadang-kadang kita juga sudah tidak peduli apakah pilihan kita itu betul atau apakah calon pilihan kita itu seorang yang dapat merealisasikan harapan rakyat. Maka seringkali kita memilih calon yang salah. Bagaimana pula dalam pemilihan UMNO sendiri? Apakah kita memilih calon yang betul jika pilihan kita itu disokong oleh ganjaran wang? Jangan dinafikan ini tidak berlaku disini. bahkan WZWH juga sudah mengakuinya pada postingnya diblog beliau dahulu.
Apakah kesilapan ini tidak akan berlaku jika pembangkang memberikan pengundinya ganjaran untuk mengundinya kelak seperti yang tokoh UMNO lakukan pada setiap mesyuarat UMNO? Apakah kita mesti salahkan mereka yang menerima ganjaran itu jika mengundinya? Bagaimana pula kita yang juga memberi ganjaran? Apakah kita tidak bersalah hanya kerana kita adalah mewakili pihak kita?
PRU13 masih bukan jalan mudah bagi BN kerana masih ada saki baki rasa tidak puashati dan dendam yang bersisa. Kemungkinan ditempat-tempat tertentu rakyat akan berpaling arah tetap ada. Siapa yang mampu menafikannya?
Kalau kita melihat dari 100 blogger favourite, Tun Dr. Mahathir di tempat ke-8 manakala Blog Anwar Ibrahim ditempat ke-9 sedangkan Blog DS Najib berada ditempat ke-48. Lim Kit Siang ke-16 manakala Zulkifli Nordin di kedudukan ke-21. Jika ini diambil sebagai ukuran populariti, maka DS Najib masih lagi kalah dan kurang popular, mujur juga Tun Dr. Mahathir sering memberikan bantuan. Jadi tidak mustahil bahawa kekuatan pembangkang masih kuat biarpun parti yang mewakili mereka sudah semakin karam dan tenggelam. Populariti dan sokongan individu serta undi protes akan memainkan peranannya kelak sebagai penentu.
Selain itu undi kaum lain juga masih disangsikan dan masih berada diluar kawalan. Ada kaum yang bijak, dalam PRK meminta itu dan ini tetapi undi masih tidak diberikan dan nampaknya mereka inilah yang sedang mengawal politik negara dengan tangan-tangan hitam mereka. Hendaknya pemimpin kita tidak akan terpedaya dengan permainan licik politik mereka ini kerana mereka boleh berada luar dan bahkan didalam juga. Mereka ini hanya lebih pentingkan kuasa mutlak berada ditangan mereka sebagai penentu dan menjamin ekonomi, terutama dalam keadaan begini, dimana pihak Pas juga seakan-akan mengangkat mereka setinggi langit. Budaya mereka lebih lama dari kita dan mereka lebih pandai dalam tipu muslihat persis bani israel.
Apapun, UMNO bahagian Jerantut seharusnya berkerja dari sekarang untuk merapatkan semula saf dan bersama-sama berjuang demi agama dan negara kita. Jangan ada sedikitpun ruang yang retak diantara pemimpin-pemimpin kita, jangan juga ada niat didalam hati untuk lakukan cas keting seperti sebelum ini. Jangan juga berfikir bahawa politik hanya untuk cari makan kerana yang kita pertaruhkan adalah masa depan anak bangsa kita sendiri.
Insyallah kita mampu menang dan menang besar jika kita juga sudah dapat mensucikan niat dan hati kita. Seperti semua maklum, kemenangan lawan yang lalu bukanlah kerana kekuatan mereka tetapi akibat dari kelemahan dan kelalaian kita yang mencurigai dan mengkhianati sesama sendiri.
Saya masih ingat apabila kita kalah kepada bagi DUN Tahan suatu waktu dulu. Saya juga masih terbayang wajah-wajah penderhaka itu yang kini masih ada didalam UMNO, yang masih ahli UMNO lantik. Perjuangan penderhaka ini adalah hanya untuk duit dan mereka tidak mustahil akan melakukannya sekali lagi dan lagi dan lagi. Pucuk pimpinan harus memastikan agar mereka tidak mampu naik lebih tinggi lagi atau kita kuburkan saja mereka disitu.
Saya lihat uRag dRrulug sudah menulis. Selamat kembali dan meriahkan lagi liga blog Jerantut ini. Kita juga harus pastikan supaya calon parlimen pembangkang yang bukan anak watan tewas dan dimalukan dalam PRU 13 nanti.
2 comments:
banyak lagi sepatut di dedahkan salah laku yb, penguat kuasa, penjawat awam yang mempunyai kuasa juga tokey tokey dan juga para kontrektor yang menyalahgunakan rm untuk menambah rm ?.
Bukan setakat isu saham felcra saja yan di selewengkan, banyak lagi isu isu tanah yang di selewengkan,khususnya tanah yang di pohon oleh rakyat biasa.
Memang ada konsperasi dalam hal pemberian tanah tanah di daerah jerantut ini,khasnya di kawasan bandar, sebagai contoh, ada satu kelompok memohon, akan di tambah permohanan lain terdiri pegawai pegawai pegawai pejabat tanah dan daerah, permohonan tersebut di selitkan, termasukah penghulu penghulu yang tidak bertanggung jawab bersama pegawai yang mempunyai kuasa di ptdd, ajak sekali yb yb bersama, maka fail diangkat, tapi sayang pemohon yang telah lama memohon ada yang di tolak untuk memberi peluang kepada penghulu penghulu, ADO, SO DAN JUGA KAKITANGAN LAIN T ERMASUK TOK 4, SEDANG KAN PERMOHONAN MEREKA TIDAK DI KETAHUI BILA DI BUAT?.
Ini lah yang dikatakan penyalah gunaan kuasa, yang sepatut dapat tak dapat.?, saya nok bertanya sikit lah pada spu, tak ada kuasa kah yb sesatu kawasan yang di wakilinya memohon membatalkan keputusan yang di buat oleh pra exco terdahulu wa ima keputusan mb sekali pun, jika yb tersebut dapat membuktikan bahawa cara pemberian saham felcra itu memang tidak adil dan di marahi oleh rakyat semua?.
Tida keputusan yang tidak dapat di ubah jika untuk kebaikan, tetapi jika kita bersengkokol sekali dalam memberi kepada sahabat, kroni kita itu pasti tidak dapat di ubah.
Maaf spu mungkin syaa tersalah tempat komen, tapi demi menentang kumunkaran saya tulis juga.
sekian, fikir fikirkan lah, wasallam
wzwh itu tulis protes pada boss dia ke?. Yb dia tu ada sijil ijazah torpedo.
Post a Comment