SPU nak mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli panel 'Debat Isu Felda Kg. Merting' yang akan diadakan ini. Rakyat-rakyat marhaen sudah lama menanti untuk mendengar apa alasan yang akan di'pungkorkan' oleh pemimpin kepada mereka kali ini. Sebelum itu, SPU nak maklumkan bahawa isu saham felcra ini sudah sampai ketelinga PM melalui orang tertentu yang rapat dengannya. Mereka juga sejak dulu sudah memantau blog SPU serta uRag dRrulug kerana isu-isu berkaitan dengan pambangunan dan kepentingan rakyat.
Insyallah, PM akan mengambil perhatian dan tindakan yang selaras dengan kehendak ramai dalam pemilihan calon-calon PRU nanti. Pihak atasan sudah mengiktiraf blog SPU sebagai suara rakyat khususnya rakyat Jerantut ini. Kalau kurang percaya klik sini, lihat disebelah kanan dimana blog SPU diletakkan. Itulah pengiktirafan yang telah diberikan kerana berani menyuarakan kehendak rakyat. Tidak ada mana-mana blog lain yang mendapat pengikhtirafan begini selama ini. Kerana itulah SPU akan terus berjuang walau sudah beberapa kali bertukar tangan namun mengekalkan prinsip yang sama - berjuang untuk rakyat.
WZWH persoalkan blog-blog Jerantut yang menyepi, SPU akui itu. Ada beberapa penjelasan; 1) Penulisnya bukanlah seorang yang benar-benar komited pada penulisan blog, melainkan hanya mencuba dan suka-suka. Kerana itu blog berkenaan tidak dapat bertahan lama, 2) Menulis blog bukanlah satu profession, justru mereka hanya menulis bila ada kelapangan, 3) Penulisan bermusim - mereka hanya akan meriuhkan suasana apabila mendapati persekitaran mereka riuh. Yang masih menulis dan terus menulis adalah blogger sebenar, biarpun mereka hanyalah blog picisan semata-mata.
SPU membaca komen diblog WZWH dan blog Karok menyatakan bahawa ianya bukan blog Jerantut, ianya adalah blog Penang, maka SPU akan keluarkannya dari link dengan segera. Begitu juga mana-mana blog yang sudah tidak aktif akan di'nyahkan' dari link list. SPU hanya inginkan pejuang sebenar yang mewakili Jerantut.
SPU mendengar khabar dari BH yang semalam menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Penerangan UMNO Pahang, sesuatu akan berlaku dalam menganjak perkembangan media sosial negeri tidak lama lagi. Beliau juga memaklumkan kewujudan blog Pahang ku http://pahang-ku.blogspot.com. Kata BH itu perjumpaan peringkat tertinggi dan tidak banyak maklumat dapat disebarkan sekurang-kurang buat masa ini, namun beliau meminta semua untuk teruskan menulis. Satu pertemuan blogger Jerantut sedang diusahakan dalam waktu terdekat. SPU harap Ahli Parlimen Jerantut dapat memberikan sumbangan untuk mengadakan pertemuan tersebut, atau mana-mana pihak lain yang sudi mengikhlaskannya.
2 comments:
Bukan semua orang minat menulis. Kerana menulis memerlukan banyak masa untuk membaca, berfikir dan menulis.
Semua itu kerja membosankan. Tapi tidak membosankan bagi mereka yang benar-benar minat menulis.
Salam Tuan SPU,
WZWH mohon Tuan SPU sila pautkan blog Sangkakala address URL:http://sangkakalanews.blogspot.com/
Terima kasih.
Post a Comment