WZWH menulis begini (baca sini), tentang projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Ulu Tembeling. Nilaiannya jutaan ringgit. Beruntunglah penduduk Ulu Tembeling. Saya sangat menginsafi bahawa saudara saya WZWH ini adalah seorang yang bersikap sangan terbuka dan telus.Kerana itulah beliau dengan berani membentangkan segala projek yang diracang dan laksanakan oleh 'bos'nya tanpa sebarang selindung. Saya juga dengan jujurnya menyedari bahawa memang banyak yang telah 'bos' berkenaan lakukan untuk penduduk.
Cuma, kali ini saya mengharapkan WZWH lebih jujur, telus dan benar-benar berani dengan menyatakan siapakah kontraktor-kontraktor berkenaan yang melaksanakan projek-projek berkenaan untuk kita bandingkan dengan rekod yang kita ada. Ini memang memerlukan keberanian yang sangat tinggi, tidak ramai 'lelaki' yang seberani ini. Mungkin juga WZWH masih kurang cukup berani mendedahkannya. Saya yakin pasti ada pihak yang mencabar WZWH untuk menjadi seorang hero yang berani mendedahkan maklumat ini. Mungkin WZWH akan seberani 'wikileaks' atau dia sebenarnya 'hero filem tamil' yang penakut dan menyorok disebalik 'langsir' dan hanya layak menjadi 'wikiweak'
Nampaknya blog-blog dalam blogspera Jerantut turut merasai bahang PRU yang semakin hampir. Justru kita melihat mereka semua sudah mula aktif kembali. Masing-masing memberikan pendapat dan pandangan terhadap berbagi isu dan dari berbagai sudut. Semuanya betul, atas sifat kebebasan menulis dan menyatakan pendapat mereka sendiri.
WZWH menulis tentang ADUN Pualau Tawar, memberikan semangat supaya bangkit semula dan ceria. Bagaimanapun pandangan SPU segalanya sudah terlambat dan berakhir. DUN Pulau Tawar bukan lagi untuk dia dan jangan bermimpi untuk Parlimen Jerantut. Banyak bebanan yang dipikulnya dan perlu dibersihkan bagi membolehkan rakyat menerimanya semula. Sebaiknya pasrah saja lah dan berpaling ke arah lain.
N9 TAHAN mengangkat berita dari media cetak arus perdana mengenai rungutan rakyat terhadap kemudahan prasarana di Kg. Kuala Sat yang tidak diendahkan oleh pihak berwajib. Malahan ada orang tertentu menjanjikan sesuatu namun janjinya seperti biasa hanya lah bagai menanam tebu ditepi bibir. Pemimpin begini juga akan rakyat singkirkan. Semoga prmimpin utama negara memerhatikannya dan tidak lagi memberikannya peluang yang hanya akan menjadikannya 'beban, kepada parti dan kerajaan. Orang begini juga tidak layak untuk jadi Ahli Parlimen.
Sahabat saya, uRag dRrulug yang selalu berkonfrantasi dan kontroversi pula menulis tentang pengorbanan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Namun sesudah mencapai kemerdekaan, ada pihak yang tidak dapat mengecapi hasilnya. Ada ketidakadilan atau mungkin disebabkan penyelewangan pihak tertentu. Namun rakyat tetap merasan kecewa. Ada yang rela membakar kelambunya.
No comments:
Post a Comment