Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti ceramah yang mana Sdr. Nobisha adalah salah seorang dari penceramahnya. Beliau selain dari seorang blogger, juga adalah seorang penulis dan pakar dalam komunikasi terutama apa yang disebut media baru atau media sosial. Saya banyak mengikuti tulisan dan pandangan beliau. Namun yang ini harus saya kongsikan dengan ramai, terutama di Jerantut supaya mampu menambahkan lagi pengetahuan tentang IT. Jangan nanti tidak pandai menari kita katakan lantai tinggi rendah. Jangan nanti kita terus-terusan tenggelam buta IT dan buta hati.
Dalam bukunya, "Grown Up Digital", Don Tapscott menulis mengenai Generasi X, Y dan Z. Beliau bukanlah orang yang pertama dan terakhir menulis mengenai tiga generasi ini.
Menurut Don Tapscott, Generasi X ialah mereka yang lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z ialah mereka yang lahir selepas 1998. Setiap satu generasi ini mempunyai ciri-ciri sosio-budaya yang tersendiri.
Satu perkara yang pasti, Generasi X, Y dan Z adalah merupakan generasi internet, manakala generasi sebelumnya iaitu Generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer adalah merupakan generasi percetakan dan penyiaran. Saya telah menulis mengenai perkara ini sebelumnya.
Kini, Dan Pankraz seorang ahli pemasaran digital dari Sydney, Australia menulis mengenai "Generasi C" iaitu iaitu "connected generation" dan merupakan "digital natives." Berbanding dengan Generasi X, Y dan Z yang diklasifikasikan mengikut umur, Generasi C adalah merupakan mereka yang berkongsi nilai, sikap, tingkalaku dan gaya hidup yang sama - tanpa mengira umur.
Seseorang mungkin berada dalam Generasi Baby-Boomer, tetapi berada dalam Generasi C sama seperti anak muda Generasi Y, sekiranya dia sentiasa menggunakan internet untuk berkomunikasi; termasuklah media sosial seperti Facebook atau YouTube. Klik di sini untuk membaca mengenai Generasi C.
Berbicara mengenai Generasi C, saya ingin mentakrifkan semula Generasi X, Y dan Z. Di kalangan Generasi C, ada Generasi X, atau generasi "pangkah." Mereka gemar membangkang apa saja yang dimuatkan sama ada dalam blog, Facebook atau Twitter. Semua tak kena. Dia seorang saja yang betul.
Di kalangan Generasi C juga, ada Generasi whY; iaitu kelompok yang suka bertanya apa yang orang lain buat tanpa menawarkan apa-apa penyelesaian. Mengapa begitu? Mengapa begini? Cuma, dia tidak bertanya, "Apa yang saya dah buat?"
Dan, akhir sekali di kalangan Generasi C juga ada Generasi Zzzz, iaitu mereka yang "tidur" dan tidak berminat untuk mengambil tahu apa yang ada di sekeliling. Mereka hidup dengan dunia mereka sendiri.
Oh ya, anda membaca blog ini; besar kemungkinan anda adalah Generasi C. Persoalannya ialah adakah anda Generasi X, Generasi whY atau Generasi Zzzz?
(Klik Sini ke sumber asal)
Di Jerantut, Dato' Azizan sudah celik IT (sini), Sopian Kasim juga celik IT (sini), Wan Zamzuri cikgu penasihat tak resmi ADUN Tahan juga celik IT (sini), ADUN Tahan juga pejam-pejam celik IT (sini). Norhelan Mahamud, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Jerantut - blognya pejam celik kemudian pejam dah tak celik-celik lagi - entah mengapa. Ketua Penerangan dan AJK UMNO yang lainnya, masih tak celik-celik. nampaknya masih buta hati. Selamat tinggal UMNO yang tetap mundur dan mengundur kebelakang.
---------------------------------------------
No comments:
Post a Comment