YB Dato' Tuan Haji Wan Amizan bin Abd Razak selepas beberapa kali umrah
dan menunaikan haji (di Mekah) sudah lebih berubah dan prihatin terhadap rakyat.
Mungkin berkata kepada budak itu; Tak apa, kalau nak tengok unta,
nanti kita anjurkan lawatan ke Muzium Negara. (Foto blog WZWH)
Kenaikan harga barang mungkin tidak memberikan kesan besar kepada mereka yang tinggal dibandar dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Atau para peniaga serta kontrektor termasuk Kelas F (A - D) (yang hanya ada di Jerantut ini) Kepada penjawat awam, mereka diberikan bonus itu dan ini. Kepada peneroka Felda, mereka juga mendapat bonus sebelum hari raya dulu. Tetapi bagaimana dengan penduduk kampong tradisional di pedalaman?
Mereka tidak mendapat bonus, mereka tidak mendapat subsidi itu dan ini. DS Najib dan Kerajaan 1 Malaysia terlepas pandangkah? Atau kerana ini kaum minoriti, maka biarkan sajalah mereka dan mereka dijadikan korban terutama kerana mereka tiada suara. Kepada siapa mereka hendak mengadu? Pemimpin dan YB hanya melihat dari jauh. Surat khabar dan TV tidak akan datang kalau tidak dalam lawatan menteri. Blogger asyik sibuk berjuang dibandar-bandar besar. Parpukari dan Papagomo tentu tidak akan peduli masalah ini. Blogger bekas YB pun asyik memandang langit dan dah lupa rumput dibumi. Berdiam diri sajalah dan mungkin terpaksa reda, bahawa inilah suratan takdir!
-----------------------------
N9 TAHAN persoalkan hak ketuanan Melayu didalam postingnya. Walau sudah ramai yang menulisnya namiub ini dari sudut pandangannya sendiri, dan dia betul dalam memperkatakannya. (KLIK SINI)
Lama saya tidak mengangkat blog saudara saya ini: WZWH menulis isu setempat dan ini yang sangat saya sukai. Beliau menulis tentang majlis berkhatan di Felda Padang Piol, dimana YB ADUN Tahan telah diberitakan meresmikannya. Disebutkan juga mengenai Dewan Serbaguna dan Padang Futsal bernilai RM1.2 juta hasil usaha 'keras' YB ADUN Tahan itu. Lalu saya teringat, wah! Patutlah orang-orang di Felda Sungai Retang 'bengkak hati', rupanya projek yang patut dibina disana telah dibawa kesini. Teringan kembali kita akan kisah peruntukan Jalanraya dari Jerantut ke Ulu Tembeling yang sudah berubah menjadi Jembatan Tg. Lumpur. Pandainya orang politik bermain silapmata.
Blog Hulu Tembeling berubah wajah. Belum lagi menulis, mungkin sedang sibuk bertukang dan menghias blog. Macam orang pindah rumah baru, asal jangan mencari orang rumah baru tidak mengapa! uRag dRrulug menulis rintihan dan kenangan lalu. Membacanya, sesekali mengingatkan kita pada kampong halaman dan suasana dahulu yang sudah tidak mungkin akan kembali lagi. Terasa airmata tergenang dan seakan akan mengalir ke pipi. Seperti biasa, uRang dRrulug - blog satira - seperti biasa menegur dalam berkias. Menikam dengan berseni namun kadangkala menyinga bia marah.
No comments:
Post a Comment