Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, December 16, 2010

PEMBANGUNAN JERANTUT - REALITI DAN MIMPI

Gambar ihsan WZWH


Angin yang bertiup kencang membawa khabar kepada semua bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan tidak lama lagi. Banyak pihak meramal pada tahun hadapan. Justru semua pihak sedang bersiap sedia menghadapi pilihanyara ini. Cabaran besar sedang menanti BN dihadapat. Kesilapan mentafsir sokongan akan mengecewakan UMNO / BN. Memang sokongan sebenar sukar diukur. Peranan media sosial juga ternyata memainkan peranan besar. Cuma di Jerantut ini Penerangan UMNO masih tidur mungkin kerana Ketua Penerangannya tidak sedar apa yang berlaku diluar sana.

Harapan untuk melihat UMNO Bahagian memiliki lidah resminya @ Blog UMNO Bahagian nampaknya semakin pudar. Mungkin hanya akan ujud setelah UMNO menjadi pembangkang kerana semangat berjuang selalunya hanya ada pada orang Melayu yang kalah dan rasa tertindas - wallahualam!

------------------------------

Blog WZWH mengisahkan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan atas hasil usaha YB DUN Tahan selama ini. Beliau juga mendetailkan kos bagi setiap projek berkenaan. Untunglah orang-orang Felda Padang Piol, mudah-mudahan selepas ini mereka tidak lagi 'biol' seperti dahulu. Bagaimana dan apakah agaknya pembangunan yang didapati oleh kampong-kampong terdisional? Kuala Pengor, Kg. Pagi berapa juta RM agaknya? Kg. Lentun? Kg. Mat Daling?

Kali ini tiba pula giliran blog Parlimen81 memberikan komen terhadap posting yang memperlihatkan wawasan dan 'was-was-san' WZWH dengan idea-idea besarnya. Blogger uRag dRrulug, saudara WZWH nampaknya sudah tidak lagi hendak mempertikaikan WZWH kerana WZWH sudah 'malualah' dengannya sejak kalah dalam poll tidak lama dulu, kehkehkeh! Kini giliran Parlimen81 untuk 'mengajar' WZWH supaya jangan hanya memandang bintang dilangit, tetapi selalulah melihat rumput di bumi. Bukan hanya kerana kehijauan rumput itu, tetapi kerana bimbang jika tidak memandang bumi nanti terpijak 'taik ayam' yang bertaburan. Kahkahkah! Ikut gon bedua lah nak apa pun!

1 comment:

chenerong ular said...

Salam SPU, bukan semua pembangunan yang dituntut oleh rakyat dan bukan semua pembangunan yang di tentang oleh rakyat marhain, berpada pada lah mengunjurkan pembangunan, buat ikut keperluan semasa, apa yang pentingnya pembangunan modal insan hendak lah selari dengan pembangunan ekonomi rakyat termiskin,kemudahan asas, seperti rumah, tanah hendaklah di utamakan oleh pemimpin pemimpin kita, bukan mengutamakan perut, kroni dan saudara mara kita sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN