Ini kisah pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut.
Tulisan ini juga berdasarkan komen pembaca yang nampaknya mengetahui isu sebenar. Justru kami merisik untuk mendapatkan jawapan dan pandangan bagi membawa isu berkenaan kepengetahuan umum. Supaya ahli-ahli UMNO Jerantut semua tahu. Supaya pemimpin-pemimpin atasan juga akan tahu. Supaya rakyat juga tahu. Supaya parti lawan juga tahu bahawa UMNO Jerantut tidak pernah aman dan mereka sentiasa berpeluang untuk menjatuhkan UMNO dan BN, pada bila-bila masa akibat kerakusan politik sesetengah pemimpin dalam UMNO sendiri.
Seorang kawan yang hadir ke ‘Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan UMNO DUN Damak’, yang diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Jerantut pada jam 10.00 pagi tadi membayangkan bahawa UMNO Bahagian Jerantut akan terus dilanda gelora akibat politik cas keting dan cantas mencantas yang masih berlaku berleluasa. Tulisan saya adalah berdasarkan dari maklumat dan pandangan beliau yang enggan namanya diumumkan.
Acara majlis berjalan seperti biasa. Kehadiran kira-kira 100 orang peserta yang terdiri dari Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Cawangan-cawangan dalam DUN Damak yang terdiri dari 37 cawangan.
Majlis diresmikan oleh YBM Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar selaku Ketua UMNO Bahagian. Turut hadir adalah Naib Ketua, Ketua Wanita dan Bendahari UMNO Bahagian. Ketua Pemuda merangkap Timbalan Ketua Bahagian tidak kelihatan. Mungkin mengusung ‘boroi’nya keluar negara. Ketua Puteri juga tidak menampakkan wajah jelitanya, mungkin sibuk menguruskan unit media sibernya serta blog-blog Puteri UMNO, atau mungkin sudah ada keretakkan dan tidak sehaluan lagi?
Dato’ Setiausaha menjalankan tugasnya menerangkan tatacara bagaimana mesyuarat serentak di cawangan-cawangan akan dilakukan. Peruntukan sebanyak RM1000.00 diharapkan dapat dimanafaatkan sepenuhnya jika diuruskan dengan bijak. Malangnya dalam UMNO ini, bukan saja ketua-ketua cawangannya tidak bijak, malahan ada kalangan AJK bahagiannya pun pada tahap yang lebih kurang sama. Sebijak manakah ‘abang bu’ yang selalu mengecam Ketua Bahagian di belakangnya namun bila berdepan menyembah dan mencium tangan. Bolehlah kita cap dia tu sebagai AJK ‘langau’.
Sebelum YBM Ketua UMNO Bahagian berucap atas kapasiti Pengerusi Penyelaras Mesyuarat, sepatutnya Ketua Wanita atas kapasiti sebagai Timbalan Pengerusi Penyelaras berucap terlebih dahulu, namun Setiausaha yang sudah pening lalat dan pening langau itu menjemput Zaharuddin berucap bagi pihak UMNO DUN Damak. Apakah perbuatan meninggalkan Ketua Wanita yang dilantik oleh Ketua Bahagian Sebagai Timbalan Pengerusi ini dinafikan haknya oleh Setiausaha? Apakah hak Setiausaha melantik ‘Timbalan’ kepada Timbalan Pengerusi kerana tidak ada keperluan itu, bahkan jawatan beliau sebagai Setiausaha juga dilantik oleh Ketua Bahagian.
SPU dimaklumakan bahawa ini bukan pertama kali isu mencantas ini dilakukan terhadap Ketua Wanita Bahagian. Bahkan dalam satu program yang dianjurkan oleh Wanita bahagian sendiri, yang mana Naib Ketuanya yang dilantik oleh Ketua Wanita sebagai Pengerusi Program Jalinan Rakyat, beliau juga
Program Jalinan Rakyat bagi DUN Pulau Tawar diresmikan oleh YBM Ketua Bahagian, turut hadir Dato’ Dr. Shukri selaku ADUN Pulau Tawar. Selepas ucapan Pengerusi Program, pengacara
Apakah dikalangan kumpulan tertentu UMNO Jerantut sudah bersiap sedia membina kem-kem mereka untuk pertandingan akan datang? Apakah mereka sanggup sekali lagi menghancurkan UMNO kerana cita-cita peribadi mereka sendiri?
Ingatan kepada YBM Tengku. Kami ahli akar umbi dan rakyat sayangi dan hormati Tengku, tetapi Tengku kenalah kiraikan segala ‘langau-langau’ sekeliling Tengku itu. Kami tidak membenci Tengku, tetapi kami membenci ‘langau’ sekeliling Tengku. Mungkin kami terpaksa membuang Tengku kerana itulah caranya untuk membuang ‘langau-langau’ itu jauh-jauh. Pada permulaannya, Tengku terlalu percaya kepada nasihat-nasihat yang tidak jujur, yang hany berniat untuk memusnahkan karier politik Tengku. Kami harap Tengku sempat berubah segera sebelum PRU nanti untuk pastikan Tengku terus kekal.
Dihujung ucapan YBM Tengku Azlan di majlis tadi, beliau sempat menyindir seorang AJK Bahagian yang katanya selalu mengkritik beliau dari belakang. Seperti saya katakan tadi, ‘abang bu’ ini juga hanyalah seorang ‘langau’. Dengar khabar dari angin yang bertiup kencang, ‘abang bu’ ada skandal dengan ‘Kak key’. Berkapel-kapelan. Baguslah tu. Orang Pas pun dah tahu.
Catatan: Setiap komen haruslah gunakan kata laluan ‘abang bu’, jika tidak komen tidak akan disiarkan. Contoh: abang bu: saya cadangkan setiausaha itu meletakkan jawatan jika dia mengingkari arahan ketua bahagian kerana …….
18 comments:
Abang Bu...
Kalau tak suka cara kami menguruskan UMNO jerantut,baik kau berambus dari UMNO masuk Pembangkang.
SU Umno Jerantut.
Abang Bu:
Siapa kata saya nk masuk UMNO? Sy bukan bertanggungjawab kpd UMNO, sy bertanggungjawab kpd rakyat. Dn memang sbb pemimpin mcm anon diatas ni lah yg buatkan semakin ramai tinggalkan UMNO.
Abang bu - 1) Saya rasa su umno jerantut bukan su yang sebenarnya. 2) Kalaulah benar, inilah sikap pemimpin UMNO yang menghancurkan UMNO yang membuatkan umno semakin mengecil dan semakin sikit ahli, akhirnya umno akan kalah dalam pru nanti dan jadi pembangkang. apa ingat ramai sangat orang suka nak masuk umno? sebab itu mesyurat umno cawangan2 tak pernah cukup korum hanya setiausaha dan ketua saja yng bermesyuarat diatas kertas. umno ni mamposs lagi bagus
abang bu;
hahaha, lagi ramai pemimpin umno mcm ni lagi cepat umno mampos. ingat orang tak tau masa pemilihan rasuah melambak2, umno akan jahanam pkr akan memerintah. hidup anwar. anwar difitnah
Abag bu, Hey jahanam!. jangan kacau UMNO. Reti tak? selak kain kak key buat apa? biarlah dia suka sama suka awak jeles ke? kalau geng kau kaya lawanlah ketua bahagian apa bising2.poraaaaaah...
Salam, saya mohon maaf, 3 komen tidak saya siarkan kerana tidak guna kata laluan 'abang bu'.Itu hak saya, nak kata apa?
Abang Bu; Pemuda Pas, jika benar su adalah pemimpin umno bhg dan inilah sikapnya, memang wajar umno disisihkan. kerana itu juga kalangan pemuda tidak lagi minat sertai umno melainkan langau-langau saja
abangbu, hahaha, memang umno ni semua nak mampos, pemimpin umno semua penyangak, perogol, penipu,pencuri hak raktat,pembawa lari anak dara orang dan segala macam keburukkan lagi. memang umno busuk sampai keusus,hahaha padam muka setiausaha umno bahagiwan
abangbu, hahaha, memang umno ni semua nak mampos, pemimpin umno semua penyangak, perogol, penipu,pencuri hak raktat,pembawa lari anak dara orang dan segala macam keburukkan lagi. memang umno busuk sampai keusus,hahaha padam muka setiausaha umno bahagiwan
abang bu; ketua wanita konon nak tunjuk baik, memang kome dengar ada siti hajar nak buat kurang ajar kepada kak wok tapi kak wok penakut. dengan wok hitam pun memang ada banyak masalah, mereka semua dh tak setia pada kak wok. memang ada tangan hitan tangan taik dibelakang siti ajar tu, semua orang dah tau. lanyak jelah apa takut sangat. pengaruh kak wok bukan orang boleh ramal lagi.
abang bu:
kebebasan bersuara bukan bermakna bebas mencerca, segala tuduhan mestilah ada asasnya. jika laporan kami salah maka nyatakanlah yang sebenarnya. memberikan komen diluar tajuk juga tidak memberi apa2 erti.sebarang penafian juga harus menyakinkan ramai, atau lebih baik berdiam diri dan menelan segala kata2 dan tuduhan.
Abang Bu;
Salam, nampaknya media sosial dan politik Jerantut semakin hangat, cuma harus kita ingat bahawa jangan kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga, walau apapun UMNO harus kekal sebagai wadah perjuangan dan pembela martabat bangsa Melayu.
Bangbu,
Yang jd kecamuk sangat wanita ni jolok di wook hitam. WOOK H suka orang gaduh2 ni orang ramai lupa dia tak bayar sewa resthaus lebih tiga tahun dah, lepas tu baru ni buat malu jerantut jeh pegi kempen hulu selangor mintok duit rata pada orang besor2. Tak caya tanya datuk rosni kw pahang. pas itu pengundi marah wook itam kempen main pakai langgor je. belagak pulak tus fdi tempat wook itam jaga tus kaloh 180 undi. temapt orang lain wanita pahang jaga menang hanya ada satu tempat kaloh 2 undi. wanita pahang pesan lain jangan antor wook itam lagi ini betel2 cakap pesan wanita negeri
Abg bu, abg bu, abg bu
Saja nak sebut nama tu, sedap pulak bunyinya
Abang bu,
saya suka sangat ke abang bu ni. lanagau pun langau lah
kak kunci basikal tu mantap juga sekarang ni.
abang bu.
abang bu pun terbaik lah org nya. saya sukong abang bu,
kak kunci basikal tu pun mantap sekarang. terus kan kak key
Aban BU,
pagi tadi saya minum Teh di Jerantut Hotel. Meja sebelah saya ada dua India dan tiga Cina. Mereka bertengkar pasal politik Jantut. Cina cakap "YB Lau Lee seikalang manyak kuat cali makan. Ini kali dia tulun abis punye".India angguk kepala. Cina cakap ,"Eh lu tau ka itu lesthoaus jelantut, wook itam tarak bayar itu sewa ampat tahun?"
India cakap" Lu jangan main2 itu reshaus punya pasai,kita sokong sama dia, dia dua worang saja India tak masuk MIC jerantut tapi masuk UMNO, wook itam sama itu dato sri bendahari roti". Abang Bu, sapa Dato sri Bendahari roti yang India cakap tu?
Abnag BU. Abang Bu
sedap nama tu teruskan lah. Kami pelajar2 dari IPT asal dari jerantut, khususnya lembah klang ikuti perkembangan Jerantut melalui SPU dan facebook Jerantut kampung ku.Tapi kami sedih UMNO Jerantut dipimpin oleh mereka yang kurang berjiwa rakyat, kepentingan diri, kecamuk sama sendiri. Kami sokong UMNO tapi kami loya pada pemimpinnya yang tak menjiwai rakyat.Mengapa orang UMNO pilih mereka seumpama itu. TQ
Post a Comment