Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, May 11, 2010

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT DIHARGAI PAHANGDAILY ONLINE













Akhirnya blog SPU diberikan perhatian, walaupun bukan oleh UMNO Negeri atau Bahagian tetapi oleh portal blog paling popular di Pahang iaitu PahangDaily Online. Ini berikutan posting di blog SPU dipetik oleh PahangDaily Online pada 10hb. Mei 2010 jam 10:34 pagi tadi. Berikut adalah sebahagian dari komen di blog PahangDaily Online;


(Luahan hati dan perasaan ini kami petik dari blog UMNO Jerantut sendiri. Sila klik disini untuk membaca komen dari rakyat kawasan berkenaan. Terkadang kami merasa sedih melihat apa yang berlaku. Sangkaan kami hanya penyokong pembangkang sahaja yang ditipu dan dianaktirikan oleh kerajaan UMNO BN. ...../)



Demikianlah bilamana pihak pembangkang kelihatan lebih peka terhadap isu semasa serta mengawal media sosial dengan lebih berkesan berbanding dengan UMNO sendiri. Bagaimanapun, PahangDaily Online tersalah tafsir bila menyatakan bahawa blog SPU sebagai blog resmi UMNO.


SPU juga sangat menghargai kecenderungan blogger-blogger baru yang menunjukkan minat yang tinggi dalam menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati rakyat. Saya percaya, hanya blog saja yang dapat meluahkan perasaan rakyat dan akar-umbi walaupun kemungkinan besar para pemimpin kita tidak langsung mempunyai waktu untuk membaca blog-blog yang kita tulis.


Kita faham bahawa para pemimpin kita tentu sibuk dengan acara itu dan ini termasuk keluar negara, sekurang-kurangnya ke Singapura atau Indonesia untuk bermain golf samaada 18 lubang atau 19 lubang.


Kami cuma ingin menuntut hak kami, iaitu khidmat mereka atas kapasiti dan jawatan yang mereka sandang itu. Janganlah mereka hanya berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan namun apabila mereka mendapat jawatan berkenaan mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap kami, bukan hanya setakat merebut tender dan projek-projek semata-mata. Janganlah rakyat ditipu dan dalam masa yang sama rakyat juga dirompak. Kami sudah banyak belajar dari kaum Cina bagaimana menggunakan kuasa dalam pilihanraya.


Baca blog 'uRag dRrulug' yang hangat membincangkan mengenai politik UMNO Jerantut. Klik disini.

2 comments:

selagimasihada said...

Malangnya UMNO Jerantut tidak bukan mata, kalau gunakan SPU sebagai lidah resmi UMNO Jerantut alangkah mudahnya. Ketua penerangan bukan semestinya pandai ber-blog, asalkan tidak goblok memadailah. Asalkan tidak gelap pandangan memadailah untuk menjawat ketua penerangan yg mampu menerangkan ahli2 UMNO yg lainnya. Tapi memang dh dasar UMNO begini nak buat mcm mana lagi? kkeh keh keh

SPU said...

salam sma,
saya tk boleh komen bnyk2, nnti orang UMNO marah, bukan tak tau perangai org UMNO, mereka sentiasa merasakan mereka betul sokmo, org lain salah sokmo. Pada saya, blog UMNO adalah dalam bidang tugas ketua penerangan, tak tau lah pulak kalau saya salah. Apa pun, biar lantak ke demelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN