Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, May 10, 2010

PEMILIHAN UMNO - JONG PECAH YU KENYANG














PEKAN 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.

Perdana Menteri berkata, kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Gejala sedemikian juga, jelas beliau, akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.

''Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.

(Utusan Malaysia Online)



Blog Yang Gambi mempersoalkan apakah saranan DS Najib didengari dan patuhi oleh semua ahli-ahli UMNO Bahagian dan cawangan-cawangan?


Apakah di Jerantut ini pemimpin di peringkat Bahagian mematuhi saran DS Najib ini? Cuba baca diblog ‘urag drrulug’ dan blog ‘pendua’. Ini blog Jerantut yang mengetahui dengan pasti apa yang sebenarnya berlaku di Jerantut ini.

Bila SPU menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut, ada kalangan pembaca yang tidak bersetuju kononnya SPU hanya memberikan peluru kepada pembangkang bagi memudahkan pembangkang membelasah UMNO dalam PRU13 nanti. Tetapi bagaimana dengan tindakan pemimpin-pemimpin UMNO ini sendiri yang berbunuhan dan berkomplot sesama mereka, tidakkah ini akan lebih merosakkan UMNO itu sendiri?

Pada pemilihan peringkat bahagian, pesaing mereka akan dipancas dan dimusnahkan serta diasingkan sehingga mereka tidak menang dalam pemilihan. Mereka akan terus dimusnahkan tanpa belas kasihan sehingga mereka itu tidak akan berpeluang langsung untuk menjengukkan kepala.

Begitu juga diperingkat cawangan, mana-mana individu yang berpotensi untuk menentang ketua cawangan akan dicantas. Tidak akan dijemput ketika mesyuarat serta disingkirkan dengan pelbagai cara demi menguatkan kedudukan mereka sebagai ketua UMNO cawangan, tetapi apakah UMNO semakin kuat dengan cara demikian?

Mereka yang disingkirkan akan membawa diri dan mungkin akan menyertai pembangkang. Kesudahannya UMNO jadi semakin mengecil, yang ahlinya hanya dalam lingkungan keluarga sendiri dimana si ayahnya ketua cawangan, ibu ketua wanita dan anak lelaki serta anak perempuan akan menjadi ketua pemuda dan puteri. Kuatkah UMNO jika begitu?

Saya sudah tidak percaya bahawa masih ada ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO dengan ikhlas. Kebanyakkannya hanya sayangkan jawatan yang disandangnya saja.

Sila baca blog urag drrulug dengan berhati-hati, saya melihat bahawa masih ada usaha oleh pihak tertentu yang cuba menghancurkan atau memancas KW. Tidakkan ini akan menjadi permula kepada satu gerakan besar-besaran? Pertembungan diantara kumpulan dengan kumpulan?

Mungkin ada pihak yang berpendapat keadaan ini baik untuk mereka kerana bila jong pecak maka yu akan kenyang. Maknanya, bila ada pertembungan maka para perwakilan akan berpeluang untuk mendapat ganjaran. Rasuah politik akan tetap berleluasa dalam UMNO dan UMNO akan tetap busuk hingga ke usus.


1 comment:

one one no belen said...

Cantas mencantas ni sudah jadi budaya UMNO sejak lama dulu lagi.Kerana itu kurangnya pemimpin yang berilmu didalam UMNO kerana mereka sama ada disekat atau tidak dibenarkan menyertai UMNO.Jadi yang tinggal hanyalah hampas hampas yg tidak berkualiti yg mengangotai UMNO.
Sebab itulah banyak menteri menteri pun cakap mcm org lemah akal aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN