Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, May 15, 2010

BAHAYA BELIA MEMBACA BLOG?

Gambar hiasan: YBM Tengku dalam program pertemuan bersama rakyat
di Kg. Muhibbah tidak berapa lama dahulu



Pada malam 12 mei 2010 yang lalu, YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar Ahli Parlimen Jerantut berucap mengingatkan golongan belia supaya tidak (mungkin bermaksud berhati-hati) membaca blog kerana bahaya blog boleh menjatuhkan seseorang pemimpin. Walaupun hanya segelintir blog-blog yang menyebarkan berita yang tidak benar tetapi kebanyakannya mempunyai sumber yang boleh dipercayai kebenarannya.

Berucap di Majlis Makan Malam anjuran Majlis Belia Daerah Jerantut di Dewan Majlis Daerah bagi memberi komen terhadap isu-isu yang ditimbulkan dalam mesyuarat ketua-ketua UMNO cawangan dalam DUN Damak yang diadakan pada sebelah petangnya. Dalam mesyuarat itu, ketua-ketua UMNO cawangan telah memaklumkan kepada YBM Tengku sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut bahawa beberapa blog telah wujud dan melaporkan berbagai isu yang melibatkan UMNO di Jerantut.

Di majlis malam itu juga, YH Dato’ Ahmad Bazain Mahmud berucap sebagai ahli perunding Belia Daerah bahawa beliau telah banyak melahirkan pemimpin di Jerantut sepeti Haji Ahmad Kamaruzaman Baria, Dato’ Lau Lee dan lain-lain lagi.

Turut hadir ke majlis itu Tuan Pegawai Daerah Jerantut, Ketua Polis Daerah dan Pegawai Belia Daerah Jerantut. Majlis dihadiri oleh pemimpin belia seramai 69 orang. Di majlis itu juga Pengerusi Majlis Belia Daerah telah memohon peruntukan sejumlah RM 200, 000 bagi tabung MBD. Bagaimana pun YBM memaklumkan tidak dapat meluluskan peruntukan itu kerana jumlahnya yang terlalu besar.


Nota:

SPU hadir pada malam berkenaan atas jemputan selaku bekas pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan.


Ulasan SPU:

1. Blog SPU bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan blog-blog di Jerantut namun tidak berupaya menyekat suara dan hasrat yang disampaikan oleh blogger-blogger berkenaan.

2. SPU menegur UMNO Jerantut dengan tujuan agar mereka dapat membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahannya. Ada juga teguran yang bersifat peribadi namun teguran itu berasas dan bukan bersifat fitnah; pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga nampak bersih.

3. Jika bukan SPU yang mengur pemimpin UMNO Jerantut lambat laun ada blogger lain bahkan pembangkang juga akan lakukan perkara yang sama, tidakkah amaran awal SPU ini lebih baik dari dihentam saat akhir oleh pembangkang?

4. Lebih ramai yang menggunakan jaringan media sosial facebook dari blog di Jerantut ini dan mereka menyebar maklumat lebih kerap dan pantas, jika blogger tidak menyebarkan makluman ini diblog, maklumat ini tetap juga tersebar melalui facebook - janganlah blogger saja dipersalahkan salahkan juga aktivis di facebook.

5. Sebaliknya SPU menyalahkan Penerangan UMNO Bahagian yang tidak mengambil sikap proaktif dengan membina blog bagi pihak UMNO Bahagian sendiri kerana dalam zaman IT ini masyarakat dahagakan maklumat, jika kita tidak dapat membekalkan maklumat maka mereka akan mendapatkannya dari sumber lain termasuk dari pembangkang.

6. SPU tidak pernah mempersoakan kewibawaan YMB Tengku sebagai Ahi Parlimen dalam melaksanakan tugas-tugasnya malah SPU memberi keyakinan bahawa YBM masih mampu melakukan tugasnya dengan lebih berkesan - jika tidak dipengaruhi. Namun YBM harus hati-hati kerana sekelilingnya ada yang telunjuk lurus kelingking berkait.

7. Apakah tindakan yang Ketua Penerangan UMNO Bahagian akan ambil; 1) Membina blog sebagai suara resmi UMNO Bahagian Jerantut, 2) Berdiam diri (dan buat bodoh), 3) Menyalahkan blog dan blogger, 4) Menyalahkan media sosial dan IT?

SPU ~ Jangan salahkan lantai jika kita tidak tahu menari, jangan salahkan internet jika kita yang buta IT!


38 comments:

Anonymous said...

Blog tidak merbahaya. manusia tak akan berpecah belah jika guna otak bukan guna bontot. mesejnya senang, jika kita tak buat org lain buat jadi UMNO jgn abaikan blog. Band of blogger telah menjatuhkan Pak Lah satu masa nnti, tak mustahil wan amizan pungkor dan asyik mengerjakan tanah boleh tersungkur dek blog nnti.

- WZWH

Anonymous said...

SPU
rasanya WZWH orang kuat Yang Boroi tu dia pun dah terbalik kuang, eik... pening gini gayenya.Benarlah surat layang tu kalau gitu.

Jangan sekat kome dah tak baca kertas dah. manusia tanpa kertas weh.. yang pakai kertas tu kuno dah weh. T QU

Anonymous said...

Saya masih nyokong YB tapi kena marah sbb publish dlm blog. saya marah sbb org tk hargai blog,kita nk bela dia.

WZWH

Gina London UK said...

spu, spu

Tahniah spu kerana meneruskan usaha dalam membangunkan media baru dijerantut.Kami dari luar dahagakan berita dari kampung, Tidak ada sumber lain dari spu dan disitu kami boleh berjangkit-jangkit keblog lain.

Walaupun ada pihak yang tidak gemar kepada media baru tetapi tetap meminta sdr supaya jangan tawar hati. saya komen ini dari London dan keluarga saya dari Felda Kota Gelanggi. Dengan melalui blog ini saya dapat juga mengubat rindu kampung halaman.

Mengapa begitu jadinya pemimpin yang kita harapkan untuk membela rakyat. Walaupun kami jauh kami bersimpati dengan saudara-mara kita diJerantut.

spu pecutlah, jangan tak pecut.

Anonymous said...

SPU,

Saya hargai jasa SPU menyebar berita yg tepat. Org yg x suka kebenaran adalah org yg salah. Saya rasa Yang Boroi x baca blog tu dia suruh 'lapdog' dia buat blog, baca blog bagi pihak dia. Tu yg d atas senon.

TKBB

Urang Sat

BUKIT ISTANA said...

Saudara SPU,

1. Dalam permulaan abad ke 21 ini peranan media baru semakin menguasai ruang komunikasi dunia tunggal. Di Barat, akhbar-akhbar konvensional jualannya semakin merosot.Lantaran itu penerbit akhbar-akhbar yang dipanggil newspaper terpaksa menjual news tersebut melalui internet seperti Utusan online hari ini.

2. Jika kita mengajak masyarakat meminggirkan khususnya gulungan belia terhadap pengaruh media baru kita akan ditolak oleh masyarakat masa depan. Kerana gelombang media baru ini tidak dapat dihalang melainkan tetap kehadapan.

3. YBM Tengku Azlan sebenarnya mengakui bahawa blog-blog itu sangat berpengaruh dan hanya mengingatkan belia supaya tidak terpengaruh Facebook yang kadang kala boleh jadi merbahaya kerana ada peristiwa2 yang tidak di ingini berlaku.

4. YBM, nampak perkara ini kerana sebagai pemimpin pusat beliau banyak melihat hal2 yang berkaitan dengan media baru.

5. Spu anda memberi semangat kepada masyarakat mendekati media baru, teruskan.

Anonymous said...

Kamu d ulu tembeling nk juga internet, senang nk bc blog, ADUN kome asik rumpak tanah ngan balak jer, x kisoh ke kome nik. bagi duik jer x padan, nk jugek maju

urang di hulu senun

Anonymous said...

Suara prihatin UMNO Jerantut:

Kome sokong sesangat deme tuleh blok tu. Kome panas tanoh kome kena kelong didia. Kome dah pacok pancang lot memasing dan antor borang ,beli pelai kat pejabat tanoh. Hampuras betel yang boroi tu. taknya ada tempat kome nak mengadu abeh beli ddia belake. Takpe lah ari die. Dekat pilihan raye sok kome sain ramai antor surat kedatok najib jangan bagi dia caloi dah kalau lame kering kome pukul kedia belake. Deme taknya bagi pulok baca blok payohlah kome.

lantaklah, kome baca juge.

Anonymous said...

abang spu,

kome puji Di berani bongkaar banyak kompolot merabus haak rakyat dijerantut. Kome suka Di siarkan ripot orang ramai banyak benda. Biaar orang ramai tau.

kome tetap baca blog DI

Siswa Kuala Lumpur said...

SDR spu
jangan gusar dan lemah semangat kami mahasiswa dilembah klang akan terus menjadikan bahan bacaan pilihan kami untuk mendapat maklumat hal-hal kampung halaman.

Kami berharap pada masa hadapan pucuk pimpinan dan masyarakat khususnya ahli UMNO mencari pemimpin yang boleh diharapkan tidak seperti harapkan pagar pagar makan padi. Jika kami berkesemnpatan ketika balik kampung kami akan mempengaruhi rakan-rakan sebaya kami supaya mereka sedar apa yang sedang berlaku.

Spu bangkitlah lebih semangat lagi.
kami menyokong saudara.

Anonymous said...

emmm spu


jangan harap kami sokong UMNO. benci mendengarnya.

Anonymous said...

SPU,

Jika mcm ni lah UMNO terus-terusan memilih wakil perangai mcm ni, susahlah kami nak sokong UMNO...

Mahasiswa keciwa

Anonymous said...

spu blogger,

sampaor limbok tikam tana membanir yang boroi, pagar makan padi haramjadah betul tak bagi kawan baca blog pulak. dah sapu keliling nak tutup mata kawan puloak hiissss tak ada bahasa betul/

mampus kawan tak sokong dah, kawas tak pedulilah kawan nak baca kawan bacalah. apa dia peduli/

KP JENGKA said...

Sdr spu/ beritau Anon yang menyumpah tu,

cakap baik2 kalau tak setuju pun bantah secara sopan jangan pakai ikut sedap je, Rosaklah akhlak sdr jika begitu. Hormatlah sikit pemimpin kita. jangan ikut perasaan. Buatlah siasatan betul-betul sebelum menghukum. salam

Anonymous said...

SPU,

Teruskan melapor/post asalkan perkara benar dan disahkan faktanya, penting untuk tidak timbul fitnah dan mengaibkan orang.

Nampak marah betul orang di ulu senon tu ye kepada tok wakil nya, sampai sumpah seranah,. Tiada angin tak kan pokok bergoyang ? tak tau lah aku, entahhhh.... benar kut. Kalau gitu tok wakil berkenaan looking inside.... mungkin kafarah atau bala kok.


TK

SPU said...

Salam Semua,
Inilah masalahnya, bila saya sekat komen sdr semua kata saya tak demokratik, bila saya bebaskan komen maka dalam blog penuh dengan komen yang tidak bersusila. Komenlah namun biar dengan berasas dan beretika. segala pandangan dan pendapat akan diambil kira.

Anonymous said...

SPU,
Tengku Azlan,

Belia sekarang cerdik lagi waras, terpelajar , mereka boleh menilai sesuatu isu ,berita yang disampai dalam blog tu. Usah bimbang. Pada saya para blogger termasuk lah uRag dRrulug, SPU, STB, melayuRaya mereka bertanggung jawab dalam penulisan mereka. Kalau dilihat komen- komen itu adalah suara akar umbi seperti kata SPU. "Tengku tak kan tak tahu dan arif Tok wakil tersebut". "Tak sungguh tak melata, tak sungguh blog tak kata".
Tengku jangan risau, belia kita dah diabad ke-21, celit matahati dan IT. Maklumat bertebaran.


Orang ULU

Sri Tru Bahana said...

Salam,
Seperti kata SPU, komen biar berasas dan beretika, kita tolak pemimpin yang mungkar seperti y. boroi juga dengan penuh sopan dan santun.

uRag dRrulug said...

Aok!! Kami sukung SPU, SPU ni macam tukey kepada kami nih yang baru nak mule berblok, bila baca bluk kami nampak banyak hal dan pemimpin tak dapat nak suruk daripada kami. Blog beri kamu makluman terkini. Kami sukung SPU, kami sukung Dato' Azizan.

Anonymous said...

urang ulu tembling sukung Tengku Azlan tatapi dah tak dapat sukung datok Wan Amizan sabak dah banyak sangak kome tau penipuannya. kome tak endak ditipu seomor idup kami, mentang2 kami budo takkan nak tipu kami seomor hidup kami nih.
~ urang kg peling

Anonymous said...

kome orang kotahan juga dah tak percaya pada YB macam ni. biarlah tok empat dengan geng2 nya yang sokong, kome tau mereka akan tetap sokong sebab mereka ni dah mentedarah haram dari YB gamoknyalah, tapi kalau letak lagi dia jadi calon kome akan sokong parti lain, Pas ke PKR ke DAP ke kome tak kita asal jangan pemimpin pedooh macam ni ~ asp madi

uRag dRrulug said...

SPU,
kome rasa ketua penerangan umno bahagian tidak akan mengambil tindakan 1 atau 3 atau 4. tidak perlu juga no. 2, yang berdiam diri (dan buat bodoh) sebab dia dah memang bodoh dalam penerangan alaf baru ini kerana buta IT, inilah kenyataannya dan tidak perlukan pertikaian lagi.

Anonymous said...

nye kerayatn sungguh deme mengumen, sapa lebih 20 ye oihh! ini betul-betul suare ako umbi nih ~ urag kg kasoh, ulu tembelingg

SPU said...

Salam, sudah kembali meriah. blog pemuda WZWH dan aktif, cuma blog puteri menyepi diri. kemana perginya cik tini? ada orang dah bawa lari atau sengaja bersembunyi?

Anonymous said...

DARI PEMUDA.

MAMPUS BOS KAS HARI NI. KENA HENTAM CUKUP CUKUP NI. TULAH DATO KP BYK SGT BUAT HAL. MEMUNGKAR DAH SATU HAL. TAMBAH PULAK MEROMPAK TANAH JERANTUT.
ZAMAN SEKARANG JGN MAIN DGN IT NI, BAHAYA SGT,PAK LAH JATUH DI BUAT DEK BLOG NI. SATU DUNIA BACA, DATO KP JADI MACAM GEMBALA KAMBING DAH SEKRG NI, TIPU ORG KAMPUNG MENGATAKAN ADA SERIGALA NAK MAKAN KAMBING DIA TAPI TAK DA PUN SERIGALANYA.BYK KALI NYA TIPU KER ORG KAMPOUNG MAKA TAK PERCAYA DAH ORG KAMPUNG DAH KE DIA. SAMA MCM DATO KP DAH NI. KENA TANGKAP DEK RAKYAT BYK SGT MENIPU NYA. SIJIL BELAJAR PUN MENIPU. JGN GEMBER SGT DATO, ZAMAN SEKRG NI ORG CERDIK DAH. TAK DAH KEKUATAN 7 ROH DATO YG PERNAH DATO CERITA KE KAS DULU. PULUH RIBU ROH DAH ORG JERANTUT MARAH KER DATO NI. KAS TGK ORG KUAT DATO TINGGAL DATO HAJI NADZRI DAH NI DGN DATO. KAS KENAL SGT PERANGAI DATO NADZRI NGAH NI, KALAU DIA PENING DGN PERANGAI DATO KP NANTI NYA TINGGAL JER KE DATO TU.PEMUDA DATO BOLEH BUAT BENDA SEMUA NYA TAK DA PELAJARAN NAK BELA DATO KP JGN HARAPLAH, PATUTNYA DATO BINA PELAPIS DATO UTK MEMANTAPKAN PEMUDA DATO SENDIRI TP HAMPAS JE KE SEMUANYA.GHAZALI MEZAH TAK PERNAH BERBUNYI DALAM MESYUARAT BAHAGIAN. BKN NYA TAU KEBENDANYA JANJI ADA DUIT MASOOK OKLAH,ADA LKAH MENLENTING SIKIT GARANGNYA. RATA2 KAS DGN ORG CERITA PASAL BLOK SPU NI. NI MENYEBABNYA KAS BUKA HARI NI, BERI COMENT SIKIT JER. PADA YBM TENGKU PULAK MEMANG BETUL SGT LAH APA YG DIKATA OLEH ANOM KAT ATAS TU,BYK SGT KELINGKING BERKAIT. DIMINTA BERHATI2 DGN PUAK BURUK PERANGAI NI SEMUA.

Anonymous said...

mampeh kas kalau gaya ni,ganas juga puok2 bogger ni rupenye ~ belia ulu cheka

Anonymous said...

Matnye Deme dok lastik Dato KP dan ADUN Tahan ni.......

Anonymous said...

suka keh membaca comment ni semuanya. tahniah spu. kpd timb. ketua bahagian pertahankan lah apa yg boleh di tahan memandangkan dari dun tahan n9. semua yg berlaku ni semua kehendak rakyat jtut. keh rasa tak usah parlimen adun pun silap2 hilang abih. tengku pulak kalau rasa nak bertanding di jerantut dengan majoriti 1946 keh rasa bagi lah ke org lain pulak ahli parlimen tu,kalo bertanding juga alamat ke pembangkang lah kome ni semua. keh rasa yg layak menjadi ahli parlimen jtut kita ramai serah pd ahmad bin hj daud d.o bera sekrg ni. pd lau lee renti juga lah memujuk org melayu nak ke dun damak lagi tak dapat dah byk sgt selewengnya dato cikgu ni.tinggal org 410 je menyokong dato. dun p.tawar pulak dato dr juga serah je jawatan tu ke org lain jer ,dato pun lebih kurang dato boroi tu merompak harta rakyat juga, keh berborak dgn org p tawar di org semua tak nak dah ker dato dr dah. jaga klinik ok juga masuk juga hasilnya. kpd hj nadzri pulak tak tau nak letak di mana dun tahan byk sgt masalah nya dilakukan dompok rasanya ke pembangkang balik kat situ. dun pulau tawar,dato boroi nak ke calun hj rosdi, acu nadzri atau aidil mat zain dah,dato boroi dah bw nama ke mb dah jgn usik dah nama ni semua. dun damak mungkin ketua wanita nak,pru 12 dun byk yg dapat ke pembangkang undinya, jadi kita buat penilaian habih jerantut ke pembangkang dah pru13 ni. tak payah spu atau blok lain lain hentam ke dato boroi, adun2 sekrg ni atau ahli parlimen jerantut kome nampak dah parlimen jtut ke pembangkang. JADI KPD RAKYAT JERANTUT PILIH LAH SAPA2 PUN UTK PARLIMEN JTUT PASTI KALAH PUNYA. TERIMA LAH HAKIKAT SEMUA NI. KITA TUNGGU TAHUN DEPAN UMNO HILANG DI JERANTUT.


SALAM SEMUA BUAT PENGUNDI PARLIMEN JTUT

Anonymous said...

anom 3:43 kas sokong awk. memang nampak dah ke penbangkang dah. rompak rompak jgn tak rompak harta rakyat kat jtut tu.

dari:UMP PAHANG

Anonymous said...

Mampus kas memikir kan org jerantet dah tak berkenan dengan wakil rakyat yang ade?. apa nak jadi,. Nama disebut itu tak ketahwan belaka kecuali Aidil Mat Zain.Nampok nye kite berwakilkan PKR. PASD dan DAP lak nampok nya, jangan gitu. Hidup SPU, Hidup Dato, Azizan....Dun Tahan nampok elok nya SPU, dia pun duduk dipertemuan dua sungai pandai cakap oreng puteh, tentu nya, kerana ramai berkeliaran disenun. Aok ! uRag dRrulug.

TK

melayurayadaily said...

SPU,

Dengan keputusan pilihanraya Sibu semalam UMNO/BN diancam oleh kuasa minoriti cina sebagai amaran papan merah yang sangat merbahaya.Mereka walaupun minoriti telah menjadi sangat berpengaruh dalam menganyang ketuanan melayu dan agama Islam dengan menggunakan melayu sebagai instrumen bagi memenangkan mereka.

kedua, Walaupun ia suatu pilihanraya kecil yang tidak boleh membawa apa2 kesan kepada struktur pemerintahan negara tetapi kesan moral kepada seluruh psikologi antara kaum dinegara ini sebagai signifisen masa hadapan politik UMNO/BN yang berada dihujung tanduk.

ketiga,

Generasi muda wajar mengambil tahu dan berasa sensitif terhadap perkembangan yang berlaku. Gelagat tidak memperdulikan dikalangan golongan muda terhadap kepentingan kuasa harus berubah.Kelenaan dan hanya memandang sebuah parti politik sebagai satu tempat bersukaria, mendapat sesuatu adalah satu pemikiran sudah kolot dan tidak releven dengan tuntutan sekarang.

keempat, media baru adalah alternatif yang menganjak kehadapan sebagai tool kebangkitan semangat kebangsaan dan menyedarkan bangsa bahawa apakah mood gerakan selanjutnya. Menafikan peranan media baru adalah pemikiran yang sangat tertinggal dalam arus perubahan yang sedang meninggalkan rentak tradisi dikalangan masyarakat didunia serba berubah ini.

ke enam, Kita tidak harus dihidangkan dengan kekecamukan pemimpin dalam situasi seperti sekarang. Sebaliknya kita harus meluruskan barisan pejuang untuk menghadapi zaman kritikal. Jika masih ada yang memberi fokus kepada selain dari matlamat sebenar akan menjadikan parti lebih cepat tewas. Oleh itu marilah kita bersama memasang tekad bahawa bangsa kita mesti tetap berkuasa.

salam hormat selamat berjuang.

PULAU TAWAARE said...

spu, spu, spu...abang bu,abang bu, kak key

belajarlah dari pilihan raya sibu BN karam. Jerantut ni9 nak karam juga ka...? buang pemimpin boroi beratkan umno/bn menanglah

spu mesti pecut,pecut, pecut

Anonymous said...

SPU,
Yang boroi.. yang boroi, yang boroi.. saja sebut nama tu sedap pulak hehehehe

Anonymous said...

HAHAHHAHAHAH MAMPUS DEMO NI SEMUA........
SAPU LAH DOMPOK.....

MEMANG TERKENAL DAH AWAK KAKI CILOK

dukun said...

Hai dim sum bab empat ma'rifat empat, mertabat empat, terbuka pintu langit yang ketujuh, terbuka bumi yang ke tujuh
Fusssssssh !.......... matilah kau jembalang tanah.

Anonymous said...

Salam.sebenarnya maklumat di akhar lagi tak boleh di percayai.Sebab akhbar akan melapurkan mengikut kehendak pemiliknya. Kalau akhbar kerajaan ianya akan pro kerajaan .Kalau akhbar milik pembangkang ianya akan memihak kepada pembangkang.At least di blog lebih jujur dari di akhbar

Anonymous said...

Di Dumpok di sehe lah tanaah pulaa tawaare ni kas pakok di ngan cangkol.Dulu Di kome tau Di belum masuk pemuda Di ngerja getaah buku oraang derian hijaa nyeh tangkap di Felesco angket dgn hilux buruk di tu.

Di dah yang berhomat di buat keje tanaah pulak di ni..... tamaaak sangat.

Chew said...

Aiiyaa, itu olang manyak pening apa hat ada tembak gua punya anjing tidur lepan saya punya lumah. Aiiiyaa, gua meli itu anjing manyak mahat ooo.. dia orang suka2 timbak itu saya punya. manyak susah lah ini macam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN