Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, December 25, 2010

APA KATA DEBAT ISU FELCRA KG MERTING?

Cikgu dapat saham Felcra? Penjawat awam juga dapat? 
Kenapa orang kampong yang miskin tidak dapat?
Kalau dialah calon PRU nanti, 'masak'lah BN.....


Blog WZWH membuat provokasi kepada Dato' Dr. Shukri, ADUN Pulau Tawar untuk menyahut cabaran blogger pencacai Suhaimi Said berdebat mengenai isu peneroka. Namun kerana Dato' Dr. Shukri ini seorang yang bijak, tidak melayan perkara remeh-temeh, maka provokasi itu berlalu dan tenggelam begitu sahaja.

Mungkin kerana ingin mengangkat tokohnya tinggi-tinggi, maka WZWH mencabar pula Suhaimi Said untuk berdebat dengan ADUN Tahan. Rakyat mahukan perlaksanaan pembangunan, bukan janji dan menang dalam perdebatan, justru debat tidak langsung akan menarik minat rakyat walau siapa menang dan kalah. Jadi tidak perlulah bersusah payah berdebat dan menunjuk pandai berbicara jikalau apa yang dilakukan hanya mampu memberi janji-janji manis semata-mata.

Apa yang kita bimbangkan adalah, perdebatan itu kelak bukan menunjuk kebijaksanaan malahan tambah menunjukkan kebodohan seseorang. Memadailah setakat apa yang ada sekarang ini, jangan ditambahkan kebodohan menjadi kebodohan berganda.

Bagaimanapun sekiranya ada pemimpin yang masih tidak berpuas hati dan ingin menunjukkan kemampuannya berdebat, marilah berdebat mengenai isu felcra di Tembeling Tengah. Tentu ramai penduduk yang sangat berminat melepaskan dendam dalam dada mereka. SPU boleh jadi moderator. Buatlah di Kg. Merting jika ada yang berani. Debat ini tentunya akan lebih memberi makna kepada pengundi di DUN Tahan yang perlukan pembelaan.

Debat juga isu pembangunan dan syarikat-syarikat yang mendapat faedah secara langsung dari pembangunan di DUN Tahan yang dipayungi seseorang. Debat isu penyelewengan permohonan tanah. Debat juga isu 'telor' yang hampir kecut menjelang PRU nanti.

3 comments:

Anonymous said...

isu 'telor kecut'??? koi tak paham..oak tulis lah skit..hehe

chenerong ular said...

bukan isu kampung merting hajerq di debatkan, semua pemberian felcra di daerah jerantut ini. kita boleh tengok bini tok penghulu mana dapat saham tersebut, di merting ke , di sumgai pohoo ke, di putra jaya ke, ops salah di jaya putra?.

Kita akan dapat paparan di mana bini tuk penghulu, bini tuk 4, kaki tangan kerajaan dan lain lain lagi yang sama waktu ddengan ahli ahli politik yang mempunyai kepentingan yang melampau, kita dapat lihat bini cigu dapat di mana?,kot kot ada bini cc atau cc juga yang dapat? kalu berani, paparkan gulungan miskin yang dapat dan gulungan senang yang dapat.

Yang pastinya di tembeling tengan banyak penyeliwengan berlaku, lau tak percaya tanya tuk penghulu dollah, di sungai pohor tanya tuk penghulu zul.

KITA CUMA PANDAI BERCAKAP TENTANG KEPINCINGAN YANG DI LAKUKAN OLEH KERAJAAN PR YANG MEMERINTAH, YANG SEBENARNYA KITA LAGI ZALIM DARI KERAJAA MEREKA YANG BETUL BETUL MEMPUNYAI HAK UNTUK MENDAPATKAN, INI LAH SOLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN, APA YANG DI DAHULUKAN CUMA KESUSAHAN UNTUK RAKYAT DI DAHULUKAN.

KERAJAAN DAN PEMIMPIN KITA SUDAH LAMA MENGANAKKTIRIKAN RAKYAT MISKIN DAN MENDAHULUKAN SAHABAT HANDAI,PENYOKONG PENYOKONG,SAUDARA MARA MEREKA SAHAJA, SEDANGKAN KERAJAAN PEMBANGKANG BARU TAK SAMPAI SATU PENGGAL MELAKUKAN SEPERTI YANG MEREKA DAKWAKAN.

Saya menyokong dengan sepenuh nafsu jika ada perdebatan tentang isu pengagihan saham felcra dimana sahaja, pengerusi, saudara SPU, Pengira masa ialah SAUDARA URRANG DRHULLUG, SAYA MOHON MENCADANGKAN, KAH KAH KAH WAKAKAKAH.....

SPU said...

hahaha, sapa kata isu felcra sudah ketinggalan zaman? yg sebenarnya yang akan ditinggalkan adalah pemimpin yg tidak berlaku adik terhadap rakyatnya? SPU berani untuk hadir sebagai moderator perdebatan ini, ADUN Mana yang ada telor berani nak berdebat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN