Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, December 9, 2010

APA JADI PADA UMNO KALAU BLOGGER PRO KERAJAAN BERPUTAR 360 DARJAH....





Kebelakangan ini, dalam beberapa hari ini saya merasakan ada riak-riak gelombang yang membawa ombak PRU13. Kerana itulah kebelakangan ini saya melihat kebanyakan blog-blog yang selama ini sedang tidur dan terlena kembali bangkit dan bersuara bagi pihak masing-masing.

Nampaknya perang siber akan kembali semula dan menghangatkan dunia IT Malaysia sepertimana semasa PRU12 lalu. Ramai blogger saya rasa sedang menunggu pertemuan kembali ini. Jika dulu blogger Pro Kerajaan / Mesra Kerajaan hadir sebagai underdog, maka kini mereka akan hadir sebagai 'Big Dog' atau 'Bull Dog'.

Kemenangan blog Pro Kerajaan dalam mendominasikan 100 teratas dalam rangking di alexa adalah petanda bahawa kerajaan adan mendapat bantuan dan sokongan dari mereka yang prihatin terhadap kerajaan. Bagaimanapun, bro 'Braveheart' diblognya 'Beranikan Hati' masih tidak berpuashati terhadap UMNO diperingkat bahagian-bahagian mengenai peranan mereka dalam menjuarai media sosial.

Apa kata jika blogger pro kerajaan juga kerana satu-satu sebab dan kerana satu-satu kepentingan berputar 360 darjah kebelakang? Mampukan UMNO berjuang bersendirian di media sosial dengan pejuang-pejuangnya yang pekak dan buta serta cacat seluruh anggota? Memang ini hanya satu andaian, tetapi harus juga kita fikirkan kemungkinannya dan mencari jawapan bagi persediaan awal.



-----------------------------


Blog pembangkang, N9 TAHAN mengulas mengenai entry SPU semalam yang mengangkat posting WZWH. Maknanya cerita ini sudah jadi panjang dan menurut versi masing-masing serta sudut pandangan masing-masing. Blog Orang Besar Ber-40 Jerantut 'Laksamana Jebat' menulis mengenai Orang Besar Kelantan merangkap Menteri Besar dan mengenai kesihatan beliau serta jawatan sebagai MB-nya. Blog 'anak DARUL MAKMUR' menulis mengenai ketuanan Melayu, menurut pandangannya sebagai penyokong parti pembangkang, Pas. Bolehlah juga kita baca apa pandangan orang Damak ni. Blog saudara saya WZWH, seperti biasa akan bercerita yang besar-besar dan juga mengenai PM. Kali ini beliau menulis mengenai melahirkan usahawan bumiputera. Bolehlah juga dibaca semasa santai. 

Saudara saya yang seorang lagi, 'uRag dRrulug' masih belum ada posting terkini. Saya sudah tidak boleh tunggu untuk publishkan posting saya, jadi saya tinggalkan dia dibelakang.

----------------------------


4 comments:

Anonymous said...

Kalau saya faham matematik dulu-dulu lah, bila kita pusing 360 darjah kita akan mengadap tempat yg sama sebelum kita berpusing.

Tak tahulah kalu sekarang disekolah diajar pusing 360 darjah bermaksud 'kebelakang sing' arahan kesastria di ITM dulu.

Saya kena belajar semula.

Nani Cheras

SPU said...

Salam Nani Cheras,
Memang benar sama sekali, dn saha bahawa Nani seorang yang sangat cerdik matematik, namun perbezaannya hanyalah dulu mungkin kita dihadapan sekarang selepas memusing 360 darjah, kita akan berada dibelakang maka mudahlah kita menikam dari belakang...macam.....macam...macam sapa ya? Hehe! Selain dari yang tersurat, nani kea juga faham yang tersirat, barulah cerdik, pandai dan bijak akan menjadi bijaksana!

Anonymous said...

cess,xmau ngaku yg dia da salah ayat..putarr alammmm..

SPU said...

Haha, membaca yg tersurat mmg mudah, tetapi kita selalu keliru dgn yg tersirat. Anon ni Nani Cheras tadi tu ke? Saya kenal sangat ni, walau pakai nama apa sekalipun saya tetap kenal, hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN