Gambar hiasan: Ini salah satu jembatan gantung di Taman Rimba Kenong
Semalam blog uRag dRrulug membawa idea / cadangan pembinaan laluan keretapi MRT dari KL ke Temerloh. Satu idea lama yang tak kesampaian sehingga kini. Namun jika jadi kenyataan, laluan ini tentu menarik sebagai laluan pelancongan kerana melalui kawasan 'hutan diptrokarp bukit' di sekitar Genting Highland.
Blog WZWH seperti biasa terpaksa menjawab tohmahan dari blog-blog Hulu Tembeling dan Sembang Kedai Kopi berkenaan isu kema perginya peruntukan Jembatan Gantung di Kuala Tahan yang dicadangkan dulu? Jika perhalusi dan mambaca dengan betul-betul, akan timbul keraguan dari jawapan yang diberikan oleh WZWH itu. Jika benar, maka pemimpin UMNO masih belum mampu majaga kebersihan diri mereka masing-masing, demikian imej pemimpin UMNO kepada rakyat.
Mampukah dengan imej begini kita menghadapi PRU13 nanti? Masalahnya, bukan hanya di Jerantut, Temerloh dan Bentong saja. Malahan Pahang dan negeri-negeri lain di Malaysia ini, imej sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO belum benar-benar bersih. Itu bukan pendapat saya bersendirian tetapi pendapat sebilangan besar rakyat.
4 comments:
Bukan takat di Kuala Tahan je, bajet utk jambatan gantung di Kg. Sempadan di Lanchang jugak mengalami nasib yg sama kejap kata dah lulus ada bajet kejap senyap sampai dah dua tok empat hal sama masih tak selesai, begitu jugak permohonan tanah tapak rumah utk generasi kedua masih belum selesai dah hampir 2 tahun selepas siatan tak ada khabar berita dan terbaru fail tersebut yg mengandungi senarai nama peserta hilang di pejabat tanah.Mungkin ada pengkhianat di agensi kerajaan yg menjadi gunting dlm lipatan nak menghancurkan bangsanya sendiri dan suka bangsanya sendiri merempat di tanah air sendiri.
Salam SPU, marah benar nampak gaya wzwh ke blog spu dan geng gengnya "KATA DIA".
Persoalannya saya dan blog blog lain langsung tidak menulis kenapa dan siapa yang mendapat konsensi balak di kampung kucing, walau pun kita tahu siapa ?.
inti pati yang di persoalkan ialah kemana peruntukan itu di bawa ?. dan saya pernah menulis di dalam komen blog beliau, siapa yang kuat membangkang hingga terhalangnya projek jambatan gantung tersebut, saya tau siapa, bukan kaki tangan kerajaan,kakitangan kerajaan lagi takut kepada pemimpin umno, ada lagi kuasa yang lebih tinggi yang memberi kata noktah pembatalan projek JG TERSEBUT.
Satu lagi yang saya pernah persoalkan apa resionalnya untuk kita mendirikan JG MENYEBERANGI sungai tembeling di kuala tahan, untuk apa ?,alangkah elok peruntukan sebanyak itu kita cadangan bagi pembangunan persisir sungai tembeling, Ada kah mendapatkan peruntukan untuk membina benda yang kurang penting di anggap KHIDMAT YANG CEMERLANG, SEMUANYA, ADA UDANG DI SEBALIK MEE KUNING.?
Salam SPU,
Juga blog geng-geng termasuk CU, SKK dll. Kalau dibaca blog WZWH itu ada yang tersurat dan tersirat. Saya rasa WZWH bukan mahu tembak blog Jerantut terutama blog-blog Tembeling malah WZWH tidak serang orang Tembeling. Saya percaya WZWH sebenarnya melabelkan 'kuasa yang lebih tinggi' sebagai pengkhianat meminjam bahasa Ulu Tembeling 'BUDO' dan tamak serta rakus membahan balak Ulu Tembeling. Apa lagi harta dunia mahu. Saya yakin itu maksud WZWH.
SPU hanya berusaha mengangkat mana-mana isu dari mana-mana blog yang difikirkan menarik untuk diketahui dan mengenai kita, kampong kita dan daerah kita. SPU tidak lagi membat sebarang keputusan atau memberi apa-apa pandangan dan SPU tidak terlibat dalam menyokong HT ataupun WZWH sekalipun. Mereka bebas memberi pandangan dan pendapat mereka sendiri.
Post a Comment