Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Saturday, November 27, 2010
PERJUANGAN
Sewaktu posting ini dibuat, blog uRag dRrulug masih belum publish posting terbarunya. Begitu juga dengan blog Hulu Tembeling. Harap mereka akan menulis nanti untuk kita mendapat maklumat dan berita terkini mengenai daerah kita sendiri.
Blog WZWH, mengisahkan industri tokek. Elok jugalah dibaca kerana hanya satu-satu inilah buah fikirannya yang boleh diketengahkan selama beliau berblog. Boleh diketengahkan bukan bermakna boleh dilaksanakan. Sekurang-kurangnya projek WZWH ini nanti tidak akan memberi impak besar kepada alam semulajadi dan keselamatan jiwa penduduk sekitar Lembah Tembeling.
Walau apapun, Pilihanraya Umum semakin hampir, apakah kita semua sudah bersiap sedia untuk itu? Jangan nanti kita jadi Pak Kadok, 'ayam menang kampong tergadai' Kepada yang berjuang selamat berjuang, dengan sesungguh hati, jika merasa sudah kurang upaya, lepaskanlah jawatan dan tanggungjawab itu kepada orang lain yang akan lebih gigih berjuang.
Di daerah ini, nampaknya tiada siapa yang peduli mengenai perjuangan parti, mereka lebih peduli pada perjuangan untuk kepentingan peribadi dan perjuangan untuk membantu kroni. Khabarnya, Pakatan Rakyat sudah sibuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara kecil-kecilan, terbaru di Damak. Rupanya berjuang untuk merebut sesuatu lebih bersemangat dari berjuang hanya untuk mempertahankan apa yang kita telah ada. Jangan terkejut jika selepas ini BN akan jadi pembangkang!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam 1 malaysia...sy telah paut kan blog anda utk blog sy..kalau boleh paut kan blog saya yek utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..
http://badutrakyat.blogspot.com/
salam badut rakyat,
kami sedar blog ini juga dibacai ramai dan juga dipantau oleh UMNO Malaysia, terima kasih kerana memaut blog ini dari blog badut rakyat dan kami sudah lakukan yang sama ~ SPU
Salam SPU.Setuju sgt dgn unggapan aok menang sorak kg tergadai.kwn secara peribadi cemburu gak kat org Jantut ni bab deme banyak bloggers.xmcm kome ditemeloh rasanya xada.kwn sendiri pon xada puas nyuruh cucu membuatnya ke abis di akainya jer.xp kwn nengok penggunaan blog masih belum capai tahap maksima byk beramok sesama sendiri jer.buang masa kat situ jer.kwn ada sorg kwn org kuat PAS.klu xsilap Jerantut adalah merupakan target area pembangkang selain dari mempertahankan kawasan yg sedia ada.kwn ngabor apa yg kwn dengor jgn anggap ape2 lak.tabik cakap kwn jadi takut pulak dah berckp ngan org2 Jantut ni.
kesian betul wzwh kena bedal hari hari hehehe
masalah Jerantut adalah blog tidak cuba di'juarai' oleh UMNO kerana pemimpinnya juga masih buta IT, lalu perkembangan blog tidak dibawah kawalan mereka, jadi disini UMNO hanya menjuarai apa?
Salam SPU & Sema2...,
PERJUANGAN
Mengapa kita menghilir arus menggunakan rakit bamboo, alamatnya terlalu sukarnya untuk kembali mencangat arus. Memang mengcangat arus dengan apa sekali pun samada perahu kajang, bergalah kelihatan sukar. Namun ia akan sampai juga. Bila sampai akan mudah untuk menghilir arus, itulah kelebihan perahu kajang atau timbar sayung berbanding rakit bamboo. Samada kita memilih pengemudi dan orang haluan mesti dengan bijak. Nampaknya pengemudi orang penting, walaupun orang dihaluan berada dihadapan, kadang2 terlena kerana jauh perjalanan untuk ke distinasi.
Jangan mempertikai strategi musuh, itu memang kerangka mereka. Setelah 12 kali pru, sepatutnya pemimpin BN khusunya UMNO telah banyak kerangka bagi jangka panjang, sepatutnya kerangka itu akan menjadi strategi setiap kali menghadpi pru. Sayang pemimpin khususnya di kawasan ini, kerangka langsung “tadork” loghat Ulu Tembeling. Lebihnya “kantong” pemimpin dan kuncu2 telah melimpah, sudah melimpah masih ada lagi “reserve”. Masyarakat mereka tak pernah diambil kebimbangan, susah ke, memerlukan bantuan atau ketikanya perlu dibantu. Persiapan untuk menghadapi pru ke 13, sepatutnya telah berada dilandasan betul selepas pru yang lalu, namun orang dihaluan dan diburitan sudah “lenanya terlalu panjang”, bukan nasinya lagi jadi bubur malah telah “hangit”. Ayoh jangan membesar2kan IT sahaja, teruskan perjuangan walaupun musuh telah hampir...!!!.
Pang5 Banir, hanya jadi watchman dan harap ada perbincangan dengan masyarakat setempat...!!!
Post a Comment