Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, November 20, 2010

BLOGGER - MENULIS KERANA APA?




Pagi ini SPU tersengih-sengih kerana membaca posting di blog uRag dRrulug yang menyindir seseorang. Itu berkenaan sedekah unta yang akhirnya bertukar menjadi lembu. Menurut laman facebook, perkara sama berlaku juga di Lancang. Mungkin yang memberi janji tu dari species yang sama atau jangan kita bersangka buruk, mungkin ada sesuatu yang menghalang janji untuk ditunaikan - wallahualam!

Blog Hulu Tembeling menulis mengenai pemguatkuasaan Majlis Daerah Jerantut yang akan menyita bangunan yang tidak menjelaskan cukai pintu yang tertunggak sejak sekian lama.

WZWH bercerita tentang sejarah Paya Kangsa dan Kota Gelanggi (klik sini) lewat postingnya pada jam 1:52AM. Semalam WZWH menghantar 5 posting, masing-masing pada jam; 9:23AM, 12:52PM, 5:04PM, 11:08PM dan 11:26PM. Entah mengapa terjadi demikian, namun yang pasti beliau nampak keresahan mungkin kerana visitornya pada waktu itu hanya 50 orang lebih sahaja.

Soalnya apakah beliau menulis kerana mengejar rating? Menulis kerana ingin mendapat ramai pembaca? Walaupun kebanyakan posting beliau adalah 'copy and paste' sahaja, namun jika beliau menghantar posting sedemikian banyak akan membuatkan pembaca tidak sempat mencerna tulisannya dan tidak sempat untuk memberikan komen. Saya berpendapat era menulis untuk mencari rating sudah berlalu, penulis blog sepatutnya menulis dengan cara yang lebih berhemah serta bersifat ilmiah. Penulisan haruslah datang dari dalam hati sendiri dan menulis dengan menyuarakan apa yang ada dalam hati kita.

Dari segi rating, popular sangatkah blog Tun Dr. Mahathir dan Ridhuan Tee berbanding blog-blog pencacai politik? Namun tulisan mereka sangat berkualiti, bermakna, menyatakan pendapat mereka sendiri dan akan tetap relevan walaupun dibacai bertahun-tahun selepas ini.

Saya berpendapat, terlalu banyak menghantar posting juga telah menyebabkan kualiti tulisan WZWH menurun dan semakin ramai yang sudah enggan membaca tulisannya lagi. Apalah ertinya menulis jika tidak dibaca? dan apakah kebangaannya jika tulisan kita dibaca oleh mereka yang hanya sekadar suka membaca semata-mata? Ingat! Ingat! Ingat! Yang popular bukan bererti yang terbaik dan yang terbaik bukan bererti akan popular. Jadilah diri kita sendiri!

2 comments:

oRang kAmpong said...

Yelah SPU.bau ni dier ada nulis pasal minyak nak abis kwn minat gaklah topik tu dan ada jglah ngantar komen bukannya menda kwn nyuruh dier nulis byk lg topik tu bab masa kwn sekolah dulu masok bab minyak dan uranium ni cikgu kwn mati langgar dek babi dah tak dan abis belajar.aok tolong heloo2 ckit kat wan tu suruh dier sambong ceta dia tu.

SPU said...

SPU hanya memberi pandangan peribadi tentang penulisan supaya pembaca blog WZWH tidak merasa kecewa, bagaimanapun WZWH adalah bebas menulis dan melakukan apa saja terhadap blognya sesuka hatinya. SPU juga memohon maaf kepada WZWH sekiranya ini dianggap mencampuri urusannya peribadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN