Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, June 7, 2011

MEMBERSIHKAN POLITIK JERANTUT?




Memetik kata-kata dari blog WZWH bahawa beliau akan membersihkan politik UMNO Bahagian Jerantut untuk menjadikannya sesuci kain putih. (Klik Sini). Selain itu WZWH akan mengimplitasikan idea agenda politik barunya (Klik Sini) walaupun entah bagaimana dan dengan bantuan dan pertolongan siapa. Beliau mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan, namun pada posting berkenaan (Klik Sini), beliau meletakkan gambar 2 orang orang UMNO Jerantut yang tidak disenangi oleh UMNO akar umbi dan rakyat, entah mengapa..mungkin sebagai provokasi untuk bangkitkan kemarahan perwakilan. (2 orang ini memang patut Ketua Bahagian singkirkan jika mahu imej UMNO Jerantut dipandang tinggi dan masih dihormati, namun khabarnya Ketua Bahagian menyokong En. Kicap untuk diangerahkan gelaran Dato'[?])

Akhirnya, dalam usaha umtuk membersihkan UMNO Jerantut, WZWH berusaha untuk 'membunuh' seseorang yang digelarnya 'little napoleon' dengan menelanjangkan tingkahlaku buruknya selama ini (Klik Sini) SPU mula percaya bahawa WZWH memang berusaha keras untuk mencapai agenda membersihkan politik UMNO Jerantut. Cuma, tak bolehkah beliau hanya membisikkan agendanya kepada Ketua Bahagian untuk Ketua Bahagian sendiri melakukan pembersihan? Apakah Ketua Bahagian tersangat lemah sehingga ianya selama ini hanya dipacu oleh seorang SU Eksekutif, serta SU Bahagian, serta Pegawai-pegawai khasnya? Apakah SU Eksekutif (jawatan yang satu-satunya dalam Malaya (saya ulangi ....dalam Malaya)) harus dihukum didepan khalayak ramai?

Ramai memandang rendah kepada keupayaan media baru dalam menyebarkan berita, malah kebanyakan pemimpin  UMNO masih memandang remah dan menganggapnya tidak akan mampu menganggu dan memberi kesan kerana berpendapat masih ramai kalangan ahli UMNO yang tidak mampu mencapai jaringan media baru sekarang ini, mungkin mereka terlupa bahawa gabungan antara media baru dengan media asal (sampaian percakapan dari mulut ke mulut) akan membentuk satu persepsi yang akan menyakinkan rakyat bahawa apapun yang disebarkan melalui media baru adalah semuanya benar belaka.

Didalam kebanyakan laman dan jringan media baru Jerantut, beberapa nama mereka yang teribat rapat dengan UMNO sudah dicontengkan arang kemukanya. Rakyat sudah melihat mereka sebagai orang yang sudah tidak dikehendaki, yang sudah diburukkan, yang dianggap petualang dan tidak dapat diampunkan. Ini merebak dan menjalar sehingga kejaringan yang lebih besar, dan mereka akhirnya sudah tidak ada harapan untuk dipulihkan.

Mengekalkan lagi mereka didalam UMNO akan merosakkan UMNO Jerantut keseluruhannya, kerana itu Ketua Bahagian perlu mengambil langkan membersihkan mereka dari UMNO - pecat mereka. Kegagalan Ketua Bahagian untuk melakukan itu akan menambah kebencian akar umbi terhadap UMNO dan dirinya sendiri. Ini akan diikuti dengan tindakan menolak UMNO Jerantut dalam PRU13 nanti.

Kerana itulah, jika Ketua Bahagian sayangkan UMNO, maka orang-orang ini mestilah disingkirkan. Jika tidak rakyat akan memberikan hukuman yang akan merugikan bukan saja UMNO tetapi keseluruhan orang Melayu di Jerantut ini nanti.

Apapun, agenda WZWH sudah bermula dan memperlihatkan keupayaannya untuk dijayakan. SPU memberikannya tabik hormat. Khabarnya tak lama dulu dia menemui abang besar (BH), tentu banyak yang dia pelajari atau menimba dari BH. SPU tak berani nak derhaka, minggu depan akan bertemu abang besar.

4 comments:

penduduk kg. satu batu said...

kita bakor...kita bakor...buang je kah yg merosakkan umno jerantet neh. yg mb sayang sangat ke wok hitam sampai suruh sambung lagi mengendalikan resthouse jerantut tu pun satu hal jugek, nak beri dia kontrek sampai mati pun tak apa, biat dia masti sekali dengan mb pun boleh, tapi rakyuat akan tolak umno kerana benci pada pemimpin macam ni, buang wok hitam...buang wok putih..buang siti hajar dan melet...nbuang mizi dan dolah kicap

Anonymous said...

Salam.Kalau ketua UMNO bahagian memang nak membersihkan UMNO Jerantut beliau sendiri mestilah berundur,Bawak sekali ketua pemuda bahagian tu berundur sama.DSah busuh sangat nampaknya ketua pemuda tu.Kalau masih dalam UMNO akan merosakkan UMNO aje.AJK bahagian perlu terdiri dari muka muka baru yang berpolitik bukan hanya untuk kepentingan peribadi.

Anonymous said...

UMNO Jerantut perlu pembaharuan....memang nak kalah ke

Tu..Pulau Tawar..apa yang UMNO dah buat?..tak tau ke orang kampung dah mula menyampah dengan UMNO?..tak pernah ke buat groundwork tengok betul ke UMNO dah selesa kat sana? Tak tau ke orang kampung dah meluat dengan ADUNnya dan juga orang-orang sekeliling dia..Awas, sebab sampai masa nanti orang kampung akan terjemahkan meluat dia ke kertas undi....

memang nak kalah ke?...

Tu..Taman Inderapura tu..tak pernah ke nak fight untuk penduduk yang 98% Melayu kat situ at least cuba la dapatkan diaorang Dewan Sebaguna ke? Apa, situ memang fix deposit UMNO/BN ke?..jangan undermind atau underestimate kawasan tu okey...

Ni..orang yang menulis komen ni..kome duduk putrajaya..tiap-tiap bulan balik Jerantut..ikut hati semua ni kome nak bisisk je ke DS Najib..tapi kome pikir tak guna juga sebab nampak deme ni susah sangat nak berubah..kome tunggu PRU je..

Anonymous said...

bisik lah anon 11:30am ke pm kita tu, amenda awak handal amat, tak payah ugut2, setakat dewan mcam kat taman lknp tu, rosmah boleh beri, tak payah bisikakn ketelinga najib pun, jika nak bisik ke telingga najib, kalau awak nak pinjam jet kerajaan malaysia, mana lah tau kot kot rosmah nok guna juga waktu itu, hahahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN