Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, June 3, 2011

MEDIA BARU JERANTUT, SIAPA KOMANDER BLOGGERNYA?





Kabarnya baru ini kepimpinan UMNO Jerantut menyedari perlunya diselaraskan atau ditentukan halatuju blog-blog politik Jerantut yang hampir 40 buah (tak tahu bilangan sebenarnya). Selama ini mungkin Ketua Penerangan masih dalam kegelapan atau gelap mata. Pegawai-pegawai yang bertugas sebagai penasihat juga mungkin buta IT atau buta hati kerana tidak melihat keperluan menguasai media baru sehinggakan dirosakkan oleh golongan yang berkepentingan.

Jika benar usaha ini hendak dimulakan, (sebagaimana komen Cg Pian diblog BraveHeart), walaupun ianya masih belum terlambat. namun usaha ini akan menghadapi sedikit kesukaran. Siapakah yang akan mengepalainya adalah satu persoalan yang juga berat. Ketua Penerangan UMNO mungkin langsung tidak tahu menahu tentang media baru, lalu beliau memang sudah disingkirkan dari awal. Jikalah beliau layak, sudah tentu beliau mengambil inisiatif ini sejak dahulu lagi.

Satu-satunya AJK Bahagian yang berblog adalah Cik Gu Sofian, namun tulisan blognya hanyalah sekadar Copy & Paste yang tidak langsung menampakkan idealismnya sebagai penulis blog tiada ketokohan seorang pemimpin, selain itu beliau juga tidak mengenali siapakah blogger Jerantut ini. BraveHeart nampaknya sudah menunjukkan tidak minatnya sejak awal lagi kerana beliau juga ada kommitmen lain. Jadi, siapakah yang akan jadi pemimpin kumpulan media baru Jerantut ini kelak? Pilihan lain adalah Sri Tri Buana atau WZWH.

Kemenangan dalam peperangan bukan saja terletak kepada jumlah bala tenteranya, tetapi juga bergantung kepada kebijaksanaan komander perangnya. Siapakah yang layak untuk memimpin kelak? Jikalau Dato' Azizan masih ada, tentulah beliau yang paling layak!

3 comments:

Anonymous said...

Suruh je blog urag d ruluq ketuai atau blog parlimen81 atau blog wzwh

SPU said...

Mana boleh, sbb ada yg lebih berkelayakan ie. Sri Tri Buana, atau WZWH, atau sengkakala, atau senjakala, atau kalajengking, atau DUN Tahan atau Dunia Sama Rata atau musa kumil...aikkk? musa kumuil ada blog ker?

uRag dRrulug said...

Oihhh! Aku pon tark kendok menjadi ketueq....bior ke dimeq hajeq larg hark yang nork berebut jadiq ketueq...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN