Blog WZWH dalam postingnya mengkisahkan mengenai Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jerantut yang diberikan jolokan sebagai 'Little Napoleon'. Dengan niat jahat juga beliau digambarkan sebagai berkuasa besar melebihi Setiausaha Bahagian sendiri dan diperlihatkan sebagai berjawatan 'Setiausaha Eksekutif', jawatan yang tidak pernah ada didalam struktur UMNO dimana-mana bahagian sekalipun. Demikianlah kebencian satu pihak didalam UMNO terhadapnya.
Selain itu beliau juga digambarkan sebagai banyak melakukan penyalahgunaankuasa didalam membelanjakan peruntukan-peruntukan tertentu antaranya sewaktu lawatan PM ke Jerantut tidak lama dulu. (Sila rujuk posting-posting diblog WZWH)
SPU bukanlah memihak kepada SUK berkenaan, namun membuat tuduhan tanpa bukti jelas adalah satu fithan dan niat jahat pihak tertentu yang didalangi oleh orang-orang berkenaan dengan niat tertentu. Jika difikirkan dengan rasional, sebesar manakah kuasa SUK dan sebanyak manakah peruntuykan yang mampu SUK 'kitarkan' jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kuasa yang lebih besar seperti pegawai-pegawai khas tertentu?
Jika niat jujur untuk menegur dan membina, kenapakah muncung senjata itu tidak ditujukan kepada 'bujang-bujang senang' yang 'melahap' lebih banyak? Jelas bahawa isu ini dibangkitkan hanya kerana ingin membalas dendam kerana SUK telah berjaya menyekat pihak berkenaan dari menguasai UMNO Bahagian seterusnya menghancurkan keharmoniannya selama ini.
Tulisan diblog berkenaan juga sebenarnya merupakan satu provokasi agar SUK dipecat oleh Ketua Bahagian dengan mengambarkannya sebagai seorang petualang sedangkan SUK selama ini berjuang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Banyak pihak juga memandang bahawa SUK banyak terlibat dalam mencampuri politik Wanita UMNO Bahagian serta cuba mencaturkan segalanya. Bahkan ada pihak dengan sinis merujuk SUK sebagai Setiausaha Eksekutif Wanita UMNO Jerantut dan lebih berkuasa dari KW sendiri. SUK juga digambarkan sebagai berkuasa penuh di Pejabat UMNO Bahagian dengan sokongan 'Abang Bu' langau 'satu batu' dan kembarnya 'Kak Key'.
Ada juga desus desas mengatakan SUK juga dengan sokongan SU banyak terlibat dalam usaha 'mencatas' KW dan menonjolkan 'NKW' dengan memberikan contoh beberapa program yang mengenepikan KW sebelum ini. Tetapi apakah segalanya itu tidak mungkin berlaku secara kebetulan tanpa ada campurtangan SUK seperti tuduhan itu?
Dalam posting terkini WZWH, beliau mengajak semua ahli UMNO berkerjasama untuk memenangkan calon BN dalam PRU akan datang, tapi apakah dengan meminggirkan sebahagian ahli dan jentera UMNO bahagian mampu menguatkan jentera parti dalam menghadapi PRU kelak?
SPU berpendapat, masalah besar dalam UMNO Jerantut adalah di DUN Tahan serta WZWH sendiri yang terlalu telus dalam menyingkap rahsia politik dalaman UMNO. Ketelusan dan keterbukaan bukan bermakna menyingkap segalanya dan memperlihatkan 'kemaluan' kita kepada orang lain. WZWH harus bertindak lebih matang dalam politik khususnya kerana beliau dilihat sebagai jurucakap kepada YB ADUN Tahan kerana segala yang dilakukannya akan memberikan impak langsung kepada ADUN Tahan. Kerana itu, dalam usaha untuk menyelamatkan UMNO Jerantut perkara pertama yang patut dilakukan adalah memecat WZWH dari menjadi jurucakap kepada ADUN Tahan itu sendiri.
UMNO Jerantut akan lebih selamat tanpa WZWH dan tanpa WZWH serta orang yang ada dibelakangnya. Ini bukanlah pandangan peribadi SPU, namun ianya dirumuskan berdasarkan kepada komen-komen di blog WZWH sendiri. WZWH gagal sebagai blogger dan juga gagal sebagai tokoh politik pelapis UMNO Jerantut kerana dilihat tidak berkredebiliti.
Bagi memulihkan UMNO Jerantut dalam menghadapi PRU13 nanti, semua pihak harus melihat diri sendiri dan memperbaikinya. SUK dan pegawai-pegawai khas juga harus berubah selagi kita masih ada kesempatan untuk melakukannya. SUK sepatutnya tidak langsung terlibat dalam politik dan disarankan agar tidak aktif dalam politik jika masih ingin memeggang jawatan, atau dinasihatkan meletakan jawatan sebagai SUK jika lebih cenderung untuk berpolitik. Jika tidak, ini juga akan jadi penyebab kepada kebencian rakyat kepada UMNO Jerantut.
Nota kaki:
Kebelakangan ini SPU melihat rating kepada blog-blog Jerantut yang aktif sangat tinggi, bermakna jumlah pembaca bertambah dalam skala yang besar. Selain itu, kita juga percaya bahawa blog-blog Jerantut sedang dipantau oleh UMNO Pusat. Pembaca SPU bermula dari 6.6. adalah seperti berikut: 203, 264, 670 dan 612+ (ketika post ini ditulis)
2 comments:
Hah... tepat sekali analisa dan pandangan SPUJ nie. Makna nya punca besar ialah masalah yang di hunggah oleh WZWH sendiri. Nampak nya sudah sah peranan nya WZWH selama ini dan sape di belakang nya. Rupa nya WZWH nie kaki fitnah, penebar berita palsu tanpa bukti. itu lah Jerantut bergolak aje. Asal tak serasi dengan deme, maka proses menyahkan akan di buat. Nampak nya WZWH nie spesis kurang pandai dan hampir cerdik.
TQ
TQ.
hahaha, terima kasih memberi komen...apa yag ditulis itu adalah andaian yang kita dapat dari rumusan yang juga merupakan pandangan orang ramai yang kita dengar dikiri kanan kita.
Post a Comment