Sesungguhnya, tiada yang akan kekal abadi
1. UMNO Bahagian Jerantut memang bermasalah, nampaknya retak sudah menjadi belah. Mungkin ini petanda yang jelas bahawa dalam PRU akan datang di Jerantut UMNO / BN akan kalah.
2. Seseorang telah dibantah oleh akar umbi (?) dari dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian (klik sini), manakala seseorang yang lain ditonjolkan pula (klik sini, sini,) Walaupun perlantikan SU adalah hak mutlak Ketua Bahagian namun akarumbi (?) mungkin ingin memastikan supaya pucuk pimpinan tidak memilih orang yang salah. (Wallahualam!)
3. Seseorang lain yang masih berhasrat untuk menyambung tugasnya sebagai ADUN atau jika boleh menjadi calon Parlimen juga telah didedahkan keaibannya. (klik sini), banyak pihak berpendapat bahawa tujuannya hanya untuk menonjolkan seseorang lain yang mana dia berkhidmat untuknya serta berkepentingan (klik sini)
4. Dibeberapa laman blog setempat dan melalui percakapan-percakapan kedai kopi, memang terlalu banyak berlaku salah-laku didalam UMNO Bahagian. Lawatan PM khabarnya dengan kos RM500K tetapi tidak sebatang benderapun yang berkibar - kerana yang masuk terus tenggelam! Caj berlebihan kepada kebanyakan kerja-kerja yang dijalankan bagi tujuan membesarkan komisyen pengurusan tidak dapat dikawal. Beberapa orang dikenalpasti sebagai beraja dimata dan bersuktan dihati.
5. SPRM khabarnya telah membuat 'kunjung hormat' ke pejabat seorang pemimpin tidak berapa lama dulu dan beberapa ekor 'buaya' sepatutnya sudah diberkas dari lubuk berkenaan, namun kuasa politik menghalangnya. Jika orang besar masih melindungi 'buaya', tidak mustahil lubuk-lubuk juga akan dimusnahkan dalam PRU nanti kerana rakyat sudah dapat melihat dan tidak dapat mengawal lagi rasa benci. Lihatlah dari mana segala kesenangan itu mereka dapati jika bukan hasil 'rampasan perang'.
6. Sebuah blog setempat meramalkan calon Parlimen dari BN akan tewas dalam PRU akan datang (klik sini) Ini bukan satu pandangan salah kerana memang diakar umbi telah lama melihatnya demikian, bahkan ada pendapat berkata; "Kami sayangkan UMNO tetapi pemimpinnya yang curang masih tidak sedar diri, jadi untuk menyedarkannya UMNO mesti dikalahkan terlebih dahulu supaya mereka akan sedar apabila mereka sudah hilang kuasa".
7. Banyak pendapat menyatakan Parlimen Jerantut akan tumbang kepada pembangkang. Satu kenyataan tidak resmi dari pemimpin negeri menyatakan bahawa hanya 4 kerusi Parlimen yang benar-benar selamat di Pahang.
8. SPU mendapat maklum-balas dari rakyat marhaen, Parlimen Jerantut memang akan tewas walau siapapun calonnya, bahkan DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan juga akan tewas sama kerana undi protes dari pengundi muda yang celik IT yang menyedari kerosakan didalam UMNO yang sudah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
9. Ketika PM berusaha keras untuk berubah tetapi di peringkat-peringkat bahagaian masih tetap saja tidak berubah, justeru rakyatlah yang akan mengubahnya didalam PRU akan datang.
10. Ketika parti UMNO tidak berbuat apa-apa, sebuah parti baru 'KITA' (klik sini) sedang mengumpul sokongan dengan sasaran untuk menyapu semua kerusi didalam Parlimen Jerantut.
11. Kegawatan ini memang menyukarkan perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri. Tiada siapa yang lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan UMNO / BN di negeri Pahang selain dari DSD Adnan Yaakob. Untuk tidak membiarkan satu negeri jatuh ke tangan pembangkang wajarlah DSD Adnan Yaakob terus 'dikekalkan' sebagai MB Pahang untuk tempoh sepenggal lagi kerana tiada siapa yang mampu kendalikan Pahang lebih baik dari beliau dalam keadaan ini. Kita minta PM ambil perhatian jika enggan Pahang jatuh kepada pembangkang.
12. Para pemimpin UMNO Jerantut, Wanita, Pemuda, Puteri - tidurlah dengan lena. Teruslah dengan mimpi. Tidak apa yang dapat kamu semua dengari dari rakyat marhaen bila kamu semua hanya dikelilingi oleh tukang-tukang kipas kamu sendiri.
13. Berbagai teguran dan kecaman telah kita buat untuk memberi kesedaran kepada semua pihak, namun mereka masih belum sedar, atau sedar tetapi masih enggan berubah. Blog Beranikan Hati juga menulis mengenai 'Susahnya Menegur Pemimpin'
3 comments:
spu, mcam pernah dengar jer ayat ne malam malam?
pendapat dan ayat demikia sudah sebati dgn jiwa rakyat, harapan kita juga adalah harapan rakyat ramai, rakyat sudah berpendapat sama spt kita yg inginkan perubahan dalam umno, atau mungkin saya juga sudah menjiwai aspirasi rakyat marhaen
Kalau ada yang tak puas di hati, bersemuka terus. Tak perlu nak karang berjela-jela merintih merayu dalam blog.
Sikit-sikit nak kaitkan dengan PM. Kalau rasa dipihak yang betul ramai-ramai jumpa dengan pihak satu lagi.
Selesai cara baik. Kalau tak boleh selesai cara baik barulah mula baling kerusi meja. Macam budak-budak Keadilan.
Itu baru Demo Kerusi. Siapa nak tempelak UMNO Jerantut. Parti yang bawa nama Keadilan pun buat macam tu.
Lebam sana lebam sini tu perkara biasalah anak jantan.
Bila jadi macam tu, bukan logo UMNO kat batu nisan. Sendiri punya gambar berukuran pasport tampal di situ.
Bangan buat malu Melayu saja...tak habis habis.
Post a Comment