Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, October 2, 2011

TRANSFORMASI: PEMIMPIN MUDA JERANTUT

Barisan pemimpin muda Jerantut - harapan masa depan, 
yang mampu menguasai media baru Jerantut dengan berkesan.


Semua pihak termasuk pemimpin atasan percaya dan bersetuju bahawa kegagalan BN UMNO mengekalkan majoriti undi 2/3 dalam PRU lalu bukanlah kerana kekuatan pembangkang, tetapi adalah kerana kelemahan BN UMNO sendiri.

Terlalu lama memerintah dan membuatkan UMNO lalai dan leka adalah antara sebab mengapa ini berlaku. Selain itu juga adalah kerana menganggap bahawa kekuatan UMNO dan kekuasaan serta sokongannya seakan adalah hak mutlak dan akan kekal selama-lamanya, maka itulah yang membuatkan para pemeggang kuasa merasakan keegoannya sehinggakan mereka sanggup melakukan apa saja.

Dalam UMNO Jerantut bukanlah satu perkara baru dalam hal cantas mencantas. Setiap kali ada calon muda yang berpotensi, ianya akan dikerat-kerat dan dibenamkan bagi memastikan pemimpin lama itu akan tetap terus berkuasa semahunya. Kerana itu jugalah akhirnya UMNO Jerantut gagal melahirkan pemimpin pelapis bagi menggantikan yang lama apabila sampai waktunya. Justeru, bagaimana transformasi akan berlaku?

SPU tidak hendak menyingkap kisah-kisah yang terlalu lama kerana mungkin itu akan melibatkan mereka yang sudah tiada atau sudahpun berundur dari politik samaada secara sukarela ataupun terpaksa, tetapi lihatlah apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO sendiri. Kemana perginya Naib Ketua Pemuda? Angkara permainan politik siapakah itu?

Malang sekali apabila pemimpin-pemimpin pelapis muda yang berpotensi sebagai pengganti telah kita 'bunuh' dengan tangan kita sendiri. Kasihan dengan nasib yang menimpa Mustaffar Maarof, Jalaluddin Ghazali (sekadar menyebut beberapa nama saja). Mereka-mereka ini adalah orang yang boleh diharapkan memimpin Jerantut pada masa depan.

Cuma kita berharap kita semua menginsafi kekhilafan yang telah kita perbuat selama ini dan menyesalinya. Kami anak-anak muda yang tinggal ini janganlah di'bunuh' kerana kamilah penyambung warisan dimasa hadapan. Berilah kami peluang dan harapan, bukan saja untuk kami sendiri tetapi untuk anak bangsa. Transformasi adalah perubah...sikap dan minda. Andai kita gagal mengubah UMNO hari ini maka UMNO akan gagal berubah dan akan terus dilupakan dan ditinggalkan.....


8 comments:

Anonymous said...

Kekadang, bukan orang yang pancas, terpancas kaki sendiri. Kalau tak ada ketahanan, memang cepat kecewa dengan kerenah politik. Inilah yang menjadi ukuran , ujian ketahanan untuk jadi pemimpin. Kalu nak harapkan orang saja yang tatang, akibatnya tertinggal lah di belakang. Jangan salahkan orang lain

Anonymous said...

Yang pastinya pemimpin pemimpin UMNO memang bangsat

Anonymous said...

dalam gambor tu Pengerusi MBD Jerantut murad dan Pengerus Rakan Muda Cikgu Faiz Mahayudin. Harap mereka ini boleh memimpin dan memberi perhatian kpd generasi muda sekarang.

SPU said...

Salam semua pemberi komen dan terima kasih walaupun mungkin komen berkenaan tidak bersesuaian dengan kehendak dan hasrat SPU sendiri.

Anon 9:08, tuan sangat arif dan memang orang tempatan yang sangat mengenali mereka itu. Jika mereka diberi kepercayaan memimpin satu pertubuhan sukarela dan menunjukkan kemampuan mereka maka kenapa UMNO tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada kami?

Borokpolitikweh said...

kene ajor hok molek2 ke pemimpin-pemimpin muda ni. jangan jadi buat kesalahan yang dilakukan oleh orang terdahulu.

Anonymous said...

ramai lagi pemimpin muda yang ditengelam kan oleh org lama umno. ramai lagi yg hebat2.dalam gambar tu sebahagian saja. hok muda berjuang dgn ikhlas sgt ramai lagi cth:- fasal jamlus, faham tentang hukum hakam agama, azman yassin seorg yg sgt pandai berpolitik, cikgu faiz ikhlas dlm memimpin, murad idris bakal mecorak kepemimpinan baru muda zaman sekrg, ahmad shah jamlus satu nama yg kita kenal memang dilahirkan utk pemuda pd masa depan dan ramai lagi. wasalam

Anonymous said...

saya suka masa belia-belia jerantut ni mase cikgu Faiz memimpin rakan muda nampak aktif je rakan muda, sekarang takde dah program remaja ni kenape..

SPU said...

anon 1:32,
awk mengingatkan saya juga. skrg dh tk ada lagi program remaja ni sbb Cg Faiz dh bkn remaja lagi dan belia2 masa tu pn dah tidak lagi muda remaja, hehe....kita tiada kesinambungan....dan remaja masa kini tiada pemimpin yg berjiwa demikian serta tiada juga keinginan sedemikian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN