Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, October 8, 2011

PERKUKUHKAN UMNO





Semalam SPU menulis tentang UMNO dan pemimpin UMNO. Tentang perkembangan media sosial dan keburukkannya yang kita tidak kuasai dan kawal. Nampaknya pemimpin UMNO tidak berminat untuk menguasai media sosial sedangkan media sosial ini sudah dengan sendirinya menjadi media rakyat. Justeru bagaimana pemimpin UMNO hendak menjuarai rakyat jika mereka sendiri tidak melengkapkan diri untuk menjuarai media sosial?

Saya sangat kecewa dengan perkembangan buruk media sosial Jerantut ini khususnya kerana ia menjurus kearah yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada rakyat bahkan UMNO sendiri sebagai parti kerajaan memerintah. Membukakan sedikit keburukan pemimpin dengan tujuan memberi isyarat kepada mereka bahawa jangan lakukan sesuatu yang buruk yang dibenci rakyat mungkin boleh, tetapi jika ianya terlalu detail akan memberikan pihak pembangkang mengutip segalanya untuk dijadikan isu kempen politik mereka dalam PRU nanti.

SPU sudah memberikan cadangan supaya 'gencatan senjata' perang siber Jerantut ini diadakan yang melibatkan 2 pihak berkenaan. Mungkin ada pihak lain yang boleh kita panggil untuk jadi orang tengah dalam menyelesaikan hal berkenaan. Kita mesti mencari kebaikan dan penyelesaian kerana PRU semakin hampir dan musuh sebenar kita sudah tentu sudah bersedia lebih awal.

MB Pahang khabarnya meramalkan bahawa hanya 4 kerusi Parlimen di Pahang yang benar-benar selamat ketika ini. Apa jadi dengan  kerusi-kerusi Parlimen lain? Bagaimana pula dengan kerusi-kerusi DUN? Apakah tanggungjawab kita sebagai ahli dan penyokong UMNO dan kerajaan dalam memperkukuhkan parti serta memastikan kestabilan politik?

UMNO Jerantut mesti kuasai media sosial Jerantut. Mesti ada blog dan facebook untuk sebarkan maklumat dan menafikan ketidak-benaran. Pemimpin UMNO mesti celik IT. Ketua Penerangan juga mesti benar-benar terang untuk berjuang dalam media sosial. Jika UMNO Jerantut gagal laksanakan ini, pemimpin UMNO BN Jerantut harus bersedia untuk tinggalkan kerusi mereka.

AJK tidak memainkan peranan mereka masing-masing. Mereka terpilih bukan kerana kebolehan tetapi kerana sogokan kerana itu mereka tidak mampu menyumbang apa-apa kepada UMNO Bahagian. Jika demikian, UMNO dan BN akan kalah dalam PRU akan datang. Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Pusat terpaksa bersedia untuk berpindah ke kerusi pembangkang - adios untuk UMNO dan BN!



p/s: Sila baca komen-komen diblog dan lain-lain blog Jerantut yang menjurus kepada menghancurkan pemimpin UMNO dan parti UMNO itu sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

SPU, patut UMNO Jerantut ambil bahagian dalam dunia siber ni. dan satu persepakatan harus dilakukan utk jernihkan suasana. semua pemimpin ada kepentingan mrk masing2 dan semua ada kesalahan yg disembunyikan sama ada UMNO, Pas PKR, DAP, MCA, MIC dan semuanya.cuma ada yg pandai dan ada yg tidak dalam sembunyikan kesalahan mrk itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN