Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, October 21, 2011

MENGGERAK MEDIA SOSIAL JERANTUT




1. Sdr. Mustaffar Mat Arof atas kapasitinya Ketua Media Baru Jerantut sedang berusaha keras untuk mengerak dan memantau media sosial di Jerantut. Di maklumkan bahawa pada 14hb. lalu suatu pertemuan santai telah diadakan bagi tujuan berkenaan dan seramai 9 orang pengamal media sosial Jerantut telah diberitakan hadir.

Blogger otai Pahang, 'Braveheart' juga turut mengakui bahawa beliau telah dihubungi untuk satu pertemuan berikutnya yang dijangka akan diadakan pada 26hb. nanti .(Klik Sini) Beliau juga mengakui telah dihubungi oleh Sdr Mustaffar melalui orang perantaraan dan melalui telefon oleh Sdr. Mustafar sendiri. Bahkan beliau menyatakan satu pertemuan singkat antara mereka telah diadakan pada beberapa hari lepas di Kuala Lumpur bagi merangka perancangan berikutnya selepas ini.

Pengamal media sosial Jerantut berharap segalanya dapat dilakukan dengan baik dan secepat mungkin kerana media sosial Jerantut perlukan perhatian dan pemantauan supaya sesuatu yang buruk dalam penggunaan media sosial ini dapat dihalang dar terus berlaku. SPU percaya jika adanya penglibatan blogger senior @ otai dalam usaha ini pasti kejayaan mampu dicapai kerana kita sedar bahawa Braveheart juga yang terlibat dalam menggerakkan PahangKu sebelum ini.

SPU juga insyallah akan hadir dalam pertemuan  berkenaan kelak untuk bersama memeriahkannya. Banyak yang hendak dipelajari dalam pertemuan seperti itu nanti. Kali terakhir SPU bertemu BH adalah di Himpunan Penulis Maya di Hotel KL International baru-baru ini.


2. Gimik politik Jerantut menjadikan blog sebagai wadah penyebar konspirasi terancang. Nampaknya ada konspirasi diantara blog Surat Untuk Pemimpin dan Laksmana Jebat mungkin untuk tujuan dan kepentingan politik peribadi. Kah Kah Kah! Sedih juga bila publisiti murahan ini berlaku untuk tujuan mendapat nama dalam politik. Namun, inilah media sosial dengan dunianya yang tanpa sempadan serta tanpa sebarang peraturan.

5 comments:

Helang Buana said...

T.kasih. LJ tak pernah buat kerja itu. Cukuplah dengan nama yang mak bapak LJ bagi, tak payah nak tercari-cari nama. Alhamdulillah atas segala yang dilimpahkan Nya.

Helang Buana said...

LJ tahu, SPU lebih dahulu kenal LJ dari orang lain dalam politik, saja nak acah.

Helang Buana said...

LJ juga kenal politik dari SPU, sama2 berjuang kehutan , kegunung, kesungai, ke lata...

Helang Buana said...

Kiranya SPU tu guru pada LJ lah.

Atan said...

Hehehe!4 komen? Emosilah pulak! Warna sebenarnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN