Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, October 29, 2011

BERANIKAH UMNO BAHAGIAN BERUBAH?



1. Khabarnya sudah 2 kali pertemuan diantara pengamal Media Sosial Jerantut diadakan. Kalau tidak silap pada 16hb lalu dengan kehadiran seramai hampir 10 orang saja. Kemudian pertemuan ke-2, baru-baru ini yang melibatkan hampir 30 orang dan termasuk YB ADUN Damak. Nampaknya ini satu perkembangan yang baik.

2. SPU tidak dapat hadir kedua-dua pertemuan berkenaan walaupun  dalam hati sangat ingin bertemu dengan para sahabat pengamal media sosial ini, namun masih belum berkesempatan. SPU percaya selepas ini tentu akan ada lagi pertemuan demi pertemuan bagi menyatupadukan serta menentukan halatuju pengamal media sosial kita kearah yang betul sebagaimana yang diingini oleh para pemimpin dan kerajaan.

3. Pertemuan-pertemuan begini sepatutnya sudah dilakukan lebih awal lagi, namun mungkin kerana para pemimpin kita tidak peka terhadap peranan yang mampu dimainkan oleh pengamal media sosial membuatkan mereka membiarkan media sosial di Jerantut membangun tanpa panduan dan halatuju, akibatnya adalah kita bercakaran sesama sendiri yang akhirnya melemahkan parti.

4. Usaha yang Sdr Mustaffar lakukan, mengadakan pertemuan dengan para pengamal media sosial ini harus diberikan pujian. Mungkin tidak akan dapat menghentikan sepenuhnya kegawatan dalam perang siber di Jerantut ini, namun kita percaya ianya akan dapat meredakannya sedikit sebanyak. Memang usaha ini dirasakan sudah terlewat, namun mencuba melakukannya adalah lebih baik dari tidak melakukannya sama sekali.

5. Selepas ini kita harap akan ada pemimpin-pemimpin lain yang akan tampil kehadapan untuk berhadapan dengan para penulis maya ini selain dari YB Dato' Lau Lee. Banyak pihak diluar sana beranggapan dalam PRU kali ini, peranan penulis maya @ pengamal media sosial akan jadi lebih penting dan menjadi salah satu penentu kemenangan calon dan parti yang bertanding.

6. Di peringkat nasional, khabarnya PM juga sudah bersedia untuk bersama-sama penulis maya @ pengamal media sosial ini untuk menarik minat mereka semua menyokong kerajaan. Nampaknya pemimpin diperingkat nasional sudah sedar, cuma bagaimana dan bilakah pula para pemimpin diperingkat negeri dan bahagian kita akan sedar diri mereka?

7. PRU13 adalah satu cabaran hebat. Tidak mustahil BN akan kehilangan lebih banyak kerusi lagi atau bahkan UMNO BN hanya layak jadi sebuah parti pembangkang didalam kerajaan baru yang akan dibentuk nanti. Jikalau pemimpin  UMNO peringkat bahagian sedar, maka berubahlah. Jika para pegawai UMNO dibahagian sedar, maka berubah jugalah. Hindari dari segala kemarahan rakyat yang melihat mereka sebagai musuh dan perompak harta rakyat.

8. UMNO Jerantut mesti dibersihkan. Si-polan dan si-polan mesti disingkirkan dari jawatannya dan parti demi untuk kebaikan dan kesinambungan kekuasaan UMNO. Beranikah UMNO berubah? Mungkinkah meeka yang berkepentingan lebih rela melihat UMNO rebah dari melepaskan jawatan dan membiarkan orang lain merebutnya?

4 comments:

Anonymous said...

ada yg tak pandai buka blog pun, macam mana? Nama dan lagak bukan main, ada Gelaran Datok lagi, tapi komputer pun tak kenal, berangan nak jadi YB. Orang lain tak boleh nak sentoh pun. Peruntukan MP, dia kebas semua, macam mana nak menang BN?

Anonymous said...

tengku azlan patut buang bendahari umno tu. tak de guna simpan manusia tu dalam umno. menyusahkan lagi ada. ganti dengan org yg lebih layak lagi.

Anonymous said...

biarkan sajalah penyamun dan penyangak umno merompak sesuka hati mereka, selepas ini pru akan membenamkan umno dan mereka semua. itu adalah balasan yg sesuai untuk mereka. macamana pejabat parlimen yg digeledah sprm dn orang tertentu khabarnya didapat bersalah tapi dibebaskan? malahan sekarang ini ada yg diberikan gelaran dan seorang lagi juga akan diberikan gelaran? apakah rakyat masih akan memaafkan mereka itu? memang umno patut dibenamkan dalam pru nanti, umno mesti dikalahkan untuk mengajar pemimpin2 mereka..saya sudah berubah..anda bila lagi?

Anonymous said...

Lembu aje yg masih menyokong UMNO huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN