Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, September 13, 2010

YANG TERSOHOR DAN YANG BANGKITKAN KEBENCIAN RAKYAT

Wow! Memang dah tersohor sehingga dah masuk dalam majalah antarabangsa


 Dalam majalah National Geographic pun ada? Hehe





 Ni sampai dalam majalah Baby ni, apa kehay nye?
Selepas ni, kalau tanding Ketua Wanita UMNO Malaysia lawan  Dato' Shahrizat pun pasti menang
atau pun mungkin layak sebagai calon MB Pahang wanita pertama...



1. Sejak 9 September SPU tidak update blog, bahkan tidak juga melawat mana-mana blog kerana berikan tumpuan pada merayakan Aidil Fitri bersama keluarga dan saudara mara.



2. Sebentar tadi, melawat blog tersohor di Jerantut; patpatsikulipat dengan posting lama sejak 2 minggu lalu ..Mulut Tempayan .... (klik sini)  namun bilangan pemberi komennya nyata bertambah dari 60+ ke 102.


Mungkin ada pihak berpendapat posting berkenaan hanya ingin memburukkan pihak tertentu saja namun jika diselidiki ternyata ada yang masih banyak tersembunyi yang membangkitkan rasa tidak puashati masyarakat terhadap individu tertentu, dalam kes ini 'wok hitam'.



3. Ketidakpuashatian dan kemarahan ini sememangnya barasas;

3.1. Penyewa tidak membayar pajakan selama 4 tahun

3.2. Pengusirannya tidak mampu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Jerantut kerana adanya campurtangan MB Pahang.

3.3. Pembiayai sebenar bagi kos baikpulih yang berjumlah ratusan ribu ringgit adalah Syarikat Masmira dan bukannya pemajak sendiri dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

3.4. Pihak MB Pahang mungkin telah diberi maklumat salah mengenainya atau sememangnya MB Pahang seorang Menteri Besar yang bodoh kerana tidak melakukan siasatan.

3.5. Mungkin juga MB Pahang bersikap menjaga kroninya dalam UMNO biarpun 'wok hitam' bukanlah orang yang benar-benar berpengaruh dalam politik Jerantut, dan berkroni adalah perkara yang membencikan rakyat terhadap kerajaan.

3.6. 'Wok Hitam' semasa di Hulu Selangor dulu pernah mengaku dirinya Ketua Wanita UMNO Jerantut, sekiranya sanggup menipu untuk perkara demikian mengapa kita tidak percaya dia sanggup menipu untuk perkara yang lebih mendatangkan faedah untuknya?

3.7. Meskipun demikian keperibadiannya namun dia tetap dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut, ini membuatkan kreadibiliti Ahli Majlis tidak dihormati.

3.8.Rakyat Jerantut meminta MB Pahang memberi kenyataan mengenai status pemberian kuasa mutlak kepada pemajak resthouse Jerantut ini untuk 
pengetahuan rakyat, jika masih sayangkan kerusi parlimen Jerantut.

3.9. Wok Hitam patut tidak lagi memagang jawatan sebagai pegawai Seranta atas sifat peribadinya yang dipertikaikan masyarakat, perlu juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian dan meninggalkan Rest House Jerantut supaya supaya kontroversinya tidak terus di perkatakan rakyat bagi menjaga nama baik UMNO dan Kerajaan.


4. Terima kasih kepada 31 rakan blogger Jerantut yang hadir pada pertemuan tak formal semalam. Tiada agenda khusus melainkan ketetapan untuk bersama-sama menentukan arahtuju serta menjalin kerjasama sebagai satu pasukan. Selain itu, kesemua hadiri setuju untuk bertemu kali kedua dalam waktu terdekat bagi memantapkan lagi kerjasama. Semua bersetuju bahawa tidak ada foto dan kenyataan yang akan dikeluarkan selain oleh SPU selaku penganjur pertemuan.




3 comments:

Anonymous said...

Wah, memang hebat Jerantut, dh sampai peringkat antarabangsa, dh global hehe

Anonymous said...

wow!!!hebat sungguh perempuan nih jadi cover untuk majalah national geographic,tapi satu soalan bodoh dia tau ke majalah tu ada,dia pernah baca ke majalah tu???rasanya tidak sbb dia nih jaguh kampung aje!!!

gerila said...

huhuhu.... merapak siang tadi baca blog spu cerita sensasi wook itam

kah kah kah SPU THE BEST.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN