Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, September 22, 2010

UMNO KIAN HANCUR



Saya membaca blog picisan tetapi unik; uRag dRrulug (klik sini) - menulis tentang jasa pemimpin-pemimpin lama yang seharusnya diikenang. (Baca juga komennya)  Mengambi skop yang sederhana, disekitar Jerantut, khususnya alur sungai Tembeling, penulis mengimbau kenangan, jasa dan bakti pemimpin terhahulu, seterusnya meminta kita mengamalkan sikap sedemikian itu untuk mengukuhkah semula UMNO dan perpaduan Melayu khususnya.

Kita hargai usaha PM memulihkan semula UMNO, tetapi siapa pemimpin lain sebenarnya yang bersama beliau berusaha? Apa usaha yang dilakukan UMNO di Jerantut ini bagi tujuan tersebut? Bertambahkan ahli UMNO? Ramaikah golongan muda yang sertai UMNO? Semakin kukuhkah UMNO yang ada? Tidak adakah perbalahan sesama UMNO waktu ini? Bersatu sangatkah Wanita UMNO Bahagian? Yang saya lihat, hanya keberantakan semata-mata.

Kekuatan UMNO dan perpaduan Melayu harus dimulakan dengan sikap. Tidak akan makna memberikan mereka perubahan ekonomi yang mana akan membuatkan mereka lebih sombong serta mengejar kebendaan dan meninggalkan perjuangan asal parti iaitu perjuangan demi agama, bangsa dan negara.


UMNO telah melakukan kesilapan yang sangat besar sehingga membuatkan kita berebut-rebut menjadi ahli untuk semata-mata memegang jawatan dalam parti hanya kerana mengejar pangkat dan kemewahan. Justru itu kita telah dengan tidak bermaruah sanggup terlibat dengan politik wang - memberi, menerima dan bahkan meminta pula. (Wan Zamzuri menyatakan demikian diblognya, mungkin menyedari apa yang berlaku sekeliling bosnya dalam pemilihan yang lalu, dan ini ternyata benar bahawa ada berlaku unsur politik wang dalam perebutan jawatan nombor 2 itu.)


Yang kita ujudkan bukanlah pemimpin dan pejuang tulin tetapi mereka yang rakus merampas peluang dan berebut tender kerajaan dan mereka yang tanpa segan silu menggunakan kuasa politik mereka untuk kepentingan diri dan kroni sehingga berlakunya kes memajak bangunan milik kerajaan tempatan tetapi tidak membayar sewanya selama lebih 4 tahun.


Banggakah UMNO ada pemimpin sedemikian? Bahkan individu berkenaan bukan saja tidak dikenakan sebarang tindakan malahan jawatannya sebagai ahli mesyuarat tertentu masih disambung. Ternyata bahawa UMNO bukan berusaha untuk membersihkan entiti itu sendiri tetapi sanggup membiarkan keadaan buruk itu terus berlangsung.


Mungkin kita tidak akan menerima kesannya sekarang ini, tetapi percayalah bahawa rakyat sedang memerhatikan dan akan menjatuhkan hukumannya pada PRU13 kelak. Mungkin orang politik tidak punya banyak masa untuk membaca dan terlibat dalam media sosial, tetapi rakyat banyak terutama golongan muda terlibat sepenuhnya dan bilangan mereka semakin bertambah.


Saya melihat bahawa di PRU13 nanti, parlimen Jerantut bukanlah lagi kerusi yang sangat selamat untuk UMNO/BN, juga diantara kerusi-kerusi DUN nya. Semakin lama semakin ramai rakyat membenci pemimpin UMNO, dan pemimpin UMNO juga semakin lama semakin kurang mencuba merapatkan jurang perbezaan antara mereka.


Ahli UMNO semakin mengecil, yang ada hanyalah mereka yang mendapat faedah secara langsung sama ada sebagai perwakilan yang menerima beribu-ribu ringgit semasa pemilihan serta projek-projek secara langsung dibawah sistem kroni payung. Mereka juga membahagikan hasil dan pendapatan sesama mereka sama ada pengagihan saham dan pemilikan felcra serta sesuatu yang seumpamanya.


Berapa ramai ahli UMNO baru dapat didaftarkan selama ini bagi mengukukuhkan parti? Berapa ramai orang Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru? Bukankah itu satu isyarat penolakan rakyat terhadap UMNO/Kerajaan?


Eloklah UMNO bersiap siaga untuk menjadi pembangkang dalam kerajaan tidak lama lagi. Pemimpin UMNO yang berebut-rebut jawatan sekarang perlu belajar untuk berebut-rebut pula menjadi pemimpin pembangkang. Mungkin itu pengajaran yang lebih  baik untuk UMNO supaya pemimpinnya sedar diri, tetapi siapakah yang akan sedar? Pandanglah kekiri dan kekanan kita, tidak siapa yang insaf dan sedar diri.

Semalam sewaktu jamuan hari raya yang turut dianjurkan bersama oleh UMNO di Dewan Majlis, mana hilangnya Dr.Shukri dan Dato Wan Amizan? Tidak inginkah mereka bersama rakyat jelata yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka?

Selamat tinggal UMNO. Mungkin orang Melayu harus mencari parti lain sebagai wadah perjuangan yang lebih tulin, jujur dan lebih ikhlas.

2 comments:

Cg Pian said...

SPU' Saya sokong seratus peratus tulisan spu. Kalau ramailah ahli UMNO yang mempunyai kesedaran dan memiliki jati diri seperti SPU, UMNO tak akan jadi begin. Tahnian. Teruskan menilis dan memperjuangkan yang hak dan memerangi yang bahil

Pendekar Melayu said...

Susah nak tegur mereka yang sudah selesa dengan kedudukan dan kemewahan.

Tapi kalau terus diasak, tak mustahil mereka akan tersungkur dari kemewahan tu.

Masa tu, barulah mereka sedar kesilapan mereka.

teruskan berjuang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN