Ini bukan kaki dia yang diceritakan didalam blog patpatsikulipat
kerana kaki ni nampak putih dan slim serta cantik
Membaca blog patpatsikulipat, terasa sungguh rasa ketidakpuasan hati masyarakat setempat terhadap seorang 'orang kuat' Wanita UMNO Bahagian itu. Beliau dilantik Ketua Penerangan Wanita walaupun setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Ketua atas ihsan Ketua Wanita yang baru.
Kebelakangan ini memang banyak desus-sesas mengenainya. Beliau adalah tokoh wanita yang penuh kontroversi. Dari masalah tidak membayar pajakan xxx selama 4 tahun, kepada isu menamakan cucunya sendiri sebagai penerima zakat walaupun banyak orang lain yang lebih memerlukan serta lebih layak menerimanya hinggalah kepada isu mengugut pemimpin untuk mendapatkan itu dan ini.
Diberitakan juga bahawa walau beliau tidak membayar pajakan berkenaan namun masih disambung kontreknya kerana sokongan MB Pahang. Jika benarlah demikian memang benarlah MB Pahang seorang yang terlalu menjagai kroni serta dungu tahap terlampau atau pun mungkin sudah kena mendrem.
Terbaru angin membawa khabar bahawa beliau masih juga dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah. Jika benar maka memang wajarlah rakyat membenci UMNO kerana UMNO bukan hanya menamakan orang yang 'tidak bijak' bahkan mereka yang tidak bermoral juga dilantik sebagai pemimpin. Memang wajarlah Jerantut tidak berupaya membangun jika ramai dari kalangan tokoh pemikir dan pembangunnya terdiri dari kalangan yang tidak berkelayakkan.
Dengar khabar Kak Key juga sangat berminat untuk lantikan Ahli Majlis Daerah. Mohon maaf jika saya katakan bahawa politik wang telah membuatkan kebanyakan pemimpin dalam UMNO terdiri dari kalangan mereka yang sebenarnya tidak wajar langsung menjadi AJK dan pemimpin masyarakat. Kerana itu jugalah kebanyakan mereka adalah dari spesis langau, ulat bulu serta bubuk.
Menjelang PRU13 nanti tentu lebih banyak keburukan mereka akan dibuka. Mungkin kita masih belum lupa dengan kisah SPR melawat pejabat pemimpin dan menemuduga pegawai-pegawai khas. Kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang. Pengagihan peruntukan yang tidak telus serta 'overcharge' mungkin satu dari agendanya.
Kita harap pemimpin UMNO disemua peringkat dapat mengubah sikap mereka kerana dizaman IT ini sudah tidak ada lagi yang dapat disembunyikan. Dan bukankah pemimpin semestinya telus dalam semua hal?
Bacalah blog patpatsikulipat serta baca juga komen-komennya yang hangat itu, semuga kita semua akan menginsafi diri dan berubah sebelum UMNO dibenamkan dalam PRU13 nanti.
5 comments:
spu,
Tenat sangat Jerantut dibawah kepimpinan sekarang berkecamuk sama sekali. Orang tak ada moral pun nak lantik ahli Majlis.
Saya baru balik ada kenduri kawin anak kawan saya di Jerantut seminggu belum puasa. Saya tinjau2 pandangan orang kampung disana Mrk beritau tak payah sebut lah UMNO lagi. Ada yang kata no komen. Ada kata entahlah. Ada yang tanya saya balik Eh.. adake UMNO Jerantut tu? dan ada kata lihatlah nanti. TQ
Hahahaha spu pick pulak isu wok itam ni hampir 500 orang dah baca pada jam 3.33 pm, mampush.
Spu.
Ramai sangat orang komen blog patpatsikulipat tu. Hancur Wok Hitam. Agaknya kalau biarke pecah rekod Guiness
haha, baru deme tau penangan blog di jeranete neh ye? dulu orang ingat blog tak memberi kesan apa2 apa, bodohnya pikiran org yg tau tau perkembangan IT ni, hehehe
menentang mereka dilapangan mereka sendiri adalah satu kesilapan besar, melainkan jikalau kita mahir dengan segala geraklakunya ~ bh
Post a Comment