Kebelakangan ini kita lihat beberapa blog pembangkang di Jerantut sudah mula bersuara. Baca blog-blog; Parlimen81, AWANGMASERU, N9 Tahan, Pulau Tawar, ansarullah dan lain-lain lagi.
Selama ini kita menyangka mereka berdiam diri tetapi rupanya mereka diam sambil memerahati. Bahkan ada diantaranya sudah mula 'spin' isu yang disuarakan oleh blog-blog mesra UMNO terutamanya blog wzwh yang dengan jelasnya membuka pekung di dada parti UMNO sendiri.
Sebagai seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, perbuatan beliau dilihat sebagai tidak wajar kerana akan merosakkan banyak pihak. Pertama sekali beliau dilihat telah merosakkan bosnya sendiri iaitu YB ADUN Tahan. Selain itu beliau juga memberikan kerosakkan kepada kepimpinan UMNO Bahagian itu sendiri.
Jika sekiranyapun beliau berkehendakkan jawatan lebih tinggi dalam perti atau bahkan ingin menjadi calon dalam PRU13 nanti, bukanlah begini tindakan yang seharusnya beliau lakukan.
Adalah diharapkan wzwh dapat memikirkannya semula dan bahkan berhenti dari berblog kerana ianya akan memberikan 'serius damage' kepada parti serta YB ADUN Tahan yang sedikit sebanyak masih lagi dihormati oleh penyokong-penyokongnya.
6 comments:
Tuan,
harap dpt linkkan blog saya didalam blog SPU. http://pkr-jerantut.blogspot.com
SPU,
Aok jangan gaduh tentang WZWH tu, dia menyata kan kebenaran yang sebenar-benar tanpa memilih bulu. Dedah kan yang tak betul dan yang mungkar. Aok pun tulis juga semacam itu, rujuk post aok yang lalu. Apa ini?. Lagi pun jerantut terkenal dalam soal ini macam ketam, tak boleh tengok orang lebih sikit, mula lah itu tak kena ini tak betul.
WZWH memang layak jadi pemimpin aka AP atau ADUN tahan, boleh bagi saham felcra kepada aok.. tak gitu.
Hidup WZWH, aku sukong ong kalau di takdir ong dicalonkan. Lepas tengok Jerantut akan maju semaju-maju nya. Yang sekarang ni cakap aje, nak buat itu dan ini, habuk pun tak da. melopong lah orang jerantut menunggu janji di kota. pedooh juga yang diterima.
SPU, Aok nak tahu, WZWH ini keturunan orang bijak dan bergeliga, keturunan Tun Da, SPU tau tak?
PRO WZWH.
koi org temeloh tapi menikoh dgn org jerantet, dah lame dah. bini koi org pulau tawau. koi dah minta juga felcra ni masa sebelum doktor sukri, tapi tak nye dapat sampai ke ini. YB dulu ntoh macamana.
Anon 3:35
Awak orang Temerloh hanya nokoh dengan orang jantot mna nak dapat saham Felcra. Sedangkan kas orang sini laki bini tak nye bagi didemehnya. Tanoh Temerloh Luas tapi pemimpin demeh tu ask bagi kecina saja. Tu Dato Sangkar tu asal boleh datang duit nye jual belaka.
Anon 3:35
Awak orang Temerloh hanya nokoh dengan orang jantot mna nak dapat saham Felcra. Sedangkan kas orang sini laki bini tak nye bagi didemehnya. Tanoh Temerloh Luas tapi pemimpin demeh tu ask bagi kecina saja. Tu Dato Sangkar tu asal boleh datang duit nye jual belaka.
WZWH tu patot didipecat dari UMNO perosak.
Post a Comment