Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, February 28, 2009

SUARA UMNO JERANTUT











PAU semakin hampir. Debaran calon-calon yang akan bertanding semakan kencang. Tangan kiri para perwakilan semakin bergoncang menanti rahmat Tuhan - 'Politik itu satu perniagaan'

Kebelakangan ini saya banyak berpeluang berbual dengan para perwakilan ke PAU kelak, melihat apa yang tersurat dan tersirat dalam hati mereka. Juga cuba meneka halatuju politik yang mereka bawa.

Dari UMNO Bahagian itu sendiri, kepada Wanita lalu kepada Pemuda dan Puteri, maka dapatlah saya simpulkan bahawa UMNO Bahagian Jerantut masih berada dilandasan yang betul. Kesimpulan ini saya buat berdasarkan kepada calon-calon yang akan mereka pilih kelak.

Timbalan Presiden:
Muhyiddin Yassin - walaupun terapat banyak khabar angin dan isu yang membabitkan pembunuhan karektornnya ditambah dengan khabar bahawa tidak disukai oleh Pak Lah, namun beliau masih tetap unggul sebagai pilihan terbaik.

Ketua Wanita:
Rafidah Aziz - dalam keadaan hampir sama dengan Muhyiddin, bagaimanapun pada hari-hari terakhirnya nampak semakin mantap sokongan yang diperolehi dari banyak pihak.

Ketua Pemuda:
Mukhriz - Terutama selepas hujah di tv9, masih utuh dan mengungguli serta telah lekat dihati para perwakilan. Pemuda Bahagian 'solid' akan memberikan sokongan dari yang dibisikan oleh Ketua Pemuda Bahagian. Mukhriz - tidak terlalu menonjol dan ghairahkan jawatan, boleh dipercayai dan bakal membawa Pemuda kearah kegemilangan semula.

Ketua Puteri:
xxx - Bukan Ms x, tetapi namanya kita rahsiakan walaupun kita pasti banyak pihak sudah dapat menekanya.

Penulis akan dapat lagi maklumat sebanyak mungkin dan akan membuat pendedahan mengenainya pada saat-saat akhir sebelum PAU kelak.

3 comments:

one one no belen said...

Kalau rafidah masih ketua wanita alamat kalahlah UMNO dan BN dlm PRU 13 nanti.Buanglah beberapa nama pemimpin yg semua org dah tak suka.Jgn ambil ikut poket perwakilan dpt aje. sebab undi pilihan raya di tangan rakyat. kalau kita memilih calon parti tak mengikut kehendak rakyat kita akan terima akibatnya dlm PRU nanti percayalah.

Anonymous said...

Bro,
Bagi memantapkan pentadbiran DSN dikelilingnya haruslah orang yg bukan dari kalangan orang2 Pak Lah.

Anonymous said...

najib akan angkat kroni2 sahaja macam spu ni. jangan sebab bencikan paklah kamu pun 2 X 5 = haprak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN