Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, February 12, 2009

PAU, SIAPA JERANTUT PILIH?

Bakal Timbalan Presiden UMNO


YB Dato' Sharkar Shamsuddin,
Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Pahang
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi



Perhimpunan Agung UMNO semakin hampir. Segala urusan lobi-melobi, pujuk-memujuk telah dan masih berlangsung. Para perwakilan telah membuat keputusan dalam hati hanya menanti masa untuk urusan jual-beli. Kalau tak berapa arif berjual beli boleh hubungi Husin Lempoyang > (Klik disini ke blog Tuan Husin Broker Unta) http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/02/awas-orang-rayau-di-ipoh.html

Dari angin yang membawa khabar kita mendengar berita yang nampak nyata. Di Jerantut rata-rata para perwakilan bersatu hati menentukan siapa yang akan dipilih bagi jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti kerana mematuhi keputusan Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Para perwakilan tidak akan ingkar keputusan para perwakilan cawangan kerana ini mandat dan amanat, jika mereka ingkar bermakna mereka mengkhianati para perwakilan cawangan – mereka akan terima balasan nanti di mesyuarat perwakilan akan dating – mereka akan disingkirkan. Ini jualan borong – secara pakej.

Dari senarai pendek antara jawatan utama yang jadi perhatian:

Timbalan Presiden – Muhyiddin Mohd Yassin

3 Naib Presiden:

1. Mohd Shafie Apdal,

2. Hishammuddin Hussein,

3. Ahmad Zahid Hamidi

Ketua Wanita - Rafidah Aziz

Ketua Pemuda - Mukhriz Mahathir

Ketua Puteri - Shahaniza Shamsuddin

Yang lain-lain termasuk ahli majlis tertinggi sila semak senarai panjang. Senarai panjang hanya boleh didapati dari ejen-ejen jual-beli yang sah dan berdaftar.

------------------------------

1. UMNO Jerantut bersedia menunggu arahan Perhubungan UMNO Negeri Pahang untuk ke Perak, Kedah bagi Pilihan Raya Kecil nanti.

2. SPU sedang tunggu pelawaan YB. Shakar Shamsuddin, Ketua Penerangan Perhubungan Negeri untuk bantu jentera di Perak, Kedah nanti. Walaupun BN kalah di P036, tapi prestasi jentea Pahang boleh dibanggakan dibawah YB Sharkar.

3 comments:

Siapalahaku(taman negara) said...

Macam mana boleh ada senarai jawatan kuasa UMNO pulak? kenapa tak biarkan rakyat aje yg memilih? sometime pasti kita ni nampak mcm tak demokrasi dah. ada org tertentu yg dah susun.perwakilan cuma kena ikut aje. lembu ke perwakilan UMNO kita ni kena jadi pak turut aje?

Anonymous said...

perwakilan kena jadi lembu dulu pastu boleh jadi sarkaz bila dah dapat habuan...lembu mana tau demokrasi.

SPU said...

Kenapa jadi bodoh dan tak faham peraturan pertubuhan? Perwakilan yang dipilih dicawangan yang bermesyuarat di bahagian2 yang memutuskan ini. Sepatutnya pencalonan yang terbanyak menunjuk bahawa calon popular dan berpeluang menang. Anon, tak timbul soal lembu. Yang lembu adalah sdr kerana tak faham topik. Lebih malang agi kerana sdr tak bernama, sedangkan lembu kadang kala bernama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN