Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, February 4, 2009

POLITIK KITA MENGAJAR JADI PERUSUH DAN PERASUAH




1. Melihat perkembangan sekarang, kita terpaksa akui bahawa kecenderungan umum mentafsir mereka yang berani, celupar, kurang ajar, bersikap ganas serta perusuh sebagai pejuang dan pembela rakyat yang dibanggakan. Dalam politik terlalu banyak contoh yang dapat kita berikan. Lihat saja sekeliling akan perlakuan politikus kita. Yang baik dan berbuat baik serta berhemah selalunya tidak mendapat perhatian dan yang mampu menunjukkan sikap ganas, kasar dan biadap itulah yang akan menarik perhatian, justeru jangan hairan bila ceramah yang disertai mereka yang pandai dan suka memaki hamun serta memburukkan orang lain akan dikunjungi ramai. Apakah ini kecenderungan sikap rakyat Malaysia? Apakah ini pertanda berlaku perubahan budaya dalam masyarakat kita? Atau kita telah menyalah gunakan atau tidak tahu menghargai kebebasan? Terbaharu, seorang 'penjenayah tegar' yang terlibat dalam rompakan kereta mewah dan merbahayakan keselamatan awan juga seakan ingin diiktiraf sebagai wira, apakah itu wajar?

2. Politik wang atau rasuah politik berleluasa. Ramai menuding jari kearah UMNO. Apakah kita tidak sedar bahawa diluar UMNO pun politik wang berlaku? Apakah kita lupa DSA adalah orang yang layak kita martabatkan sebagai 'Bapa Perasuah Politik' Negara kerana beliau mengasaskan dan merancakan politik wang sewaktu beliau merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Apakah parti selain dari UMNO tidak langsung terlibat dengan rasuah politik? Dalam pemilihan parti atau dalam PRU dan PRK? Siapakah yang berani katakan tidak? Jadi para penyokong PR jangan bangga beranggapan mereka tidak terlibat dengan rasuah politik hanya apa yang berlaku dikalangan mereka masih kecil berbanding UMNO. Masih kecil dari segi jumlah mereka yang terlibat tetapi mungkin lebih besar dari segi nilai wang yang bertukar tangan kerana difahamkan seorang penasihat parti memiliki dan bersedia membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli AP melompat parti.

3. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, janganlah kita memilih si perusuh dan si perasuah sebagai pemimpin kerana si perusuh kelak akan bertindak ganas dan kejam terhadap kita dan si perasuah pula akan memberi dan menerima rasuah yang sebahagiannya adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia.

Baca: Jika perasuah menang mac nanti

Baca: Sumpah orang ..


SPU telah bersiap sedia bagi PRK atau PRU DUN Perak, membantu mengempur dan memenanginya.

6 comments:

Anonymous said...

TAK SEMUA MERUSUH. TUNJUK PERASAAN SECARA AMAN. PASAI PEMIMPIN HANG NI TULI. TAK RETI BAHASA. TAPI YANG DOK SABOTAJ TU KULI HANGPA BAPAK2 POLISI. PASAI PEMIMPIN HANG DAH PEGANG TELUQ BAPAK2 POLISI NI(TAK SEMUA BAPAK2 POLISI YANG DIPEGANG TELUQNYA). TU YANG JADI TUNJUK PERASAAN TAK AMAN TU. DAH JADI MERUSUH. HANG NI PUN SATU HAL. NAK CORNAR TANG MANA? LAGU UMNO NI ORANG DAH HAFAI. TOK SAH DUK KELENTONG LA.....

JANGAN MARAH HAA....
NANTI TAK BOLEH BER-BESAN

TOK PENGULU

Anonymous said...

UMNO - RASUAH
PR - RUSUH

DUA-DUA TAK ELOQ LA....
AKU TAK TAU LA PILIHAN HANG


TOK PENGULU

spu said...

Saya pun akui bahawa tidak semua merusuh, dan ingat bahawa tak semua juga boleh di pegang teloq nya. Saya tak tahu sekuat mana pendirian anon diatas, mungkin jika dia jadi ketua polis teloq dia pun boleh ken pegang oleh orang politik mungkin juga akan dibuat mainan oleh anak-anak tokoh politik itu.

Tok Pengulu, UMNO - rasuah dan rusuh, PKR,PAS dan DAP - rusuh dan rasuah = SAMA SAJA.

Jangan kecewa kerana Perak telah berubah angin, mungkin adun mereka dah tak tahan walaupun hanya baru 11 bulan. atau mungkin menyesal dengan mb pas yang jadi pecacai dap yang ditindik hidungnya. saya percaya mb pun turut menyesal luluskan tanah 999 tahun.

Ahmad Saabun said...

Bacalah, sekurang-kurangnya untuk sebuah bangsa/Salam http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/02/nizar-kekal-mb-perak.html

Anonymous said...

kalau UMNO dan PR dua dua tak guna, maka:
1. cari yg lebih berguna antar dua
2. cari alternatif lain
3. hancus negara, istihar darurat. siapa kuat dialah kudrat.
4. kuat kan lagi usaha utk jadikan yg tak guna kepada yg berguna.
5. tubuhkan satu lagi yang berguna.
amacam. ada pilihan lain?

ahlli umno temerloh

Siapalahaku(taman negara) said...

UMNO dah ok.masaalahnya pemimimpin UMNO Yg teruk. bukanlah semua tapi 99.9% pemimpin UMNO berjuang utk kepentingan peribadi.Dah tu rakyat bila rakyat komplen bukan nak dengar.Mcmlah UMNO ni parti mak bapak dia org punya? pemimpin mcm ni lah yg merosakkan UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN