Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, February 3, 2009

AKARUMBI UMNO TELAH PINCANG


Apakah keputusan dari post-mortem – post-mortem yang telah UMNO lakukan semenjak PRU12 yang lalu? Apakah sudah diketahui punca kekalahan UMNO? Apakah penyebab UMNO/BN di tolak oleh rakyat? Setelah PRK P.044 diikuti PRK P036 dimana UMNO/BN masih lagi ditolak oleh rakyat, apakah pemimpin UMNO sudah menyedari penyebab kemerosotan sokongan terhadap UMNO/BN? Ada juga kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah ber’alih’ arah dengan menyertai parti lawan. Selalunya jawapan mudah yang kita berikan adalah mereka itu tidak setia,pembelot,tidak kuat semangat perjuangan. Apakah kita pernah menggali lebih dalam untuk mengetahui sebab-sebab lainnya?

Mari kita ke-kampung-kampung atau ke cawangan-cawangan dimana suara akar-umbi berada,kita cuba mendapatkan punca kenapa masyarakat atau rakyat menolak UMNO. Saya tidak membuat kajian terperinci namun ianya dapatlah dikira sebagai keputusan kolektif setelah berbual dan menanya ramai responden yang sedia berkerjasama. Mungkin permasalahan ini tidak sama antara kampong dan cawangan namun apa yang kita huraikan ini bukanlah sesuatu alasan yang salah sama sekali.

Antara jawapan yang kita dapat rumuskan adalah seperti berikut:

  1. Jiwa berontak Golongan Muda – Golongan muda yang memang kebiasaannya mempunyai pandangan lain dari golongan tua selalunya akan bersikap menentang dan memprotes terutama kerana merasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan dan pemimpin dalam arus pembangunan. Mereka terasa tercicir dari persaingan dalam arus kemajuan lalu mereka bersikap agresif dengan menyokong pembangkang bagi menonjolkan keperibadian dan tanda protes kepada kerajaan dan parti UMNO kerana mereka tidak dihargai.
  1. Rajuk Golongan Tua – Golongan tua yang suatu ketika dahulu memperjuangkan UMNO dan rapat serta dihargai kini merasa terpinggir berikutan perubahan kepimpinan diperingkat cawangan lalu meminggirkan diri dari UMNO dan akhirnya memberikan sokongan kepada pembangkang sebagai tanda protes.
  1. Pemimpin UMNO yang lemah yang memimpin cawangan dan tidak mampu berbakti kepada masyarakat dengan membawa perubahan dari segi pembangunan kemudahan asas serta moral. Mereka juga terlalu mementingkan diri dan kroninya serta meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dan ini membuatkan keahlian semakin mengecil. Pada kebanyakan kes, mesyuarat cawangan tidak dapat diadakan kerana kekurangan korum lalu satu lapuran palsu dihantar ke bahagian yang mengambarkan segalanya dalam keadaan baik.
  1. UMNO tidak mampu menjadi wadah membangunkan masyarakat lagi kerana sebab (3). Menyertai UMNO dilihat hanya bertujuan mendapat sesuatu untuk kepentingan peribadi dan kaum kerabat sahaja. Tidak terlihat faedah kepada umum. Campur-tangan orang tertentu dari peringkat bahagian dalam menentukan ketua cawangan juga memainkan peranan menyebabkan UMNO tidak lagi demokratik dan dikuasi golongan tertentu.
  1. Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian adalah dari mereka yang kelihatan sombong dan kelihatan rakus sama ada dalam politik atau merebut peluang kekayaan. Rakyat melihat bahawa mereka merebut jawatan adalah untuk mendapatkan ganjaran semata-mata tetapi tidak berusaha memberikan bantuan kepada rakyat.
  1. Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian tidak mengambil berat masalah rakyat dan tidak berusaha untuk mengembangkan keahlian UMNO. Pemimpin di cawangan pula tidak merasa takut dan tidak bertindak apabila parti pembangkan menubuhkan cawangan kerana merasakan kedudukannya akan sentiasa selamat apabila keahlian kecil dan terdiri mereka yang menyokongnya sahaja.

Jika UMNO kalah dalam PRU13 nanti, siapakah yang akan selamat? Menteri-menteri? Pemimpin-pemimpin tertinggi? Ketua-ketua bahagian? Ketua-ketua cawangan? Kerana itu ada diantara pemimpin yang sudah merasa tidak yakin lagi terhadap kemampuan UMNO dan tidak mahu dimalukan maka itu mereka bertindak awal dengan menyertai parti lawan. Jika UMNO kalah, apakah kita fakir kita yang dahulunya ketua bahagian atau ketua cawangan akan dengan mudah diterima parti lawan kelak? Mungkin mudah jika sebagai ahli biasa tetapi bukan sebagai katua bahagian atau ketua cawangan.

8 comments:

Anonymous said...

hang kena jujuq kalau nak buat post-moterm. hang jangan duk tanya yang pengampu umno/bn ja.
aku kira hang ni hebat jugak. pejuang bangsa la katakan. yang lain duk hangat berkempen pilihan parti mac hang duk post-moterm pru12. analisa hang ni sepatutnya hang jangan publish kat sini sepatutnya. nanti ada pulak pemimpin umno duk ciluk analisis hang pi bwk berkempen kata dia yang buat post-moterm. orang umno nih bukan boleh pakai pun. aku kesian kat hang. hang ketua wanita. aku sokong perjuangan hang tu. satu lagi aku nak habaq kat hang jangan jaja analisis hang ni pada najib. aku dengaq najib dah tak boleh pakai la ni. hang kena rapat sikit dangan pak lah. hang kena doakan paklah tak letak jawatan mac ni. hang kena bgtau pendirian hang pada cawangan2 dalam bahagian hang.


tok pengulu kuala tembeling

spu said...

Terima kasih Tok Pengulu Kuala Tembeling, walaupun Tok ni bukan Tok Penghulu Kuala Tembeling namun sangat prihati kepada penduduk kampung dan segala rakyat jelata. Patut orang macam Tok ni dipilih jadi ADUN bolehlah memperjuangkan rakyat disamping perjuangkan sambil bantu cita-cita peribadi pemimpin parti PAS.

Posting saya ni buka post-mortem, ianya adalah pendapat saya peribadi. Terima kasih kepada Tok kerana setuju dengan pendapat saya walaupun tujuan Tok hanya untuk hancurkan UMNO bukan ada tujuan lain pun.Jika UMNO sudah musnah apakah PAS mampu mendukung tanggungjawab yang UMNO pikil selama ini? Saya kurang yakin kerana PAS akan mengajak DAP dan PKR bersama-sama. DAP tu kata orang2 PAS adalah kafir harbi? Betul ke TOK?

Siapalahaku(taman negara) said...

Salam bloggers semua.Ketahuilah siapa yg memerintah malaysia ni sama aje. semua bukan untuk kepentingan bangsa pun . semua tu temberang pemimpin pemimpin aje. kenyataannya mereka cuma memimpin utk kepentingan peribadi aje.yg pasti semua pemimpin kaya raya hasil rasuah sana sini. org UMNO kat bawak ni jadi lembu aje tak lebih dari itu. so jgnlah menjadi lembu.

Apache said...

janganlah kerana guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan..kesilapan seoarng pemimpin jangan disamakan dengan semua pemimpin lain... tidak akan ada sebarang persamaan kalau DAP memerintah berbanding dengan UMNO...pasti sangatlah orang makan rasuah..habis semua orang tak betul...masyaallah..

Anonymous said...

kalau la paklah masih memegang jawatan lagi hancur dan musnah tanah melayu ni....lepas je jawatan tu nanti kami akan istihar beliau sebagai BAPA PENCEGAH RASUAH.

Anonymous said...

SALAM PUTERI,

ADA PANDUAN PADA 'TAKLIK' PKR-DAP-PAS HANG KENA PAHAM TAKLIK TU DULU. MELETAKKAN ASAS2 DEMOKRASI YANG TULEN DAN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT TANGGUNGJAWAB KERAJAAN YANG MEMERINTAH DISAMPING MENGHINDARI AMALAN SALAH GUNA KUASA DAN TIDAK MENGABAIKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN PERUNDANGAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN. WALAUPUN PADA ZAHIR TIDAK MENAMPAKKAN KEBOLEHAN DALAM MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH PADA 5 BUAH NEGERI TU, TAPI ADA RUANG-RUANG. HANG PIKIAQ SENDIRI LA. DULU UMNO/BN MEMERINTAH LANTIKAN AJK MASJID DIPENGARUHI UNSUR2 POLITIK. BILA SEORANG ITU BERWIBAWA UNTUK MENGISI JAWATAN IMAM SEDANGKAN DIA BERPENCAK POLITIK DALAM ARUS PEMBANGKANG SAH DITOLAK JABATAN AGAMA. TAK GITU? MANA DEMOKRASI? AKU ADA HAK NAK PILIH SAPA HANG ADA HAK NAK PILIH SAPA.KARIAH ADA HAK NAK PILIH SAPA. DUK TANG TU JUGAK . TAPI MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN DALAM MENENTUKAN HAK! HANG FAHAM...UMNO YANG MEMECAHKAN MASYRAKAT MELAYU ISLAM TU TERBAGI 2. MELAYU ISLAM PAS DAN MELAYU ISLAM UMNO. NI KESILAPAN UMNO!!! UMNO KENA MENGAKUI NI
HANG TOKSAH DOK AMBIK ATI LA AKU HABAQ KASAQ MACAM NI NOOOOO...KITA SAMA MELAYU ISLAM NI BUAT APA NAK GADUH. TUH PALESTIN SAMPAI KIAMAT PUN TAK ABIH PASAI DEPA GADUH FATAH VS HAMAS. TAKKAN MALAYSIA UMNO VS PAS KUT.....SAMALAH BUAT SEMBAHYANG HAJAT ORANG UMNO MASUK PAS...AMIN


TOK PENGULU

spu said...

Salam To Pengulu, Hang ni bab UMNO semua tak kena, semua salah ka? cuba bagi tau saya apakah perkara yang UMNO buat betul selama 50 tahun ni ? ada kah langsung tak ada? Jawab tengok? Tak kan satu pun tak ada kut. Kalau kita cari perbezaan kita akan dapat banyak...terlalu banyak.. perbezaan, jika kita berfikir positif dan cari persamaaan, maka kita akan temua persamaan satu demi satu dan seterusnya sehingga kita temui banyak persamaan antara kita? Apa hang kata?

Anonymous said...

Salam spu,
Kpd. Tok Pengulu, bila untuk PR alasanya demokrasi, bila BN bukan demokrasi, berapa ramai rakyat dah bosan dengan retorik begini? adun bota lompat pkr nik aziz kata tindakan bijak, bila lompat BN dia kata pengkhianat. PAS pakat dgn PKR, DAP - HALAL, UMNO pakat dgn MIC, MCA - HARAM. Ini memang pertimbangan yang HARAM JADAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN