Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, February 13, 2009

PRK 2 BUKIT, BUKAN ALASAN MUNGKIR JANJI




Pemilihan UMNO ditangguh lagi? Begitu yang dapat kita baca dari blog mesin taip buruk, menurut persepsi penulisnya. (Klik disini untuk bacaan penuh)


Menututnya, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan pilihan raya kecil dua bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau diadakan serentak 7 April manakala penamaan calon pada 29 Mac. Ya, 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini. Bermakna penamaan calon dibuat sehari selepas Najib menjadi Presiden UMNO.

Persoalan, mampukah UMNO selaku parti dominen dalam BN dapat mengatur gerak bagi memastikan PRK kedua2 kawasan itu berjalan lancar sedangkan sebahagian besar pemimpin UMNO berhimpun di PWTC Kuala Lumpur? Tentu sekali sukar.

Justeru tidak mustahil Presiden parti yang masih sah Pak Lah Badawi akan membuat keputusan untuk menangguhkan lagi pemilihan agung UMNO pada satu tarikh selepas PRK kedua-dua bukit tersebut. Sebabnya lagi ditangguh maknanya talian hayat bagi Pak Lah tentunya masih ada, walaupun tidak lama - begitulah menurutnya lagi.

Bagaimanapun saya berpendapat yang berbeza. Walaupun mugkin Pak Lah berhasrat untuk menangguhkannya, namun ianya harus mendapat persetujuan Ahli Majlis Tertinggi dan saya rasa buka mudah untuk mendapatkan ini. Pasti ada bantahan yang kuat dari pihak-pihak tertentu yang mahukan PRU berjalan mengikut jadual. Dan saya rasa semua pihak menghendakinya seperti itu juga.

Soal apakah mampu DSN menghadapi ini semua harus dikepikan kerana itu bukan lagi masalah Pak Lah. Masalah Pak Lah ialah dia harus jujur dan patuhi janjinya untuk berundur pada mac ini. Apa pun selepas itu adalah terletak diatas bahu DSN. Kita berharap agar Pak Lah tidak berdolak dalik dalam janjinya tentang peralihan kuasa. PRK di 2 bukit ini jangan dijadikan alasan untuk Pak Lah memungkiri janjinya.

2 comments:

one one no belen said...

Memang Paklah akan memungkiri janjinya kerana situasi ini yg memberi ruang utk beliau berkuasa lebih lama lagi

Anonymous said...

masa ni lah kita nak tipu rakyat dengan janji2 kosong. kita naikkan cukai2 dan harga barang. ini kerana rakyat berpihak kpd pembangkang...kita sekat terus demokrasi. kita gunakan isa. gunakan polis dan mahkamah sementara kita berkuasa. kita gunnakan spr. ini milik kita lagi. apa mau takut. hanya orang umno yang bodoh sahaja takut melakukan ini semua. bagi mereka pembangkang menang by-election. kita tabur janji2 kosong....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN